6 WILAYAH JEPUN YANG DILIPUTI SALJI TEBAL

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
  1. Hokkaido

 

Hokkaido merupakan salah satu tempat yang dikenali dengan saljinya yang tebal, walaupun ianya bukanlah wilayah yang menerima jumlah salji tertinggi. Antara salah satu faktornya adalah disebabkan corak angin di wilayah ini terutamanya di sekitar kawasan persisiran pantai. Secara puratanya, Hokkaido menerima 3.83 meter salji setiap tahun.

 

  1. Aomori

Wilayah Aomori di rantau Tohoku merupakan wilayah yang paling terkenal dengan buah epal yang lazat, pesta musim panas dan salji yang banyak. Aomori menerima 4.09 meter salji secara purata setiap tahun dan menjadikannya kawasan musim sejuk yang paling menyeronokkan.

 

  1. Gifu

Gifu merupakan tuan rumah kepada tapak Warisan Dunia UNESCO Shirakawa-go.  Wilayah ini merupakan salah satu tarikan pelancongan yang amat terkenal semasa musim sejuk di mana salji puratanya ialah 4.16 meter.

  1. Nagano

Nagano merupakan destinasi musim sejuk yang terkenal dengan tempat peranginan ski, air terjun, kolam air panas yang dikelilingi salji dan pemandangannya yang indah. Purata salji di wilayah ini adalah 4.23 meter.

 

  1. Fukushima

Semasa musim sejuk, wilayah Fukushima bertukar menjadi syurga salji yang indah terutama sekali di kolam Gushiki-numa yang akan bertukar warna sekaligus mewujudkan landskap yang cantik disebabkan faktor kedudukan matahari. Purata salji bagi Fukushima ialah 4.75 meter.

 

  1. Akita

Salji  tebal  yang turun di wilayah Akita telah menghalang laluan jalan raya di kesemua kawasan. Namun begitu, kejadian alam itu telah mencipta beberapa ukiran salji yang cukup mengagumkan.  Purata salji di wilayah ini adalah 5.32 meter. Tetapi, terdapat juga beberapa kawasan di Akita yang menerima salji sebanyak 7 meter.