Sejak dahulu lagi, negara Jepun sudah lama menjadi idaman bagi setiap pelancong. Siapa sahaja dapat menolak untuk melihat budaya negara itu yang unik? Idea untuk melawat rumah Ninja dan Samurai, menerokai pusat teknologi dunia, menjamu selera makanan yang lazat, mendaki Gunung Alps, melihat banyak kuil-kuil dan istana, serta pengalaman bersiar-siar di bandar Tokyo benar-benar mempunyai daya penarik yang ajaib kepada pelancong.
Namun khabar angin yang mengatakan bahawa Jepun adalah sangat mahal, telah sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran pelancong untuk melawat ke sini. Sejujurnya, Jepun bukanlah murah berbanding negara-negara Asia yang lain. Tetapi ia juga bukanlah negara yang terlampau mahal seperti yang anda fikir.
Dalam beberapa kes, Jepun lebih murah berbanding negara-negara Eropah di Barat. Misalnya bandar Tokyo adalah lebih murah daripada kedua-dua London dan New York, apatah lagi Oslo! Jadi, jika anda berasa melawat ke Jepun akan merugikan anda, fikir sekali lagi.
Berikut merupakan 20 tips mudah untuk melancong ke Jepun dengan murah!
1. Melancong Pada Waktu Bukan KemuncakMelancong pada masa ini tidak bermakna anda akan terlepas banyak perkara yang menarik. Waktu kemuncak di Jepun kebanyakannya adalah semasa hari cuti kebangsaan dan cuti sekolah.
Semasa waktu bukan kemuncak, akan terdapat orang yang lebih sedikit dan kos yang lebih murah berbanding waktu biasa. Masa yang terbaik untuk pelancong melawat adalah pada pertengahan bulan September hingga Mac. April merupakan musim bagi bunga sakura berkembang mekar, yang mana bermaksud pelancongan akan berada di kemuncaknya. Manakala, pertengahan bulan Julai hingga Ogos pula agak sukar untuk pelancong, kerana hotel-hotel dan perjalanan jauh menggunakan bas dan keretapi sukar untuk ditempah
disebabkan cuti sekolah dan cuti musim panas.
Sekiranya anda tetap mahu melancong sekitar waktu kemuncak, ia menjadi sangat penting untuk merancang perjalanan dan menempah tiket kereta api atau bas sebelum seminggu atau malah sebulan ke hadapan untuk mengelakkan anda dari sakit kepala semasa tiba hari percutian nanti.
2. Promo Tiket PenerbanganBeberapa syarikat penerbangan ada menawarkan tiket yang lebih murah kepada penumpang yang mendapat beberapa faedah seperti menebus mata terkumpul bagi penumpang tetap dan tiket yang boleh ditukar-tukar. Sebagai contoh, Singapore Airlines membolehkan anda memilih tiga tambang dari Los Angeles ke Tokyo; untuk yang paling murah anda boleh dapat hanya dengan menebus separuh daripada mata terkumpul bagi penumpang tetap, dan pembatalan tiket tidak dibenarkan.
3. Promo tiket penerbangan domestikJika anda menuju ke arah melepasi laluan utama Tokyo, Jepun, disarankan untuk anda melihat pada promo tiket penerbangan seperti Star Alliance Jepun Airpass yang ditawarkan oleh All Nippon Airways dan Tiket penerbangan OneWorld Yokoso Visit Jepun oleh Japan Airlines. Kedua-duanya menawarkan penerbangan domestik pada hanya 10,500 yen (RM 376) termasuk cukai.
Untuk destinasi yang jauh, penerbangan ini lebih cepat dan lebih murah daripada menggunakan kereta api – Shinkansen (kereta api peluru) antara Tokyo dan Fukuoka yang kosnya lebih daripada dua kali ganda. Bagi destinasi yang lebih dekat sekalipun, anda juga perlu mengambil kira kos dan masa dari lapangan terbang untuk tiba ke sana berbanding shinkasen.Shinkansen aka kereta api peluru adalah cara yang paling pantas namun paling mahal untuk perjalanan dari Tokyo ke Osaka. Ia berharga ¥ 14.990 (RM 537) sehala. Perjalanan melalui bas selama 9 jam hanya akan mengambil masa 2.5 jam melalui shinkansen.
