5 Tempat Pertunjukan Bunga Api Untuk Dilawati Semasa Tahun Baru

Sambutan tahun baru sering dikaitkan dengan pertunjukkan bunga api di mana ia merupakan aktiviti “wajib” di setiap negara. Di Jepun, tahun baru disambut dengan penuh tradisi seperti melawat kuil, mengirimkan poskad kepada kaum kerabat, meletakkan dekorasi di pintu rumah serta menikmati Mi Soba. Namun begitu, pertunjukkan bunga api  juga diadakan di seluruh tempat. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang boleh anda lawati pada malam tahun baru.

 

  1. Tokyo Disneyland & Disneysea

Pertunjukkan bunga api di Disneyland

 

Jika anda memenangi tiket untuk pergi ke sambutan malam tahun baru di Tokyo Disneyland atau Disneysea, ia merupakan satu peluang keemasan bagi anda kerana hanya orang-orang terpilih sahaja yang dapat menghadiri sambutan tersebut di Magic Kingdom.

 

  1. Yokohama Hakkeijima Sea Paradise

Hakkeijima Sea Paradise Aquarium

 

Yokohama Hakkeijima Sea Paradise Aquarium merupakan akuarium terbesar di Jepun. Setiap tahun pertunjukan bunga api dianjurkan oleh Happy Island dan melepaskan kira-kira 3,000 tembakan ke udara sambil  diiringi dengan persembahan musik. Di samping itu, terdapat juga pertunjukan ikan lumba-lumba dan sambutan lain sehingga keesokkan pagi.

 

  1. Universal Studio Japan

Kemeriahan di Universal Studio Japan

Sambutan tahun baru di Universal Studio Japan diraikan dengan meriah sekali. Dianggarkan sebanyak 3,000 lebih bunga api dilepaskan. Pengunjung bebas untuk berada di sambutan itu  sepanjang malam. Inilah  waktu yang terbaik untuk anda melawat Universal Studio Jepun !

 

  1. Nagashima Spa Land

Taman hiburan Nagashima

 

Nagashima merupakan salah sebuah taman hiburan yang meraikan sambutan malam tahun baru. Selain daripada pertunjukan bunga api, mereka juga sering menjemput ahli musik terkenal untuk menghidupkan lagi suasana tahun baru. Memandangkan lokasi Nagashima Spa yang berdekatan dengan Nagoya, Kyoto dan Osaka, ia menjadikannya tempat yang paling sesuai untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berada di kawasan itu.

 

  1. Huis Ten Bosch

Huis Ten Bosch

 

Setiap tahun, pertunjukan bunga api di Huis Ten Bosch diadakan dengan penuh istimewa. Kemeriahan pesta bunga api diiringi dengan persembahan ahli musik sambil beribu-ribu das bunga api dilepaskan ke udara.