Apabila alam semula jadi bergabung dengan cuaca yang melampau di Hokkaido, sesuatu yang unik boleh berlaku terutamanya semasa musim sejuk. Berikut adalah beberapa fenomena luar biasa yang boleh dilihat pada musim sejuk di sekitar Hokkaido.
1. Debu Berlian (Diamond Dust)Kristal ais yang tercipta oleh kelembapan beku di atmosfera, dipanggil debu berlian. Debu berlian ini akan muncul apabila berada di bawah suhu -10C / 14F pada hari yang cerah. Anda akan berpeluang menyaksikan kejadian alam ini beberapa kali setahun di kawasan pendalaman Asahikawa dan Tokachi.
2. Pokok diliputi Frost (Frost – Covered Trees)Apabila titisan air dan kabus di dahan membeku, ia boleh menukar keseluruhan pokok menjadi seperti kristal putih. Fenomena ini dapat dilihat di kawasan sekitar Hokkaido seperti Tasik Mashu, Tokachi dan Gunung Daisetsu. Pokok-pokok ini boleh terjadi dalam pelbagai bentuk bergantung kepada jumlah salji dan sekaligus menjadikan pemandangannya seakan dalam kisah dongeng.
3. Ais Terapung ( Ice Floe)Permukaan laut di utara-timur Hokkaido menjadi berais kerana suhu yang melampau. Dari Januari hingga Mac, anda boleh berjalan di atas laut beku atau menyelam dan berenang di sekeliling ais yang terapung. Semenanjung Shiretoko amat terkenal dengan ais gumpalannya yang besar dan suasananya yang menakjubkan.
4. Awan Pelangi ( Rainbow Clouds)Apabila kelembapan di dalam awan berdekatan matahari memantulkan cahaya, ia akan membentuk warna pelangi yang menakjubkan. Fenomena ini sangat cantik dan ia dipercayai membawa tuah sejak zaman dahulu kala. Ia berlaku pada awal pagi di hari yang cerah. Ianya bukan sesuatu yang luar biasa di Hokkaido, jadi anda berpeluang menyaksikan kecantikan fenomena ini jika anda bangun di awal pagi.
5. Kabus Laut Kearashi (Kearashi Sea Fog)Apabila kelembapan permukaan laut atau sungai mencapai suhu yang sangat sejuk di atmosfera, iaitu di bawah 20C / -4F, sejenis kabus istimewa akan terbentuk. Ia dipanggil “Kearashi” dalam loghat tempatan. Fenomena unik wap tebal yang muncul dari laut ini boleh diperhatikan sepanjang kawasan pantai seperti Kushiro dan Rumoi.