Jepun terkenal dengan barangan elektronik bermutu tinggi. Mereka menghasilkan banyak produk yang berkesan dan tahan lama seperti periuk nasi dan mesin basuh, tetapi tahukah anda bahawa mereka juga terkenal dengan peralatan elektronik untuk kecantikan? Berikut merupakan beberapa peralatan elektronik buatan mereka yang mungkin anda mahu lihat dan menggunakannya untuk diri sendiri!
Bermula dengan produk penjagaan rambut.
1. Siri Penjagaan Nano Pengering Rambut, Panasonic
Dengan teknologi nano dan dua kali ganda mineral, pengering rambut siri ini akan membantu anda merawat dan menguatkan rambut hanya dengan proses pengeringan. Ia mempunyai 2 muncung yang berbeza: satu untuk membuang elektrik statik, dan satu untuk cepat kering. Ia mempunyai 4 mod pengeringan yang berbeza: panas dan sejuk, suam-suam panas, kulit kepala, dan kulit.
2. Pengering Kuru Kuru, Panasonic (く る く る ド ラ イ ヤ ー)
Pengering Kuru Kuru merupakan sejenis pengering rambut pada stick. Ia mempunyai teknologi penjagaan nano, jadi ia dapat merawat rambut anda. Disebabkan bentuknya nipis dan padat, ia popular di kalangan pelancong kerana mudah di bawa ke mana-mana sewaktu dalam perjalanan. Pengering ini juga sesuai untuk penggayaan rambut hanya dengan satu alat.
3. Setrika Pelurus Rambut, Panasonic
Untuk setrika pelurus rambut, Panasonic menawarkan jenis berikut: jenis berus (seperti yang ditunjukkan dalam imej di atas), setrika lurus, 2 pilihan (lurus dan kerinting), setrika gulung (laras untuk26 atau 32 mm), setrika lurus 2 pilihan, setrika gulung 26 mm dan seterika gulung 32 mm. Ia juga mempunyai jenis saiz mini yang padat yang mana sangat sesuai digunakan semasa melancong.
4. Salon Kecantikan Kulit Kepala, Panasonic (頭皮 エ ス テ)
Salon Kecantikan Kulit Kepala ini digunakan seperti berus syampu. Pegang pemegangnya, dan ia akan mencengkam rambut anda dengan ketat dan urut kulit kepala anda. Ia mempunyai 4 mod: seluruh, sisi, atas, dan kassa. Ia mempunyai 2 jenis berus – keras dan lembut.
Seterusnya, kita beralih pula kepada produk penjagaan muka:
5. Hadakurie Pemanas & Penyejuk, Hitachi (ハ ダ ク リ エ ホ ッ ト & ク ー ル)
Hadakurie Panas & Sejuk boleh digunakan dalam rutin penjagaan kulit biasa anda. Dengan menggunakan toner kulit tetap anda dan kapas pad, mesin ini perlahan-lahan menyedut keluar kotoran dari liang-liang pori kulit anda, melembapkan kutikel, dan menjadikan kulit anda sentiasa sihat. Ini semua dilakukan oleh arus elektrik rendah yang dikeluarkan dari mesin.
6. Plat 42℃ Pemanas & Penyejuk, Ya-Man (42 ℃ 温 冷 プ レ ー ト)
Plat 42℃ Pemanas & Penyejuk membebaskan suhu 42 darjah Celsius dan 12 darjah Celsius pada setiap sisi. Dengan menggunakannya mengikut arahan, kulit anda akan menghasilkan protein yang dikenali sebagai protein kejutan haba. Protein ini berfungsi untuk meremajakan sel-sel kulit yang haus akibat tekanan. Anda boleh mengharapkan hasil seperti kulit muka yag tegang dan sihat setelah menggunakannya.