4. Jangan Mengambil Teksi!Jangan mengambil teksi! Tambang ke Tokyo dari Lapangan Terbang Narita, lapangan terbang antarabangsa utama, boleh mencecah kos sebanyak US $ 200 (RM 867), lebih jika anda mempunyai banyak bagasi. Sebaliknya, terdapat pilihan lain seperti kereta api dan bas.
Perkhidmatan bas cukup banyak disediakan di mana-mana lapangan terbang Jepun untuk pengetahuan anda. Di Tokyo, “Bas limosin” (dan banyak lagi perkhidmatan bas yang lain) membawa anda terus ke hotel dan stesen kereta api untuk hanya 3,000 yen (kira-kira RM 107). Kereta api Narita Express mengenakan kos yang hampir sama untuk ke stesen-stesen utama. Manakala, tambang di Laluan Keisei adalah serendah ¥ 1280 (kira-kira RM 46) ke pusat bandar Tokyo, walaupun paling murah, ia adalah jauh lebih perlahan.
Jika anda melancong dalam kumpulan tiga orang, teksi mungkin boleh menjadi pilihan yang terbaik, walaupun begitu, ia hanya dinasihatkan untuk perjalanan jarak pendek sahaja.Teksi dari Lapangan Terbang Narita ke Tokyo mungkin boleh memberi banyak privasi, tetapi anda akan membayar RM 800- ke atas.
5. Kereta ApiSistem keretapi di Jepun adalah yang terbaik di dunia! Boleh dikatakan kereta api adalah pengangkutan nombor satu anda akan dan harus gunakan semasa berada di Jepun.
Harganya sangat berpatutan, dan perkhidmatannya juga adalah cekap. Jarang ada kelewatan dalam kereta api Jepun dan jika pernah ada, ia hanya untuk beberapa saat. Paparan digital terdapat di kebanyakan stesen, yang menyatakan masa ketibaan dan berlepas dalam kedua-dua bahasa Jepun dan Inggeris. Mesin tiket beserta peta juga turut disediakan. Ia juga pada asasnya cara terbaik untuk melakukan perjalanan dalam keadaan yang selesa dan menepati masa.
Kebanyakan bandar-bandar di Jepun adalah mudah untuk diakses dengan kereta api atau tren, pada tambang yang lebih kurang daripada tempat-tempat di US. Kereta api bawah tanah Tokyo misalnya, bermula pada 160 yen (RM 5) bagi setiap perjalanan, berbanding $ 2.50 (RM 11) untuk menaiki kereta api bawah tanah New York.Sekiranya orang Jepun menggunakan kereta api awam untuk ke mana-mana, anda juga boleh.
6. Dapatkan Japan Rail Pass (JR)Untuk menjimatkan kos pengangkutan, tip yang paling berguna adalah dengan membeli Japan Rail Pass (JR). Ini akan menjimatkan banyak wang anda! Kos bagi Japan Rail Pass ialah $ 425 (RM 1843) untuk 14 hari Pas JR Biasa. Walaupun kelihatan agak mahal, tetapi ia “hanya” 30 US $ (RM 130) sehari dan boleh digunakan tanpa had.
Ini adalah sebab mengapa prabayar Japan Rail Pass akan menjimatkan wang anda: Bayangkan misalnya anda ingin membeli satu tiket tren dari Tokyo ke Kyoto yang berharga kira-kira $ 120 (RM 520) sehala, dan tiket dari Kyoto ke Hiroshima berharga kira-kira $ 100 (RM 433) sehala. Jadi, perjalanan anda dengan menaiki tren Tokyo-Kyoto-Hiroshima-Tokyo akan berjumlah 120 + 120 + 100 + 100 = $ 440 (RM 1900), dan anda hanya melalui tiga bandar sahaja, sedangkan dengan JR Pass tanpa had selama 14 hari!
Jadi, jika anda merancang untuk melancong sekitar Jepun, JR Pas adalah wajib! Walau bagaimanapun, Pas ini sememangnya khas untuk pelancong, dan HANYA boleh dibeli di luar Jepun! Jadi, jangan lupa untuk membelinya sebelum anda pergi ke Jepun.
7. BasJika anda tidak boleh mendapatkan Pas JR (atas sebab visa), atau jika anda sudahpun berada di Jepun, maka bas adalah pilihan lain, terutama ke tempat-tempat kecil luar bandar. Terdapat hari yang mana terdapat bas semalaman di antara kebanyakan tempat di Jepun.
