6 JENIS PAS KERETA API DI JEPUN

Pas kereta api Jepun adalah tiket khas yang ditawarkan kepada pelancong luar yang datang melawat ke Jepun. Syarat untuk membeli tiket ini adalah mereka yang memegang status pelawat sementara. Berikut adalah 6 jenis pas kereta api yang boleh didapati di Jepun.

 

  1. Japan Rail Pass

JR Pass Ordinary

Pas kereta api ini adalah untuk perjalanan tanpa terhad bagi laluan kereta api, bas dan feri yang terpilih untuk tempoh 7, 14 atau 21 hari berturut-turut. Pas ini juga menawarkan 2 jenis kelas iaitu kelas Ekonomi dan kelas Hijau (kelas pertama).

 

 

  1. JR East Pass

JR East Pass

 

Pas ini merangkumi Tokyo dan beberapa destinasi terkenal di timur Jepun seperti Nagano, Tohoku dan Niigata. Pengguna boleh menggunakan pas ini untuk menikmati perjalanan tanpa had di kereta api tempatan, kereta api ekspres dan juga Shinkansen.

 

  1. JR West Pass

Pas Kansai untuk 3 hari

 

Pas ini digunakan di kawasan Kansai dan pelawat boleh membeli JR West Pass  hanya sekali setiap lawatan. Pas ini menawarkan 1 hingga 4 hari perjalanan berturut-turut dan hanya disediakan untuk kelas Ekonomi sahaja.

 

  1. JR Kyushu Rail Pass

JR Kyushu Pass

 

Pas kereta api ini meliputi kawasan Pulau Kyushu di barat Jepun. Ianya sesuai digunakan untuk melancong ke tempat-tempat seperti Nagasaki, Kagoshima dan Istana Obira. Ditawarkan untuk tempoh 3 atau 5 hari berturut-turut dan hanya untuk Kelas Ekonomi sahaja.

 

 

 

  1. Hokkaido Rail Pass

Contoh Hokkaido Pass

 

Pelawat boleh mengelilingi pulau Hokkaido dengan menaiki kereta api. Pas ini sah digunakan untuk semua laluan kereta api dan laluan bas Hokkaido yang terpilih. Pas Hokkaido menawarkan untuk tempoh 3,5 dan 7 hari berturut-turut.

 

  1. Shikoku Rail Pass

Antara wilayah-wilayah yang pelawat boleh menggunakan Shikoku Pass

 

Pas kereta api ini menawarkan perjalanan tanpa terhad untuk laluan kereta api dan kereta api seperti JR Shikoku, Kotoden, Tosaden dan Asa Kaigan. Ia juga menawarkan pas 2,3,4 atau 5 hari berturut-turut untuk Kelas Ekonomi.