1. Pulau Miyako, OkinawaPulau Miyako terkenal dengan lautannya yang jernih dan indah . Di sini, anda boleh berenang dengan penyu laut serta meneroka terumbu karang. Walau bagaimanapun, apa yang benar-benar unik mengenai Pulau Miyako adalah ia mempunyai gerbang, gua dan terowong. Pulau Miyako adalah 300km dari barat daya Naha dan 130km dari timur Pulau Ishigaki Satu-satunya cara untuk sampai ke Pulau Miyako adalah dengan menaiki kapal terbang terus dari Tokyo.
2. Pulau Ishigaki, OkinawaPulau Ishigaki adalah sebahagian daripada wilayah Okinawa dan terletak 300km dari timur laut Taiwan. Tujuan utama mereka yang datang ke sini adalah untuk menyelam bersama ikan pari. Masa yang terbaik ialah dari musim bunga ke musim luruh tetapi pada masa yang lain juga ikan pari boleh dikesan di sekitar pulau. Pelancong boleh datang ke pulai ini dengan mengambil penerbangan terus dari Tokyo ke Pulau Ishigaki.
3. USS Emon Pulau Kouri, Okinawa
Jika anda ingin melakukan penyelaman di kawasan tinggalan kapal di kapal selam Amerika, terdapat tinggalan kapal USS Emons Pulau Kouri . Ia dirempuh lima pesawat dan kemudiannya tenggelam oleh Amerika untuk mengelakkan Jepun daripada mengambilnya . Ia terletak di kedalaman 34 meter ke 46 meter di bawah air dan oleh itu ia tidak sesuai untuk penyelam baru. Terdapat beberapa syarikat yang menganjurkan lawatan sehari ke kawasan peninggalan kapal.
4. Pulau Yonaguni, OkinawaYonaguni adalah pulau yang paling barat di Jepun dan hanya 108 km dari timur Taiwan. Ia adalah tempat yang hebat untuk menyelam jika anda mahu melihat jerung hammerhead. Waktu yang paling baik adalah dari bulan November hingga Mei. Pulau Yonaguni juga terkenal dengan struktur batu dalam air yang kelihatan seperti buatan manusia. Anda boleh melawat Yonaguni dengan mengambil penerbangan selama satu jam dari Lapangan Terbang Naha yang akan terbang setiap hari atau menaiki feri selama 4 atau 5 jam dari Pulau Ishigaki.
5. Pulau Hateruma, OkinawaPulau Hateruma terletak satu jam perjalanan dari Pulau Ishigaki. Pulau ini hanya berkeluasan 12km2 dan merupakan tempat yang sangat kecil dan damai. Ia bukan tempat untuk berparti, tetapi tempat untuk menikmati aktiviti menyelam skuba di perairan yang jernih dan menakjubkan.Pelawat juga boleh berjalan-jalan di pantai pada waktu malam. Malangnya bot laju dari Pulau Ishigaki sering dibatalkan kerana cuaca buruk, tetapi anda juga boleh mengambil feri yang mengambil masa dua jam.