5 TEMPAT PALING MENAKUTKAN DI KANSAI

“10 minit lagi ingin memasukki waktu tengah malam. Menunggu di lampu isyarat yang berwarna merah. Tiba-tiba terdengar jeritan suara yang lembut menembusi kegelapan malam. Lampu-lampu kuning di dalam terowong yang sempit dan panjang, tidak semerna-merna berkerlip untuk seketika. Lampu isyarat telah bertukar hijau. Dia memegang stereng dengan tangan yang berpeluh dan kereta itu perlahan-lahan bergerak ke dalam kegelapan …”

Ia sudah memasuki musim panas dan musim panas adalah musim untuk memberitahu cerita-cerita seram di Jepun. Bagi sesetengah orang, ia juga merupakan masa yang terbaik untuk kimodameshi, melulusi ujian keberanian dan melawat ke tempat-tempat berhantu atau menyeramkan.

Berikut merupkan 5 tempat yang paling menakutkan di Kansai, Jepun :

 

  1. Nara Dreamland

 

Nama ironis untuk sebuah taman hiburan yang telah menjadi salah satu tempat yang paling menakutkan di seluruh Jepun. Ia dibuka pada tahun 1961, taman ini bertujuan untuk menjadi sebuah taman tema seperti Disneyland dan mempunyai hampir 1.6 juta pengunjung setahun pada waktu kemuncak. Jadi ia pastinya merupakan salah satu tarikan terbesar di kawasan ini.

 

Walau bagaimanapun, dengan pembukaan Tokyo Disneyland dan USJ di Osaka pada tahun 2001, pengunjung telah kurang berminat untuk pergi ke Nara Dreamland dan jumlah pengunjung telah menurun secara radikal, sehingga bilangan pengunjung menjadi begitu sukar untuk didapati. Pada 31 Ogos 2006, taman tema ini telah ditutup dan penutupan itu tidak dapat untuk dielakkan lagi.Sejak daripada itu, segala-galanya yang ada di sini telah ditinggalkan. Dari roller coaster ke merry go rounds, seperti alam keadaan yang digantung.Rumput, pokok-pokok, dan belukar telah melubungi bekas taman permainan ini, manakala karat dan kotoran pula telah menutupi sepenuhnya kawasan yang pernah bersinar dahulu.

 

Dari tahun 2013,  ia telah mendapat perhatian daripada blogger asing yang telah berkumpul dan berjaya masuk ke dalam taman ini serta mengambil gambar di taman hiburan tersebut. Gambar-gambar ini (termasuk yang di atas) telah menjadi begitu viral dan mendapat sambutan di Jepun sehinggakan keruntuhan Nara Dreamland meningkat dengan dadak.

 

Pada waktu kini, tempat ini telah menjadi salah satu tempat untuk mengumpulkan anak-anak muda yang mahu menguji keberanian mereka, sama seperti 20 tahun yang lalu tetapi dalam suasana yang sama sekali kurang suram. Sejak tahun 2014, terdapat blogger Jepun yang mendakwa bahawa tempat itu bukan sahaja amat menyeramkan, tetapi juga telah menjadi tempat untuk mahluk ghaib, termasuk objek yang bergerak dengan tiba-tiba, bayang-bayang merangkak di belakang bangunan terbiar, bunyi yang pelik … Walau bagaimanapun, tiada bukti dengan apa-apa kematian yang mencurigakan berkaitan dengan taman hiburan ini, oleh itu kebarangkalian Dreamland menjadi tempat berhantu adalah sangat rendah.

 

Berhantu atau tidak, tempat itu telah berkembang dengan menjadi salah satu tempat  yang paling menakutkan dan mimpi ngeri yang mendorong kepada runtuhan Jepun. Pastinya ia bukanlah Dreamland lagi, tetapi ia masih cantik dengan cara yang mengerikan.

 

  1. Kubitsuka Daimyojin Shrine

 

Setakat ini tempat-tempat berhantu dan cerita-cerita hantu yang telah anda baca, mungkin tiada tempat yang lebih baik berbanding dengan Kyoto. Ia bukan sahaja ibu kota lama yang mempunyai banyak kuil-kuil kuno dan tempat-tempat suci, tetapi juga jika anda menyelami ke dalam latar belakang tempat ini, kebanyakan daripadanya berkaitan dengan sejarah peristiwa sejarah berdarah yang bertukar menjadi beberapa cerita yang menakutkan seperti berdarah legenda. Kubitsuka Daimyojin adalah satu contoh bagaimana sejarah ini menjadi legenda dan legenda ini telah menghidupkan tempat yang berhantu itu pada masa kini.

