5 Tempat Untuk Melihat Rusa Di Jepun

Sebut pasal rusa Jepun je mesti ramai dah tahu kesopanan rusa ini terutamanya apabila mereka nampak anda memegang biskut beras.
Tempat yang sangat well-known dengan rusa adalah di Nara Park.
Rusa juga merupakan simbol kepada bandar Nara.
Rusa di sini juga dengan sopannya menunduk untuk meminta pada pelancong yang datang menyuapkan biskut beras padanya.

Selain di Nara Park, anda juga boleh melihat rusa Jepun di beberapa tempat lain.
Tempat-tempat melihat rusa di Jepun adalah seperti berikut :-

1. KASHIMA JINGU, IBARAKI

◈ Stesen JR Kashima-Jingu 10 minit berjalan kaki.
» 2306-1 Kyuchu, Kashima, Ibaraki 314-0031, Japan.

 

2. NARA PARK, NARA

◈ Stesen Kintetsu Nara 5 minit berjalan kaki, stesen JR Nara 20 minit berjalan kaki.
» Nara, 630-8211 Japan.

 

3. MISHIMA TAISHA, SHIZUOKA

◈ Stesen Shinkansen Mishima 7 minit berjalan kaki.
» 2 Chome-1-5 Omiyacho, Mishima, Shizuoka 411-0035, Japan.

 

4. KINKASAN, MIYAGI

◈ Dari stesen Shinkansen Sendai, ambil Senseki Line ke stesen Ishinomaki. Kemudian ambil bas Miyako ke pelabuhan Ayukawa, 20 minit perjalanan menaiki bot.
» Ishinomaki, Miyagi 986-2523 Japan.

 

5. MIYAJIMA, HIROSHIMA

◈ Naik Sanyo Honsen Line ke stesen Miyajimaguchi dari stesen JR Hiroshima. Kemudian menaiki feri 10 minit perjalanan.
» 1-1 Miyajimacho, Hatsukaichi, Hiroshima 739-0588, Japan.

 

Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang anda perlu tahu sebelum jumpa rusa ini.

Bulan September hingga November adalah musim mengawan.

Ketika itu, rusa jantan selalunya agresif.

Dari bulan Mei hingga Julai pula adalah ketika anak rusa dilahirkan.

Rusa betina tidak begitu ramah pada waktu tersebut.

Jadi, jangan menghampiri mereka sepanjang tempoh ini.

Layanilah mereka dengan baik dengan tidak memberikan makanan selain daripada makanan khas yang dijual untuk mereka.

 

Have a wonderful trip to Japan with MKJ!  (´∀`)