5 JENIS COKLAT JEPUN

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Di dalam sebuah negara yang mempunyai budaya snek yang besar, di mana manisan itu dianggap sebagai raja, anda boleh memilih pelbagai jenis manisan apabila anda memerlukan sesuatu yang manis untuk dimakan.

Apabila manisan yang terdapat di negara yang anda lawati itu adalah berbeza daripada yang terdapat di negara asal anda, ia boleh menjadi satu proses percubaan dan kesilapan untuk mencari manisan kegemaran baru anda.

Di bawah ini adalah senarai 5 coklat Jepun yang boleh anda cuba.

 

  1. KitKat

Produk dari Nestlé ini iaitu KitKat telah pun popular di Jepun selama bertahun-tahun lamanya. Populariti Kit Kat yang diperoleh ini adalah disebabkan oleh namanya yang berbunyi hampir sama dengan frasa Jepun iaitu “Kitto Katsu” yang bermaksud “pasti menang”. Ia merupakan sebuah ungkapan popular yang sering diucapkan kepada pelajar sebelum peperiksaan.

 

Pada hari ini, KitKat telah dijadikan sebagai hadiah tradisional bagi pelajar untuk mengucapkan semoga berjaya untuk menjawab peperiksaan. KitKat di Jepun terkenal dengan perasanya yang unik, termasuklah teh hijau, kek keju strawberi, wasabi, kacang soya edamame dan cili pedas.

 

Malangnya, kebanyakan perisa yang unik ini hanya terdapat di kebanyakkan tempat sahaja, namun kini terdapat sebuah kedai KitKat khusus di Tokyo di mana anda boleh mencuba rasa Kitkat yang ganjil ini dengan sepenuh hati anda.

 

http://translate.google.co.jp/translate?hl=en&sl=ja&u=http://nestle.jp/brand/kit/chocolatory/store.html

 

  1. Meiji Marble Chocolates

Meiji adalah jenama coklat Jepun yang popular dan mereka mempunyai satu produk coklat yang agak popular iaitu coklat bersalut gula marble. Sama seperti coklat yang dikeluarkan oleh Nestles iaitu “Smarties”, ia merupakan titisan coklat yang disalut oleh warna yang berwarna-warni, yang mempunyai perwatakkan yang dicetak di atas coklat tersebut.

 

Sila lihat ke dalam tiub apabila anda telah selesai memakan coklat tersebut. Setiap pek didatangi dengan pelekat, yang menggambarkan negara yang berbeza-beza di seluruh dunia.

 

  • Chocolate Panda Coins

 

Coklat ini cukup kecil untuk dimakan satu atau dua keping tanpa rasa bersalah. Walaupun begitu, jika anda memerlukan sesuatu yang lebih, anda boleh mengambilnya sebanyak beberapa dozen

 

Coklat ini mempunyai kira-kira 60 kalori untuk setiap saru keping coklat. Kos untuk coklat ini pula dianggarkan kira-kira 30yen bagi setiap satu dan ianya boleh didapati di kebanyakan kedai-kedai convenience store.

 

Biasanya kedai-kedai hanya mempunyai satu jenis coklat sahaja, tetapi sebenarnya mereka juga mempunyai pelbagai perisa edisi terhad seperti badam, kopi dan biskut rangup yang pelbagai. Untuk menambahkan lagi kecomelannya, panda diberikan mimik muka nakal yang berbeza, jadi anda boleh cair dengan hanya melihat mimik mukanya sepintas lalu sebelum anda menikmati coklat tersebut.

 

  1. Lotte Ghana

 

Jenama coklat  ini mempunyai rasanya yang benar-benar lazat. Anda mungkin akan tertarik dengan bentuk kiub coklat kecil mereka. Coklat ini juga agak lembut dan licin serta rasanya benar-benar lazat. Anda juga boleh membeli coklat bar jenama Ghana ini dalam pelbagai jenis rasa.

 

  1. Pelbagai Coklat dari Daiso

 

Daiso (salah satu daripada rantaian kedai 100Yen yang terbesar) mempunyai stok yang sentiasa berubah-ubah, yang membawa kepada perkara yang baik dan perkara yang buruk.

 

Perkara yang baik adalah anda boleh terus mencari barangan yang anda inginkan di kalangan semua ratusan item yang mereka miliki dan perkara yang tidak baik adalah apabila anda mencari produk kegemaran anda secara tiba-tiba mereka tidak mempunyai stok lagi. Perkara ini berlaku dengan kerap ke atas produk-produk manisan.