 

Terletak di jalan 9, berdekatan dengan Oi no saka, terdapat segelintar orang berkata walaupun terdapat kuil shabby disitu, namun ia tidak begitu mendapat sambutan pada siang hari. Kisah tempat ini adalah berdasarkan kepada tempoh cerita Heian, iaitu Shutendouji yang merupakan watak utama kepada iblis. Shutendouji tinggal di gunung Oe, dengan rakan sebayanya yang jahat, dan dari masa ke semasa pergi ke ibu negara, iaitu Heiankyou (nama bekas Kyoto) untuk membunuh, merogol dan menculik wanita muda.

 

Untuk menamatkan penjarahan ini, mahkamah telah menghantar Minamoto Raiko dengan 3 wira lain (antaranya Watanabe Tsuna, terkenal dengan Rashomon pengembaraan syaitan membunuh) untuk membunuh Shutendouji. Mereka menjumpainya di dalam istana besi, dan dengan bantuan beberapa barangan ajaib, termasuk beberapa wain telah membuatkan syaitan itu mendedahkan wajah sebenarnya dan mereka dapat memotong kepala Shutendouji ini.

 

Dikatakan kepala Shutendouji ini telah ditanam di bawah Shrine Kubitsuka dan ini merupakan sebab mengapa tempat ini dibina semula. Raiko dan rakan-rakannya telah membawa kepala syaitan sehampir mungkin dengan ibu negara mereka supaya ianya dibenarkan membuang kegare, kekotoran rohani dan tidak merebak ke bandar. Oi no saka adalah persimpangan dan juga halangan kepada roh-roh jahat seperti dengan amalan feng shui Jepun. Tempat itu juga terbaik untuk mengebumikan ketua syaitan, untuk menghalau kuasa jahat.

 

Tidak perlu dikatakan, tempat itu telah digunakan oleh “pencari hantu” Jepun selama bertahun-tahun. Lagenda Shutendouji, suasana ngeri, dan kekurangan pelawat yang melawatinya ini telah menjadikan tempat ini sempurna untuk cerita yang menakutkan.

 

  1. Fushimi Inari Taisha

 

Bercakap berkenaan Kyoto, kita tidak boleh melangkau Fushimi Inari, sebagai antara  senarai tempat-tempat yang mengerikan. Terkenal di kalangan rakyat Jepun dan juga sangat popular di kalangan warga asing, tempat suci yang besar ini telah dibina meliputi hampir seluruh kawasan permukaan gunung. Ia digunakan untuk menyembah tuhan Inari, dewa tuaian dan pertumbuhan ekonomi, biasanya diwakili dalam bentuk musang. Pintu-pintu kuil sebenarnya dijaga oleh 2 kitsune yang kelihatan seperti bengis, dan ia cukup untuk membuatkan anda rasa seperti ada sesuatu yang ganjil mengenai tempat itu. Sebagai satu nasihat, jangan sesekali merenung ke dalam mata mereka, legenda pernah berlaku bahawa orang yang merenung ke dalam mata patung-patung ini, tidak akan meninggalkan kuil itu secara hidup.

 

Dan bercakap berkenaan legenda, tempat ini amat dipenuhi dengan lagenda. Terdapat satu cerita bahawa ada satu pasangan yang mendaki gunung ini melalui ribuan pintu, pada waktu senja, kedua-duanya telah hilang dan dikatakan jika mereka kembali lagi ke dunia nyata, mereka akan menjadi amnesiac. Ini dikatakan antara variasi legenda kamikakushi, iaitu kanak-kanak yang bersemangat dengan perjalanan kepada tuhan-tuhan yang tertentu, yang diperkenalkan kepada keindahan kehidupan dan kemudian dibawa balik ke rumah mereka dalam keadaan tidak berupaya untuk mengingat apa yang berlaku kepada mereka. Terdapat kes-kes kanak-kanak hilang di perimeter Fushimi Inari, dan ramai orang telah menjadi legenda tempatan.

