6 HOTEL TERBAIK UNTUK PENGUNJUNG BERISTIREHAT DI KYOTO

Apabila anda melancong ke Kyoto, anda pasti mahu meluangkan masa rehat di tempat penginapan. Adakah anda mahu merasai pengalaman berharga sambil menikmati suasana Kyoto yang terdiri daripada seni bina dan hiasannya yang cantik? Di bawah adalah 5 hotel terbaik untuk mereka yang gemar bersantai di hotel.

1. Sumiya RyokansumiyaSumiya Ryokan (gaya inn Jepun) telah ditubuhkan pada zaman Taisho (1912-1926). Ia juga dikenali sebagai Majlis Teh Inn kerana ia mempunyai bilik teh gaya tradisional Jepun. Tiada ryokan lain menyediakan teh matcha di dalam bilik teh di Kyoto melainkan hotel Sumiya.

Apabila anda datang ke ryokan ini, anda akan melalui jalan di hadapan pintu masuk yang basah. Ianya sebagai tanda bahawa mereka sudah bersedia untuk menyambut tetamu dan itu adalah salah satu daripada adab majlis teh. Bukan sahaja terdapat bilik mandi peribadi di dalam bilik anda, tetapi juga ada tempat mandi umum yang besar dan ruang bacaan yang dikongsi oleh tetamu.

2. Tawaraya RyokantawarayaTawaraya Ryokan telah ditubuhkan lebih daripada 300 tahun yang lalu dan juga salah satu daripada tiga ryokans utama lama wujud di Kyoto. Dikatakan bahawa ryokan ini adalah ryokan tertua di Kyoto. tempat penginapan ini menjadi terkenal kerana ianya adalah ryokan kegemaran Steve Jobs. Layanannya yang mesra, bilik dan restoran kelas pertama menjadi tarikan utama pelancong untuk bermalam di sini. Sabun buatan sendiri dengan gabungan 20 herba yang berbeza amat popular dan anda hanya boleh membelinya di sini.

3. Hoshinoya KyotohoshinoyaHoshinoya Kyoto dikelilingi oleh alam semula jadi Arashiyama dan ia merupakan salah satu daripada tempat penginapan yang paling mewah di Hoshinoya. Semua bilik berhadapan dengan pemandangan sungai dan menjadikan ryokan ini sebuah tempat penginapan yang menarik. Bangunan yang berusia ratusan tahun ini mempunyai 25 bilik dan anda boleh berehat dalam suasana luar biasa dan mewah.

4. Hiiragiya Ryokanhiiragiya1Hiiragiya Ryokan merupakan salah satu daripada tiga ryokan utama yang telah lama wujud di Kyoto. Ia mempunyai dua ratus tahun sejarah sejak ia ditubuhkan. Hiiragiya menjadi semakin menarik sejak bangunan tambahan dibina pada tahun 2006. Anda boleh menikmati masa santai anda sepanjang berada di sini . Ryokan ini bukan sahaja dikagumi oleh pelancong luar tetapi juga penduduk tempatan.

5. Kyoto Ishibe-Kouji “Ryugin”ryuginRyugin terletak di salah satu kawasan yang paling menarik di Kyoto di mana penginapannya berdinding batu dan jalan berturap. Pembinaan ryokan ini berkonsepkan “rumah penginapan yang kecil tetapi berkualiti tinggi”. Ryugin hanya mempunyai dua suite yang dipanggil “Yuse” dan “Bousen”. Ryokan ini juga mempunyai penyambut tetamu dan ianya perkara yang jarang berlaku untuk jenis inn di Jepun.

6. ChourakukanchourakukanSebuah bangunan tiga tingkat berkonsepkan Inggeris yang dipanggil Chouraku-kan telah dibina di zaman Meiji (1868-1912). Dikatakan bangunan ini telah dinamakan sempena perkataan yang ditulis dalam bingkai oleh Ito Hirobumi, perdana menteri Jepun yang pertama, kelima, ketujuh dan kesepuluh. Anda boleh melihat pelbagai reka bentuk yang berbeza di dalam bangunan ini. Ini menjadikan rumah penginapan ini sangat elegan dan eksotik. Terdapat juga sebuah kafe di mana anda boleh menikmati mainan muzik dan juga piano.