Masako Mizutani berusia 48 tahun dan merupakan ibu kepada dua anak. Namun, dia berjaya menjaga kesihatan dan kecantikannya dengan baik sehingga dia kelihatan lebih muda daripada usia sepatutnya. Berikut adalah beberapa tips runtin seharian yang diamalkan oleh beliau bagi menjaga kecantikkan dan mengekalkan rupa paras yang muda.
- Gunakan krim muka yang mengandungi Vitamin E
Vitamin E merupakan antioksidan yang meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas ini boleh menyebabkan kesan penuaan kepada kulit seperti kedutan, kekeringan, bintik coklat, kekasaran dan garis-garis halus. Vitamin E juga berguna bagi mengurangkan kemunculan parut yang baru.
- Memakan makanan di dalam bahagian-bahagian yang kecil
Dengan mengamalkan cara makan dengan makan kepada beberapa bahagian-bahagian yang kecil sepanjang hari, fungsi badan anda akan menjadi lebih cekap. Makan dalam jumlah yang besar boleh membawa kepada sistem penghadaman yang lembap, seterusnya menyebabkan kembung perut dan membuatkan anda berasa letih selepas makan.
- Memakai solekkan mengikut umur
Semakin tua usia anda, semakin “simple” solekan yang patut anda pakai. Masako Mizutani mengesyorkan solekan yang lebih ringan untuk wanita yang lebih tua. Secara peribadi kami bersetuju dengan Masako Mizutani ini kerana jika anda memakai “foundation” di atas kedutan, ia hanya akan menyerlahkan lagi garisan tersebut. Solek yang ringan dan kelihatan semula jadi adalah silap mata untuk kelihatan cantik dengan segera.
- Minum banyak air (lebih baik lagi, air hujan)
Kami tidak pasti jika ini benar-benar berkesan. Anda perlukan sebuah negara yang bersih dengan udara bersih untuk melakukan perkara ini. Negara Malaysia kadang-kadang menerima jerebu daripada negara jiran, jadi untuk meminum air hujan agak tidak masuk akal. Walau bagaimanapun, Masako mengumpul air hujan di jepun dan menggunakannya sebagai minuman dan air untuk mandi.
- Menggabungkan rutin urut
Jika anda melakukan senaman untuk badan anda, mengapa tidak menjalankan senaman untuk muka anda juga dan pastikan ia lebih bertona dan kelihatan muda?
Masako Mizutani melakukan urutan saliran limfa di muka, leher, dan badan. Urutan Limfa boleh menjadikan mata anda kelihatan kurang bengkak dan lebih bertenaga.
Masako Mizutani membelanjakan kira-kira lima jam menjaga kulit beliau setiap hari! I Jadi tidak hairanlah dia kelihatan menakjubkan. Dia pasti layak untuk kelihatan muda dengan yang usaha yang telah dilakukan!