6 TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI HAKONE

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Hakone merupakan sebahagian daripada Taman Negara Fuji-Hakone-Izu, yang terletak kurang daripada 100 kilometer dari Tokyo. Tempat ini amat dikenali dengan keindahan alam semula jadi, kolam air panas dan pemandangan yang amat dekat dengan Gunung Fuji. Hakone juga adalah salah satu destinasi paling terkenal di kalangan pelancong dari dalam dan luar Jepun.

 

  1. Kolam Air Panas (Onsen)

Salah satu Onsen di Hakone

 

Terdapat banyak kolam air panas serta spa di Hakone. Ianya sangat terkenal di Jepun disebabkan oleh manfaat kesihatan yang diperolehi daripada mineral semulajadi. Di Hakone, kolam air panas boleh ditemui di kawasan lembah, pergunungan, rumah mandian dan di sepanjang tepi Tasik Ashi.

 

 

  1. Tasik Ashi

Pemandangan Tasik Ashi

 

Tasik Ashi merupakan simbol utama Hakone. Ia terletak di tengah-tengah banjaran gunung, lembah dan hutan-hutan Hakone. Ia merupakan tempat wajib bagi pelancong yang ingin merasai suasana yang terbaik di Hakone. Bot pelayaran akan berhenti di Togendai-ko, Moto Hakone-ko dan juga Hakone-machi.

 

  1. Hakone Ropeway

Hakone Ropeway

 

Hakone Ropeway merupakan ropeway yang kedua di dunia selepas Kriens Bahn di Switzerland. Ianya bergerak dari Sounzan melalui Owakudani dan Ubako ke Togendai. Tempat-tempat menarik yang dilalui sepanjang perjalanan adalah Gunung Fuji, Gunung Kami, Tasik Ashi dan berakhir di Togendai di mana pelawat boleh meneruskan perjalanan dengan menaiki bot di sepanjang tasik.

 

  1. Hakone Open Air Museum

Beberapa ukiran seni di Hakone Open Air Museum

 

Ini adalah tempat tarikan di mana alam semulajadi digabungkan dengan karya seni. Terdapat ukiran besar yang indah dipamerkan di taman terbuka yang dikelilingi  kawasan pergunungan, lembah dan bunga-bungaan sekaligus membentuk pemandangan yang menakjubkan.

 

 

  1. Hakone Pirate Ship (Kaizoku-sen)

Kapal layar di Tasik Ashi

 

Kapal ini merupakan replika kapal lanun yang belayar di sepanjang Tasik Ashi. Pelancong berpeluang melihat pemandangan pergunungan, lembah dan pantai di sepanjang perjalanan. Terdapat juga pelbagai jenis makanan dan minuman , dan cenderahati yang boleh dibeli di dalam kapal.

 

  1. Taman Gora

Air pancut di Taman Gora

 

Gora merupakan sebuah taman berlandskapkan  gaya barat yang tercantik di Hakone. Ianya  sebuah tempat yang sesuai untuk berehat sambil menikmati pemandangan Hakone. Taman ini mempunyai air pancut yang besar, dua buah rumah hijau, taman botani dan restoran.