7. Mesin Kecantikan Pembasuh Muka, Panasonic (洗 顔美容 器)
Dengan mesin ini, anda boleh menanggalkan mekap anda, basuh kulit anda, dan merawat kulit anda pada masa yang sama. Mesin ini akan membantu formula penyingkiran mekap anda, menjadikan ia lebih mudah untuk membuang mekap. Ia juga boleh menghasilkan buih yang berkrim dan sekata daripada formula pembasuh muka anda dan dengan secara langusng menggunakan buih dari mesin ini pada kulit anda, ia dapat mengurangkan segala kesan yang tinggal pada kulit muka anda selepas mengenakan apa-apa produk pada muka. Akhir sekali, ia juga mempunyai berus yang dapat membuang sel-sel kulit mati.
8. MTG ReFa CARAT
ReFa CARAT adalah roller muka diperbuat untuk tujuan kecantikan. Ia menghasilkan arus elektrik lemah yang sama dengan arus elektrik yang mengalir di seluruh kulit muka kita, sekali gus menjadikan kulit sentiasa dalam keadaan yang sihat dan cantik. Ia boleh digunakan pada muka dan badan.
9. Wap Pemanas, Panasonic
Tidak mempunyai masa untuk pergi ke salon kecantikan? Mengapa tidak membeli satu alat ini untuk kegunaan di rumah anda? Wap Pemanas kecantikan, Panasonic dengan ketinggian 17.1 cm, dan berat 2.0 kg, ia tidak akan mengambil begitu banyak ruang penyimpanan jadi mudah untuk anda menempatkannya di satu sudut bilik. Mesin ini boleh menghasilkan wap pemanas dan penyejuk, dan pada masa yang sama meningkatkan kelembapan pada kulit.
10. Penjagaan Mata, Tescom Phio Beaute
Setelah penat keluar berjalan pada waktu malam, atau seharian bekerja di pejabat, keesokannya pada waktu pagi anda melihat di cermin – ya, akan jelas terlihat, lingkaran hitam bawah mata atau lebih dikenali sebagai ‘eye-bag’ memberikan kita ekspresi tidak cukup tidur atau letih. Jadi, Penjagaan Mata, Tescom Phio Beaute khas direka untuk merawat ‘eye-bag’ anda! Selain daripada bebola daripada rollernya yang melepaskan haba, ia juga mengeluarkan arus elektrik lemah yang sama dengan arus elektrik yang mengalir di seluruh kulit muka kita secara semula jadi, seterusnya menyegarkan kembali semula kulit yang kusam, menjadikan ‘eye-bag’ itu pergi!
11. Salon Kecantikan untuk Mata, Panasonic (目 も と エ ス テ)
Mesin ini adalah sama seperti Omegle, tetapi untuk tujuan kecantikan. Ia mengeluarkan wap haba dengan suhu antara 38 hingga 40 darjah Celsius. Ia juga mempunyai 3 mod dengan tahap pelepasan wap yang berbeza.
12. Pelentik Bulu Mata, Panasonic
Panasonic menawarkan 5 jenis pelentik bulu mata. Matsuge Kurun Tsuke Matsuge You (ま つ げ く る ん つ け ま つ げ 用), seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, direka khas untuk bulu mata palsu. Matsuge Kurun Sikat Putar (ま つ げ く る ん 回 転 コ ー ム) mempunyai sikat yang boleh dipusingkan 360 darjah, jadi ia mudah untuk digunakan pada bulu mata atas dan bawah. Matsuge Kurun Sikat Berasingan (ま つ げ く る ん セ パ レ ー ト コ ー ム) memisahkan bulu mata anda antara satu sama lain dan menjadikan ia kelihatan panjang. Matsuge Kurun (ま つ げ く る ん) adalah pelentik bulu mata yang standard. Matsuge Kurun Double Action Means (ま つ げ く る ん ダ ブ ル ア ク シ ョ ン 方式) adalah pelentik bulu mata di mana anda boleh mengerintingkan bulu mata anda dalam sekali tolakan.
