6 SNEK POPULAR HALAL JEPUN

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Kebanyakan makanan ringan yang dijual di Jepun memang sangat cantik dan lazat. Kebanyakan pelancong lebih gemar membeli makanan ringan dari Jepun sebagai cenderahati untuk dinikmati bersama-sama ahli keluarga setelah tiba di negara sendiri.

Oleh kerana bilangan penduduk yang beragama Islam di Jepun tdak ramai, jadi agak sukar untuk  pelancong yang beragama Islam mencari makanan ringan yang halal di Jepun. Jadi disini MKJ akan senaraikan beberapa jenis makanan ringan yang halal untuk anda

 

  1. Muso Castella Cake

Castella adalah kek span yang berasal daripada negara Portugal. Di Jepun, kek ini datang dalam tiga perisa yang berbeza iaitu matcha, madu dan gula perang. Matcha adalah perisa yang paling popular. Kek ini telah disahkan halal oleh Nippon Asia Halal Association dan anda boleh mendapatkannya di Lapangan Terbang Haneda dan Narita.

 

  1. Kappou Yama Sakura Jam

Antara perisa yang ada adalah peach (Yamanashi peach), strawberi (strawberi Tochigi), blueberry (Saitama blueberry), epal (Aomori epal) dan oren (Ehime oren) dan kesemuanya telah disahkan halal. Buah-buahan ini diambil daria dalam negara Jepun sendiri. Anda boleh mendapatkan produk-produk jem ini di kedai-kedai Laox di Shinjuku dan Akihabara.

 

http://www.laox.co.jp/en/

 

  1. Ryukyu Kokuto’s Brown Sugar Candy

Gula-gula gula perang ini adalah sangat popular di kepulauan Okinawa. Sekiranya berminat, anda boleh mencarinya di Lapangan Terbang Naha atau di kedai-kedai cenderamata yang ada di Okinawa.

 

Selain gula-gula gula perang, Ryukyu Kokuto juga menghasilkan makanan ringan lain yang telah disahkan halal seperti coklat teh hijau dan coklat pudina. Anda boleh lihat sendiri produk halal mereka di link ini :

http://www.ryukyu-kokuto.jp/prdct_list.html?category_code=118

 

  1. Kuro Tamago

Kuro Tamago bermaksud telur hitam. Ianya merupakan keistimewaan Owakudani di Hakone. Telur ini dibuat melalui proses merendamnya didalam air panas sulfur sehingga kulit telur ini bertukar kepada warna hitam serta berbau sedikit sulfurik. Ada yang mengatakan sekiranya anda memakan telur ini ia dapat meningkatkan jangka hayat hidup anda selama 7 tahun!

 

  1. Hello Kitty Cookies and Gaufrettes

Biskut ini telah disahkan halal oleh JAKIM Malaysia dan dijual di kedai-kedai Laox di Shinjuku, Akihabara dan Aeon Mall Narita. Antara perisa yang boleh didapati termasuklah teh hijau, pisang dan strawberi.

 

http://www.laox.co.jp/en/

 

  1. Kit Kat Uji Matcha

Uji merupakan kawasan teh popular di Kyoto. Kit kat ini mudah didapati di Kyoto berbanding bandar Tokyo. Sekiranya anda lupa membelinya semasa lawatan anda ke Kyoto, cuba carinya di Lapangan Terbang Haneda dan Lapangan Terbang Narita. Walaupun tidak ada sijil halal untuk coklat ini, produk ini tidak mengandungi sebarang bahan-bahan yang haram maka ianya harus dan selamat untuk kegunaan umat Islam.

Mencari makanan halal memang sukar di Jepun, apatah lagi mencari makanan ringan halal yang dibungkus dan ditulis di dalam bahasa yang anda tidak boleh memahaminya! Kami berharap agar panduan ini berguna untuk anda.