Walaupun ia murah, perjalanan dengan menaiki bas mungkin mengambil masa tiga hingga empat kali lebih lama. Sebagai contoh, menaiki bas dari Tokyo ke Osaka mengambil masa 10 jam, manakala kereta api hanya 2 jam. Pendapat saya, lebih baik menaiki kereta api jika boleh, lebih selesa dan merupakan cara yang terbaik untuk bersiar-siar di negara ini.
Pas bas juga ada disediakan di Jepun. Pas bas 3-hari berharga $92 (RM 399) manakala untuk 5-hari berharga $ 138 (RM 598). Pas boleh didapati dengan menempah online melalui laman web rasmi mereka.
8. Berjalan KakiTidak hairanlah mengapa orang Jepun sentiasa langsing dan sihat!
Walaupun perkhidmatan tren dan bas disediakan, mereka tidak ada pengangkutan peringkat jalanan (seperti basikal roda tiga) di Jepun, jadi anda sebenarnya perlu berjalan kaki untuk menuju ke destinasi anda. Bukan sahaja ia percuma, malah anda juga dapat menikmati pemandangan beberapa tempat-tempat terbaik di Jepun yang anda tidak akan dapat lihat apabila menaiki kereta atau tren yang lebih pantas.
Di sesetengah tempat, terdapat basikal untuk disewa, yang anda boleh gunakan sebagai langkah terakhir jika anda sudah penat berjalan kaki.
9. Nikmati Tempat Perlancongan Percuma!Terdapat begitu banyak seni bina indah: Tempat-tempat suci purba Shinto, Pasar Awam, Taman dan kuil-kuil di seluruh Jepun, dan yang paling penting kebanyakannnya adalah percuma untuk dilawati!
Istana-istana kebiasaannya sangat murah, jika ia bukan percuma utuk dilawati. Untuk pengalaman yang unik, anda boleh mencuba Istana Bitchu Matsuyama di Wilayah Okayama (300 yen (RM 10) tiket masuk). Berikut adalah senarai tapak bersejarah yang sangat disyorkan bagi pelancong. Kemasukan adalah percuma:
– Narai-juku, Wilayah Nagano
– Fushimi Inari Shrine, Kyoto
– Shimogamo Shrine, Kyoto
– Istana Diraja Kyoto
– Kurashiki, Wilayah Okayama
– Candi Hakone, Wilayah Kanagawa
Semua tempat ini akan memberi anda banyak kenangan manis tanpa perlu berbelanja satu yen pun.
Selain itu, terdapat beberapa bangunan pencakar langit yang menawarkan dek percuma untuk melihat pemandangan bandar Tokyo dari tempat tinggi. Antaranya, Bangunan Kerajaan Metropolitan Tokyo di Shinjuku menawarkan dua dek percuma, setinggi tingkat ke-45 bangunan pencakar langit ini.
10. Servis Pemandu Pelancong PercumaTerdapat kumpulan-kumpulan kecil bagi setiap bandar seperti di Tokyo dan Nara yang menyediakan pemandu pelancong percuma. Kebiasaannya mereka adalah penduduk tempatan yang peramah mencari pelancong untuk berlatih kemahiran berbahasa inggeris mereka dan juga membuat kawan baru.
Lazimnya, anda hanya perlu membayar tiket masuk dan pengangkutan untuk anda dan pemandu pelancong, dan lebih elok jika membelanja mereka untuk makan tengah hari bersama.
11. Membeli-belah di Kedai Bebas CukaiBagi pembelian lebih daripada 10,000 yen (kira-kira RM 360), banyak gedung membeli-belah dan kedai peruncit lain boleh mengecualikan 5% cukai jualan sebagai penghargaan untuk pelawat dari luar negara.
Makanan popular, minuman beralkohol dan peralatan elektronik juga disediakan bebas cukai di zon bebas keselamatan lapangan terbang. Pasport anda mungkin diperlukan semasa membuat pembayaran.
12. Membeli Hadiah Cenderahati MurahTerdapat banyak Daiso, Don Quijote, dan kedai 100 yen di seluruh Tokyo yang mana penuh dengan barangan seperti makanan, pakaian, barang-barang pinggan mangkuk hinggalah kepada cenderamata dengan harga yang sangat murah. Selain itu, terdapat juga pasar jualan murah yang menjual barangan khazanah yang unik. Tempat-tempat seperti ini merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke tanah air.
