Kebanyakkan perkampungan Jepun yang cantik terletak di kawasan pergunungan dan kawasan lembah yang terpencil. Kampung-kampung ini telah ditinggalkan oleh penduduknya, namun akhirnya bertukar menjadi tempat tarikan pelancong.
- Shirakawa-go (Wilayah Gifu)
Perkampungan Shirakawa-go
Perkampungan Shirakawa-go merupakan tempat yang terkenal dan terindah dengan rumah-rumah tradisional di sekitar lembah. Shirakawa-go dan kawasan kejiranannya, Gokayama disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO. Pelancong boleh datang berkunjung dan pulang pada hari yang sama jika mereka dari Nagoya dan Kanazawa. Hampir 70 buah rumah di kampung ini masih dijaga rapi dan terdapat beberapa buah rumah dijadikan muzium atau rumah tetamu. Tempat ini menerima lebih daripada 1.5 juta pelancong setiap tahun terutama pada musim sejuk. Ini disebabkan oleh salji tebal yang meliputi kawasan perkampungan dan sekaligus menghasilkan pemandangan yang amat cantik.
- Takayama (Wilayah Gifu)
Takayama street
Tidak jauh dari Shirakawa-go, adalah perkampungan Takayama. Ianya kini merupakan sebuah bandar kecil yang terdiri daripada rumah-rumah kecil yang masih utuh. Terdapat juga beberapa rumah luar bandar dengan atap jerami di daerah Hida. Takayama menerima nama samaran “Little Kyoto” kerana daya tarikannya seperti perkampungan lama. Bandar ini juga mempunyai beberapa kuil dan pasar pagi.
- Ine (Wilayah Kyoto)
Perkampungan nelayan Ine
Jauh dari perkampungan lain, Ine adalah sebuah perkampungan nelayan yang terkenal dengan Funaya (rumah bot). Rumah-rumah di tepi tasik digunakan sebagai bangsal untuk bot nelayan. Funaya kini menjadi rumah kediaman dan restoran. Tempat ini juga merupakan salah satu perkampungan nelayan yang ada di Jepun.
- Tsumago (Wilayah Nagano)
Jalan Nakasendo
Tsumago terletak di lembah Kiso, sebuah tempat yang terkenal dengan aktiviti mendaki. Ia adalah salah satu daripada bandar-bandar yang terletak di sepanjang jalan Nakasendo. Jalan ini menghubungkan dari Kyoto ke Edo. Tsumago merupakan salah satu perkampungan yang memang diciptakan untuk dipenuhi dengan kehadiran pelancong. Tempat ini sangat dijaga rapi di mana sebarang kenderaan seperti kereta dilarang untuk memasuki kawasan ini.
- Taketomi (Wilayah Okinawa)
Perkampungan Taketomi di Okinawa
Kampung Taketomi ialah sebuah perkampungan yang paling terpencil berbanding perkampungan yang lain. Walaupun ianya terletak di kepulauan Okinawa, namun kecantikan landskap di kawasan perkampungan tersebut tidak dapat dinafikan. Di sana, pelancong boleh bersiar-siar di sekitar kampung dengan berjalan kaki atau menaiki kereta lembu.