- Dark Water (Hideo Nakata, 2002)
Filem seram arahan Hideo Nakata ini ditayangkan pada tahun 2002. Mengisahkan tentang seorang wanita yang baru bercerai dan berpindah rumah di flat murah bersama anak perempuannya. Sejak itu, wanita itu sering mengalami pengalaman pelik di mana air misteri bocor dari tingkat atas. Dark Water bukan sahaja sebuah filem seram yang terbaik, malah filem yang penuh dengan tragedi menyayat hati dan pasti memuaskan hati pada sesiapa yang menonton.
- Ju-on : The Grudge (Takashi Shimizu, 2002)
Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita bernama Kayako dan mempunyai suami dan seorang anak lelaki bernama Toshio. Kayako sering didera suaminya yang kaki judi dan pemabuk. Toshio hanya mampu melihat sahaja ibunya disiksa. Satu hari, Kayako disiksa oleh suaminya sehingga mati dan kemudian suaminya juga mati kerana terlibat dalam kemalangan.Polis juga tidak dapat menemui di mana anak pasangan tersebut. Semenjak itu, satu demi satu penghuni rumah tersebut mati secara misteri.
- Suicide Club (Sion Sono, 2001)
Pada 27 Mei, 54 pelajar sekolah membunuh diri dengan cara menerjun beramai-ramai di hadapan kereta api yang sedang bergerak laju. Tidak lama kemudian, dua jururawat pula membunuh diri dengan menerjun dari tingkap hospital. Pada 28 Mei, satu kumpulan pelajar sekolah tinggi melompat dari bumbung bangunan sekolah. Kes bunuh diri beramai-ramai ini berlarutan dari hari ke hari. Polis cuba menyiasat dan mencari jawapan di sebalik punca kematian berantai ini namun hanya temui jalan buntu. Sehingga satu ketika, polis mengaitkan kes ini dengan seorang gadis bernama Mitsuko.
- Reincarnation (Takashi Shimizu, 2005)
35 tahun yang lalu, seorang professor kolej bernama Norihasa Omori melawat sebuah hotel tempatan dan merakam dirinya sendiri sedang membunuh 11 tetamu hotel, pekerja, anaknya sendiri dan kemudian membunuh diri untuk memahami tentang kelahiran semula. Sejak itu, rakaman pembunuhan itu hilang. Pada hari ini, pengarah filem seram, Ikuo Matsumura memutuskan untuk membuat sebuah filem mengenai pembunuhan itu dan mengarahkan pelakon Nagisa untuk melakonkan watak anak professor Omori, Chisato. Bermula dari saat itu, beliau sering dibelenggu mimpi buruk dan dihantui oleh roh kanak-kanak itu.