13. Hotel BisnesKepada pelancong yang lebih gemar mempunyai bilik sendiri, jadi pilihan yang terbaik adalah menginap di ‘Hotel Bisnes’. Di Jepun, sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk tempatan (terutamanya ahli perniagaan) bermalam di sebuah hotel daripada pulang ke rumah jika mereka bekerja lewat malam atau keluar dengan rakan sekerja.
Bandar-bandar besar di Jepun mempunyai banyak hotel bisnes yang kecil dengan harga yang berpatutan. Hanya jangan berharap bahawa bilik-bilik ini saiznya adalah besar, kerana sebenarnya agak kecil, tetapi bersih. Ia dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dan mempunyai semua kemudahan yang anda perlukan!Anda boleh mendapatkan bilik hotel bisnes kira-kira $ 70 ( RM 300) untuk bilik kembar. Hotel-hotel ini biasanya tidak mempunyai restoran dan juga tidak menyediakan sarapan, jadi makanan tidak termasuk dalam harga tersebut. Tetapi semua bilik mempunyai pemanas air dan ada juga yang mempunyai ketuhar gelombang mikro, yang boleh digunakan untuk membuat hidangan yang ringkas seperti mi cawan.
Anda boleh sahaja pergi ke hotel-hotel berikut tanpa tempahan, atau membuat tempahan online melalui laman carian biasa. Terdapat beberapa syarikat hotel bisnes yang bagus dan murah di Jepun. Hotel MyStays Asakusabashi di Tokyo, antara syarikat hotel bisnes yang bagus, dan ia adalah besar! Sangat disarankan untuk anda!
14. Hotel Kapsul
Diambil idea daripada bilik asrama, hotel kapsul adalah salah satu perkara unik di Jepun, yang mana anda akan tidur dalam kotak khas persendirian yang tertentu daripada tidur di bilik. Anda akan berkongsi bilik mandi dan kawasan yang umum bersama dengan tetamu lain. Setiap kapsul mempunyai lampu bacaan, alas tidur dan adakalanya TV kecil.
Anggaran untuk satu kapsul semalaman adalah sekitar $ 35 (RM 151). Walaubagaimanapun, Hotel-hotel ini hanya terdapat di bandar-bandar besar di Jepun.
Secara tradisinya hotel kapsul hanya untuk lelaki, tetapi akhir-akhir ini hotel kapsul baru telah dibuka dan dirangka untuk pelancong, dan termasuk juga untuk wanita.
15. RyokanTidur di rumah penginapan tradisional Jepun – Ryokan untuk satu atau dua malam adalah suatu kemestian apabila melawat jepun!
Ryokan, walau bagaimanapun agak mahal, dan berharga antara $ 140 (RM 600) dan $ 230 (RM 1000) untuk satu malam seorang. Harga ini termasuk hidangan makan malam Jepun tradisional yang lazat pada waktu petang dan sarapan pagi pada hari berikutnya, dan onsen (kolam air panas) percuma jika mereka mempunyai Onsen.Makanan tradisional Jepun yang disediakan di Yamakyu Ryokan, TakayamaOnsen (Kolam Air Panas) Yamakyu Ryokan, Takayama
Ryokan paling murah di Jepun adalah Yamakyu Ryokan, Takayama yang mana anda hanya perlu bayar $ 150 (RM 650) satu malam untuk dua orang ($ 75 (RM 325) setiap orang). Ini termasuk hidangan makan malam tradisional Jepun, sarapan pagi, dan onsen. Sangat disyorkan sekiranya anda mahu mencuba Ryokan tetapi tidak mahu berbelanja lebih!
Sudah tentu terdapat juga banyak rangkaian hotel antarabangsa di Jepun, tetapi agak mahal, bernilai antara $ 100 (RM 433) dan $ 200 (RM 867) sebilik untuk satu malam.
16. Dapatkan Makanan Dari Kedai SerbanekaDi Jepun, anda boleh mendapatkan pilihan makanan yang berkualiti dan murah di kedai-kedai runcit (7-Eleven dan Family Mart), yang kedua-duanya sihat dan lazat berbanding kedai serbaneka di negara lain. Anda pasti terkejut dengan pilihan hidangan pra-masak yang dijual di kedai-kedai serbaneka.Sebagai contoh makanan yang terkenal: iaitu kotak bento (kotak makan tengah hari) dengan beras, ikan, daging, dan sayur-sayuran dengan harga hanya kira-kira $ 4 (rm 17). Di sini anda juga akan menemui pelbagai pilihan bebola nasi dengan daging yang berlainan atau inti ikan untuk $ 1 (RM 4) sahaja. Manakala satu bekas sushi berharga sekitar $ 4 (RM 17).
