5 KERETA JEPUN YANG PALING JIMAT MINYAK

Di Jepun, untuk membeli kereta yang baru salah satu aspek yang dicari adalah kereta yang menggunakan minyak yang paling sedikit. Oleh itu, pembuat kereta berada dalam persaingan sengit antara satu sama lain untuk menawarkan penggunaan bahan api yang rendah untuk kereta terbaru mereka.

Berikut adalah 5 kereta terkemuka di Jepun yang diberikan nilai dengan penilaian dari segi penggunaan bahan api yang paling rendah bagi separuh tahun pertama 2015.

 

  • Honda Grace Hybrid

 

Pada 34.4km / L (JC08 Mode), kereta sedan berasaskan kompak tegap ini mendapat  kedudukan kelima.

 

Penggunaan bahan api yang rendah dan didatangi dengan bantuan enjin 1.5L “Sport Hibrid i-DCD”. Dihubungkan dengan transmisi 7-Speed dual klac dibangunkan secara dalaman oleh Honda, Toyota Grance juga menawarkan prestasi sporty untuk kereta ekologi mereka juga. Jika anda lebih suka untuk melakukan pemanduan ekologi di dalam kereta sedan, Hibrid Grace ini adalah pilihan utama anda.

 

http://translate.google.co.jp/translate?hl=en&sl=ja&u=http://www.honda.co.jp/GRACE/

 

  • Daihatsu Mira ES

Dinilaikan pada kelajuan 35.2km / L untuk model front-wheel-drive, Daihatsu ini adalah salah satu daripada peneraju teratas kereta hibrid generasi baru dan ia diberikan takhta sebagai kereta kei.

 

Memandangkan ia merupakan kereta kei, enjinnya adalah terhad kepada 660cc dan tempat duduknya juga terhad kepada 4 orang sahaja, tetapi memandangkan kos pemilikan yang rendah dan berat kereta yang ringan, jadi ia merupakan pilihan yang terbaik bagi penyimpanan setiap sen anda supaya anda kekal bersederhana  di dalam persekitar bandar.

 

http://www.daihatsu.com/news/n2011/11092001/

 

  • Honda Fit Hybrid

 

Pada kelajuan 36.4 km / L, kereta hatchback kompak Honda ini menawarkan penggunaan bahan api yang sedikit berbanding daripada Sedan Grace, dengan reka bentuk yang lebih radikal. Honda Fit, kini dalam generasi ke-3, telah dijual secara global dengan model setempat di Eropah dan Amerika Utara.

 

Bagi mereka yang mencari sesuatu pilihan sporty, pembeli boleh memilih model RS dengan transmisi manual tetapi dengan tradeoff kecekapan penggunaan bahan api yang rendah. Dengan rupa bentuk yang kelihatan seperti Gundam, ia telah terbukti popular dikalangan pembeli kereta Jepun.

 

http://automobiles.honda.com/fit

 

  • Toyota Aqua

 

Jawapan yang diberikan oleh Toyota untuk pasaran kereta kompak hibrid adalah Aqua yang dinilaikan pada 37.0km / L. Ia direka dan dibina dari mula sebagai model hibrid sahaja dan ia banyak berkongsi powertrain dengan kereta Prius yang popular, namun boleh didapati di dalam bentuk badan hatchback.

 

Dengan reka bentuk yang diselaraskan, jurutera bekerja keras untuk memastikan kereta itu mempunyai seretan aerodinamik sedikit yang mungkin bagi mencapai penggunaan bahan api yang tinggi. Sistem hibrid yang dihasilkan oleh Toyota amat senyap semasa kelajuan rendah dan menawarkan kuasa yang banyak untuk pecutan yang cepat di lebuh raya.

 

http://translate.google.co.jp/translate?hl=en&sl=ja&u=http://toyota.jp/aqua/

 

  • Suzuki Alto

 

Mendahului senarai-senarai yang lain, jenama kereta Suzuki beradandi tempat yang pertama sebagai kereta yang paling jimat dari segi penggunaan minyak. Dinilaikan pada 37.0km / L. Kereta Suzuki Alto boleh dikatakan seri dengan kereta Toyota Aqua, namun dari segi keupayaan yang ditawarkan oleh kereta Suzuki Alto untuk penjimatan bahan api sebenar adalah lebih tinggi daripada Toyota Aqua.

 

Dengan berat 650 kilogram, ia merupakan kereta kei yang terbaik dengan reka bentuk yang bergaya. Apa yang lebih menarik lagi adalah harga asasnya. Ia didatangi dengan harga 890,000Yen (kira-kira 7400 USD), ia adalah hampir separuh daripada daripada harga Toyota Aqua. Suzuki Alto mendapat kedudukan pertama dalam penggunaan bahan api, dan bersinar dengan keupayaan yang menawarkan kepraktikalan dengan prestasi pemanduan yang menyeronokkan.

 

http://translate.google.co.jp/translate?hl=en&sl=ja&u=http://www.suzuki.co.jp/car/alto/