1. Akatsuki No Chanoyu (Teh Matahari Terbit)
Diadakan pada jam 3.00 atau 4.00 pagi dan akan berakhir pada jam 6.00 pagi. Ia juga digelar Zangetsu (Bulan Kekal) kerana majlis ini diadakan ketika bulan masih lagi berada di langit.2. Asa No Chanoyu (Teh Pagi)
Kebiasaanya, majlis ini diadakan pada waktu cuaca panas dimana ianya lebih selesa untuk tetamu datang pada waktu pagi yang masih sejuk. Tetamu akan berkumpul pada jam 6.00 pagi.3. Shogo No Saji (Teh Tengah hari)
Majlis ini diadakan pada waktu tengah hari bermula dari jam 11.30 hingga 4.00 petang. Jenis teh yang digunakan untuk majlis ini adalah teh Matcha.4. Yobanashi No Chanoyu (Teh Petang)
Majlis ini diadakan apabila seseorang mahu menghabiskan masa petangnya bersama rakan-rakan sekerja. Kebiasaannya ia bermula jam 6.00 petang dan akan tamat bila-bila sahaja. Perkataan “Yobanashi” itu sendiri bermaksud menghabiskan masa petang bersama –sama .5. Hango No Chanoyu (Teh selepas Makan Malam)
Ia juga digelar “Majlis Teh dan Kek” dimana hanya teh dan kek sahaja yang akan disediakan. Majlis ini boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja tetapi kebiasaanya diadakan pada jam 9.00 pagi atau jam 1.00 petang.6. Rinji Chanoyu (Teh Istimewa)
Merujuk kepada Bulan, Salji atau Majlis Bunga. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap alam semulajadi atau untuk tetamu yang datang dari jauh untuk melawat serta rakan-rakan yang singgah ke rumah.
Panduan Eksklusif 8 Persediaan Wajib Sebelum Bercuti Ke Jepun
Akses percuma ini hanya ada pada masa yang terhad. Klik button di bawah untuk akses.