13. Pengilap Bibir, Hitachi (日立リップクリエ)
Pengilap Bibir, Hitachi adalah alat kecantikan elektronik yang direka khusus untuk orang-orang yang mempunyai bibir kering tidak bermaya. Dengan menggunakan pembersihan ion elektronik, mesin ini membuang segala jenis noda atau kotoran pada bibir lembut. Ia juga mempunyai mod pemanasan yang merawat bibir anda seperti spa. Dengan ketinggian 163 mm, lebar 25 mm dan kedalaman 25 mm, Pengilap Bibir, Hitachi adalah sangat berguna dan mudah dibawa ketika melancong.
Seterusnya, produk penjagaan tubuh badan.
14. Panasonic Felie Untuk Muka (フ ェ リ エ フ ェ イ ス 用)
Felie adalah pencukur direka khas untuk bulu-bulu pada wajah. Bahagian kepalanya dipusingkan 10 darjah ke tepi, supaya ia boleh memerangkap semua bulu. Dengan sikat kening, anda sama ada boleh membentuk kening anda ataupun memendekkan panjang kening anda.
15. Mesin Salon Kecantikan Ringan, Panasonic (光美容器)
Terlalu sibuk untuk pergi ke salon kecantikan untuk memotong rambut? Mesin Salon Kecantikan Ringan, Panasonic berfungsi mencerahkan warna rambut anda. Selain digunakan untuk tujuan mencukur, ia juga boleh memberikan kulit anda licin dan kelihatan lebih baik. Ia boleh digunakan pada kawasan ketiak, tangan, kaki dan garis bikini.
16. Mesin Pencukur Bulu Soie, Panasonic (脱毛器ソイエ)
Mesin Pencukur Bulu Soie, Panasonic membuang bulu-bulu dari tangan, kaki, ketiak, dan garis bikini anda. Ia agak menyakitkan kerana ia mengeluarkan buih semasa berbuat demikian. Ia juga membuang kutikel yang tidak diingini daripada siku, lutut, leher dan tumit anda.
17. Ya-Man no!no! Rambut Kemas
Bosan selalu menggunakan pisau cukur untuk mencukur? Mengapa tidak anda mencuba pula siri pencukur elektornik no! no! Ya-man ini. Dengan lebar 40 mm, kedalaman 25 mm, ketinggian 120 mm, dan berat 105 g, mesin ini adalah padat dan tidak pernah tersekat ketika menggunakannya. Baterinya boleh dicas semula. Ia tidak mempunyai mempunyai wayar, jadi anda tidak ada perlu bimbang tentang di mana arus elektriknya akan mengalir. Ia mempunyai 2 cip yang berbeza disesuaikan untuk mencukur ketiak dan garis bikini. Selain itu, anda juga boleh memilih 3 tahap pencukuran yang berbeza!
18. Ya-Man Rei Beaute Speedy
Rei Beauty Speedy adalah pencukur elektronik dan flasher dalam satu mesin. Anda boleh mencukur dan mencerahkan kulit dan rambut anda pada masa yang sama, jadi ia boleh menjimatkan masa rutin harian kecantikan anda. Anda boleh memilih tahap kuasa flash itu dalam 5 peringkat. Anda juga boleh menggunakannya di kawasan garis bikini anda.
19. Penjagaan Kuku, Panasonic
Dengan memiliki satu alat ini, anda boleh membentuk kuku anda, kulit pada pangkal kuku anda, dan menggilap permukaan kuku anda. Terdapat 2 jenis permukaan penggilap – kasar dan licin, membuat kuku anda bersinar lebih cerah. Baterinya boleh dicas semula dan amat sesuai untuk dibawa bersama ketika melancong.
20. Spa Kaki Pemanas Haba, Panasonic
Nama mesin ini sudah menjelaskan segalanya – mesin ini adalah untuk merehatkan kaki dengan wap haba dan sinaran inframerah yang melampau. Anda boleh memilih dari 4 mod pemanasan. Mesin ini naik hingga ke pertengahan betis anda, supaya anda boleh memanaskan bahagian kaki anda sehingga ke teras. Merupakan keluaran daripada syarikat terkenal, Panasonic.