6 PERKARA PERLU ANDA TAHU SEBELUM MENGGUNAKAN TANDAS JEPUN

Berikut adalah apa yang anda perlu tahu sebelum menggunakan tandas di Jepun

1. Bahaya Selipar Tandas

Jepun mempunyai budaya yang sukakan kebersihan. Mereka menganggap kasut sebagai barang yang kotor kerana penggunaannya. Apabila anda memasuki rumah di Jepun, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menanggalkan kasut anda. Adat ini juga diguna pakai di bilik-bilik hotel dan restoran dimana anda akan diberikan selipar khas untuk dipakai.

Terdapat pelbagai jenis selipar yang berlainan. Apabila anda masuk ke tandas, jangan lupa untuk menanggalkan selipar bilik dan memakai selipar yang telah dikhaskan penggunaannya di tandas dan begitulah sebaliknya. Bagi penduduk Jepun, selipar tandas dianggap benda yang paling kotor di dunia!

1

Selipar tandas biasanya mempunyai perkataan “tandas” yang ditulis dalam huruf besar.

2

2. Cara Menggunakan Tandas Cangkung Jepun

Secara tradisinya, kebanyakan tandas Jepun adalah tandas cangkung Asia dan masih boleh ditemui di Jepun pada hari ini (kira-kira 10% daripada tandas). Anda mungkin tidak selesa sekiranya anda tidak biasa dengan tandas cangkung Asia.

3

3. Bagaimana untuk Menggunakan Tandas Elektronik Jepun

Kebanyakan tandas moden Jepun mempunyai alat elektronik yang canggih dengan pelbagai fungsi.

4

4. Papan Tanda Tandas

Di Jepun, tidak susah untuk membezakan antara bilik air lelaki dan wanita. Jarang kali aksara kanji digunakan di dalam papan tanda tandas awam. Tetapi jika ia menggunakan aksara kanji, ” 男 ” adalah untuk lelaki dan ” 女” adalah untuk wanita.

5

Biasanya ikon lelaki dan perempuan digunakan untuk membezakan ruangan tandas

6
Sekiranya anda tidak pasti dengan simbol atau maksud perkataan, anda boleh membezakan ruang tandas dengan warna dimana biru digunakan untuk tandas lelaki dan merah adalah untuk wanita.

7

5. Tandas awam di Jepun

Tandas awam sangat mudah dicari di Jepun. Bilik air di Jepun kebiasaanya ditutup penuhi (mempunyai dinding dari bumbung ke lantai). Sebahagian besar tandas awam di Jepun adalah sangat bersih kecuali tandas yang mempunyai trafik pengguna yang tinggi seperti di stesen keretapi (kurang bersih)

8

(Peta elektronik di Shinagawa menunjukkan ruang bilik air yang ada)

6. Tisu tandas

 Tandas awam di Jepun tidak menyediakan tisu tandas. Kebiasaanya mereka membawa tisu tandas sendiri pada setiap masa. Namun, ada juga tandas yang menyediakan tisu untuk kemudahan awam. Jadi, lebih baik anda bawa sendiri tisu anda untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku ^^

9

10