Tidak keterlaluan untuk diperkatakan, anda kini boleh mencari sebuah kereta Jepun di mana-mana negara di atas jalanraya pada hari ini. Dengan saham besar yang dipegang oleh pembuat kereta Jepun di negara Amerika Utara dan Eropah, Toyota, Subaru, Nissan, ianya hanyalah merupakan beberapa nama pesaing di peringkat global dalam industri automotif.
Walaupun pengeluar kereta Jepun menjual model kereta yang sama atau yang lebih kurang sama di peringkat global, namun terdapat juga beberapa buah kereta yang tidak dijual diluar negara matahari terbit ini. Antara sebabnya adalah, terdapat sesetengah model kejuruteraan khusus untuk pasaran Jepun sahaja.
Antara kereta-kereta tersebut adalah “kereta-kei”. Kereta kei ini dibezakan berdasarkan nombor pendaftaran kuning mereka, saiznya juga adalah terhad, kapasiti enjin, terdapat hanya beberapa kerusi, dan terdapat senarai keseluruhan peraturan-peraturan untuk menjaga kereta kecil ini supaya menjadi lebih cekap.
Dengan ruang yang terhad untuk jalan dan infrastruktur di Jepun, kereta kei ini amat sempurna untuk perjalanan yang singkat seperti membeoi barangan runcit. Di bawah ini adalah 5 buah kereta kei yang perlu anda tahu.
- Daihatsu Cast Sport
Ini merupakan pendatang baru dalam pasaran kereta kei yang menawarkan reka bentuk yang sporty dengan daya kepekaan yang tinggi. Didatangi dengan dua ton warna, warna aksen merah memberikan anda perasaan semangat perlumbaan yang diilhamkan dari reka bentuknya.
Acuan badan kereta ini ditawarkan dalam 2 variasi lain, iaitu style dan Activa. Bagi yang lebih sederhana variasi style amat sesuai untuk anda dan bagi yang jenis lasak, Activa sesuai untuk anda.
- Suzuki Hustler
Mungkin ada yang berfikir bahawa dengan menaiki kereta kei ini anda hanya terhad kepada pemanduan di atas jalan yang berturap sahaja, tetapi dengan menaiki Suzuki Hustler ini anda boleh dapati hampir tiada halangan.
Dengan jalan yang diselenggara dengan betul, kereta mini SUV ini boleh digunakan di mana-mana kawasan yang anda lalui. Kereta pacuan 4 roda ini boleh didapati tidak lama lagi, jadi anda pasti tidak akan mempunyai masalah dengan pemanduan di luar jalan raya, secara literalnya. Tambahan lagi, anda pasti akan kelihatan baik apabila melakukannya.
- Daihatsu Copen
Tidak ada kereta lain yang boleh meniru kereta ini, Copen adalah sebuah kereta yang boleh bertukar-tukar. Dengan hardtop yang berkuasa secara elektronik, kereta kecil kei ini boleh dipandu dan bertukar dari jalan yang kukuh dan membuka atapnya hanya dalam masa beberapa saat sahaja.
Hanya duduk, berehat, dan membiarkan kereta itu melakukan pertukarannya sendiri. Copen didatangi dalam 3 variasi iaitu the sporty and sharp Robe, the playful X-Play, dan the old-fashioned Cero.
- Suzuki Alto RS
Alto RS mendapat mata di bahagian prestasinya dengan enjin 660cc turbocharged yang penuh semangat, berserta dengan reka bentuk yang bergaya. Lampu depan kereta ini telah direka untuk kelihatan seperti sepasang cermin mata tebal berbingkai sebagai contoh. Dan secara keseluruhan, reka bentuknya yang sederhana, meluahkan lagi bahan yang terdapat di dalamnya.
- Honda S660
Honda S660 adalah sebuah kereta sport yang diperah ke dalam dimensi yang menjadikannya kereta Kei. Dengan enjin yang terletak di belakang tempat duduk pemandu, kereta ini menawarkan pengendalian unggul dari casis sempurna yang seimbang. Pecutannya adalah dramatik dengan enjin turbocharged mengeluarkan 64ps dan 104Nm tork. Angka-angka ini mungkin tidak berbunyi seperti banyak, tetapi dengan berat kereta 830kg, ia seolah-olah seperti sebuah go-kart di jalanraya.