 

Terdapat juga kisah 4 mayat digantung. Seluruh keluarga, seorang bapa dan 3 kanak-kanak ditemui dengan leher tergantung dari torii ketika matahari terbit. Kebanyakannya menyalahkan bapa untuk apa yang terjadi kerana ia kelihatan seperti bunuh diri secara paksaan, namun, tiada apa boleh digunakan oleh bapa tersebut sebagai platform untuk menggantung dirinya selepas membunuh anak-anak.

 

  1. Kiyotaki Tunnel

 

Banyak kali tempat ini diberikan gelaran sebagai tempat yang paling menakutkan di Jepun, Kiyotaki Tunnel telah mengumpul minat orang ramai selama beberapa dekad.

 

Dalam tempoh Namboku (iaitu pada tahun 1336 – tahun 1392) ia merupakan medan perang dan juga sebagai tempat untuk pelaksanaan, oleh dengan alasan itu tempat ini telah menjadi tempat yang berhantu. Ia juga telah memberikan imaginasi kepada orang yang percayakannya.

 

Dibina pada tahun 1929, terowong ini mempunyai suasana yang menyeramkan, ditambah lagi dengan lampu yang berwarna kuning dan dinding yang dipenuhi lumut. Walau bagaimanapun, laporan mengenai penampakan ghaib di kawasan itu hanya bermula selepas seorang gadis membunuh diri pada lewat tahun 90an. Rangka badan beliau pula telah ditemui pada tahun 1998 tergantung dengan leher, sangat dekat dengan terowong berkenaan.

 

Selepas itu,cerita-cerita hantu di sekitar tempat berkenaan dikatakan mulai terhebah.

Orang yang telah terlihat hantu ini telah mendakwa ada yang melihat wanita tua, wanita muda, ada yang menangis dan ada juga yang marah. Beberapa orang yang dapat melihat sepenuhnya mahluk ini, telah memberitahu bahawa mereka menunjukkan diri mereka di tingkap belakang sahaja.

 

Terdapat juga cerita tempatan yang menakutkan mengenai lampu isyarat di kawasan itu. Jika lampu isyarat sebelum terowong menunjukkan hijau, jangan tergesa-gesa untuk melaluinya. Ini adalah, sebagai pepatah lagenda yang mengatakan, cahaya dari pihak lain, menjemput anda. Jika anda tidak mengambil kira nasihat ini, terowong yang dipenuhi oleh segala macam hantu cuba untuk menamatkan hidup anda.

 

Kepercayaan ini berakar umbi dan anda boleh melihat kereta ditarik ke tepi jalan raya, dan orang yang kelihatan bimbang dengan warna lampu isyarat.

 

  1. Marui Hospital

 

Terletak d jalan raya yang bernombor 63, di bandar Sennan, di persimpangan jalan, bangunan ini dinamakan Hospital Marui kerana bentuk bulat. Tidak seperti kebanyakkan hospital, perkara yang menarik mengenainya adalah kerana namanya diambil dari lokasi tertentu di mana mereka di dirikan, Hospital Marui adalah Hospital Pusingan yang lieral, ◯ 井 病院, nama yang sangat asing bagi kemudahan perubatan.

 

Sewaktu ia masih berfungsi, hospital ini terkenal dengan khabar angin mengenai banyak kematian yang terjadi semasa pembedahan, sehingga ke satu tahap bahawa orang ramai mula mendakwa bahawa sesiapa sahaja yang melakukan pembedahan di sana pasti mati. Ini mungkin benar-benar dianggap sebagai permulaan cerita-cerita yang menakutkan berkait dengan hospital, dan pasti ada sebab yang menyebabkan kejatuhan dan penutupan yang tidak dapat dielakkan.

 

Selepas itu, seperti yang berlaku dengan kebanyakan tempat runtuhan, orang ramai mula menyebarkan khabar angin mengenai apa yang menghantui tempat ini. Ada yang berkata ia adalah hantu seorang jururawat dan beberapa pesakit yang telah mati.

 

Kebanyakan daripada mereka menyatakan mereka melihat lampu dihidupkan dan dimatikan oleh dengan sendiri di dalam bilik pembedahan. Cerita-cerita yang paling ekstrem pula menceritakan, jika anda mengambil salah satu rekod perubatan yang terdapat di tempat itu, anda akhirnya pastikan akan diganggu oleh panggilan hantu yang meminta anda untuk kembalikan rekod itu semula.