17. Restoran Makanan Segera Jepun yang Murah dan SihatBerpendapat bahawa semua makanan segera adalah digoreng, makanan ringan yang diproses? Fikir sekali lagi.
Di Jepun, “makanan segera” bererti semangkuk nasi panas, daging lembut, popia rangup, sup miso, beserta secawan teh hijau. Hidangan asas (contohnya periuk nasi dan teh hijau) boleh dibeli dengan hanya 130 yen (RM 4.66), tetapi bagi hidangan yang lebih besar dan mewah dalam lingkungan 300 yen- 600 yen (RM 10- RM 20).Antara senarai restoran murah yang menawarkan makan seperti ini termasuk:
– Matsuya (semangkuk nasi, sarapan pagi Jepun, kari Jepun)
– Sukiya (sama seperti di atas)
– Yoshinoya (makanan ruji Jepun, kari serta udon)
– Mister Donut (donut)
– MOS burger (burger Jepun, yang kebanyakannya menggunakan beras sebagai “ban”)
Selain itu, kebiasaannya terdapat restoran mi di setiap sudut jalan di Jepun, di mana anda akan boleh mendapatkan semangkuk besar ramen, udon atau soba untuk $ 7 ( RM 30). Mereka juga menyediakan minuman teh (panas atau sejuk) secara percuma!
18. Promo Set Makanan Tengah HariKebanyakan restoran di Jepun menawarkan promo makan tengah hari, yang pada dasarnya merupakan hidangan makan malam mereka tetapi pada harga rendah. Jadi anda boleh pilih untuk makan tengah hari sebagai hidangan besar utama pada hari itu, dan makan hidangan yang lebih kecil (seperti mi) untuk makan malam pada waktu petang.
Walaubagaimanapun, jika anda, mahu makan makanan barat, anda perlu membayar lebih daripada makanan Jepun.
Lagi, jika anda seorang penggemar buah-buahan dan sayur-sayuran segar, lupakan sahaja niat anda jika mahu menjimatkan wang. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat mahal di Jepun!
19. VikingsBanyak restoran di Jepun mempunyai set makanan yang boleh dikongsi, sperti tempura, sushi dan sashimi, yang mana anda boleh makan bersama-sama dengan rakan-rakan dan mungkin membayar hanya sekitar $ 17 (RM 73) setiap satu set.
Jika anda gemar untuk merasa pelbagai jenis makanan, bufet Baikin (atau dipanggil ‘Vikings’ pada menu mereka) amat sesuai untuk anda! Malah ia adalah pilihan makan malam yang paling popular, yang mana anda boleh mengambil apa sahaja makanan yang anda suka untuk kira-kira $ 20 (RM 86).
20. Tiada TipsBerita baik untuk pengunjung yang datang ke Jepun: tidak ada adat yang dipanggil tip di sini kerana ia dianggap kurang sopan. Kakitangan restoran dan hotel atau pemandu teksi mungkin akan menolak tip, bagi mereka ia satu perkara yang memalukan dan merendahkan martabat seseorang. Jika anda tawar sekalipun, mereka tetap akan pulang semula baki yang anda tinggalkan. Jika anda suka akan perkhidmatan mereka, memberi ucapan terima kasih sudah memadai.
Kesimpulan
Jadi adakah Jepun mahal untuk dilawati? Ya, tidak dinafikan Jepun adalah lebih mahal berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Tetapi tidak berbanding dengan negara-negara Eropah Barat, Amerika Syarikat, Australia dan apatah lagi Scandinavia!
Semua perjalanan memerlukan kita untuk berbelanja wang, tetapi anda tidak perlu membelanjakan wang yang lebih di Jepun daripada bercuti misalnya di Norway, New York, UK atau Australia. Jepun kaya dengan pelbagai budaya dan merupakan sebuah negara yang menarik untuk dilawati, jadi anda tidak perlu ketinggalan hanya kerana anda fikir ia adalah terlalu mahal.
Jika anda inisiatif sedikit, merancang perjalanan dengan teliti dahulu sebelum anda pergi dan jangan membuat tempahan terlebih dahulu, supaya anda boleh melancong ke Jepun dengan murah.