Jepun merupakan salah satu negara yang sangat maju dari segi teknologi, tidak hairanlah banyak tempat yang anda boleh kunjungi untuk menggunakan wifi secara percuma. Namun sambungan wifi nya tidak lah begitu laju dan tidak sesuai untuk memuat turun video dan lain-lain dokumen berat.
Biasanya wifi jenis ini hanya dibenarkan untuk digunakan dalam tempoh yang singkat sahaja dan sekiranya anda tidak mahu juga untuk membeli poket wifi, kami dari pihak MKJ sangat berbesar hati untuk menyenaraikan 4 tempat popular ini dimana anda boleh menggunakan wifi secara percuma di Jepun !
- Starbucks
Starbucks adalah kafe yang terkenal di seluruh dunia yang berkonsepkan kopi dan WiFi. Starbucks mungkin antara pilihan yang terbaik untuk anda dapatkan wifi secara percuma dan Ianya juga amat mudah untuk disambungkan.
Anda hanya memerlukan satu alamat e-mel (pastikan anda mendaftarnya terlebih dahulu di sini sebelum merancang untuk ke Starbucks, jika tidak, anda tidak boleh menggunakan isyarat 3G atau 4G di Jepun). Penggunaan wifi yang disediakan disini biasanya tidak ada batasan masa. Tambahan pula, isyarat sambungannya di sini pada umumnya cukup baik. Namun begitu, anda perlu ingat bahawa tidak semua kafe Starbucks menyediakan perkhidmatan wifi.
Untuk mendaftar anda boleh klik di link ini, ( http://starbucks.wi2.co.jp/sp/sma_index_en.html )
- Seven-Eleven
Kedai serbaneka di Jepun boleh di ibaratkan sebagai syurga di bumi ini. Kedai ini amat berguna untuk memudahkan kehidupan seharian anda.
Seven-Eleven juga menyediakan WiFi secara percuma. Namun begitu, sebelum anda menyambungkan gadjet, anda perlu mendaftarkan diri anda terlebih dahulu. Prosesnya sedikit memeningkan. Anda perlu memberikan maklumat seperti nama, alamat e-mel dan membaca banyak terma dan syarat
Anda boleh klik link di bawah ini untuk mendaftar, tetapi oleh disebabkan ia ditulis di dalam bahasa Jepun, anda mungkin perlu meminta bantuan seseorang yang tahu bahasa Jepun untuk mengisikan kesemua maklumat ini. Sebaik sahaja anda mendaftar, proses untuk mengakses wifi akan menjadi lebih mudah (klik di sini untuk penjelasan, http://7spot-info.jp/guidebook/helpful/connect.php?lang=en ).
Anda juga boleh memuat turun aplikasi “Jepun Connected Free Wi-Fi” – http://www.ntt-bp.net/jcfw/en.html – untuk membuatkan sambungan wifi anda menjadi lebih mudah. Namun begitu, kami ingin mengingatkan anda bahawa anda hanya boleh menggunakan wifi percuma di Seven-Eleven ini untuk hanya 60 minit sahaja dan 3 kali sehari.
Link untuk mendaftar, https://webapp.7spot.jp/internets/members/register_form
- Family Mart
Family Mart juga mempunyai wifi secara percuma. Cara untuk mendaftarkan diri anda bagi mendapatkan sambungan wifi secara percuma di Family Mart ini agak sama seperti di kedai serbaneka Seven-Eleven (klik di sini untuk penjelasan dalam bahasa Jepun, http://www.family.co.jp/services/famimawi-fi/ ).
Sambungan wifi disini juga hanya membolehkan anda untuk mengakses wifi selama 20 minit selang 3 kali setiap hari. Tetapi jika anda mempunyai aplikasi iTunes Jepun atau akaun Google Play, anda boleh memuat turun aplikasi Family Mart yang akan membolehkan anda untuk mengakses sambungan wifi mereka untuk 60 minit pada satu masa.
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi tersebut, anda boleh melihat video di bawah,
LINK : https://www.youtube.com/watch?v=5etxwUfDOy4
- Lapangan Terbang
Semua lapangan terbang di Jepun menyediakan sambungan internet secara percuma yang boleh digunakan untuk hampir ke semua jenis alatan gadjet. Untuk mendapatkan sambungan wifi ini, anda perlu memilih rangkaian “AirportName_Free_Wi-Fi” dan anda perlu mengikuti prosedur yang mudah untuk mendaftar seperti memasukkan alamat e-mel anda. Kemudian, setelah beberapa saat anda sudah mempunyai sambungan ke internet.