7 Haiwan Comel Dan Unik Yang Hanya Terdapat Di Pulau Hokkaido, Jepun

1Hokkaido, pulau utama paling utara di Jepun, terkenal dengan cuaca musim sejuk dan pemandangan alamnya yang cantik. Akan tetapi, terdapat seperkara lagi yang perlu anda tahu, ia juga terkenal sebagai tempat populasi haiwan comel yang tidak boleh ditemui di tempat lain di negara ini!

Dalam gambar-gambar di bawah yang ditangkap oleh seorang jurukamera berbakat, dikenali sebagai PopShiretoko360 di Twitter, anda akan menjumpai makhluk kecil yang comel terdiri daripada burung hinggalah haiwan mamalia yang disukai. Lihat sahaja telatah comel mereka dalam gambar secara dekat dan cuba untuk tidak berkata, “Aww!”

1. Ezo Momonga

Berasal dari Hokkaido, Ezo Momonga adalah sejenis tupai terbang (ya, ia boleh terbang). Ia digemari kerana matanya yang besar dan gelap,badannya yang bulat, dan kaki kecilnya sangat comel hingga ke satu peringkat ia dianggap sebagai maskot di pulau itu.

Ezo Momonga begitu popular sehingga illutrasi makhluk itu digunakan pada kad tiket pengangkutan keretapi yang boleh dicas semula, Kitaca, di kawasan itu.23Makhluk montel ini cukup kecil untuk dimuatkan seluas tapak tangan anda.452. Ezo Fukuro

Subspesies kepada Burung Hantu Ural, Ezo Fukuro adalah sejenis spesies burung hantu yang jarang ditemui. Ia bergerak aktif pada waktu malam, walaupun kadangkala ia boleh dilihat di siang hari. Dengan penampilannya yang suka berpelukan, burung hantu ini sering duduk di dalam kulit kayu pokok-pokok yang boleh memuatkan dirinya.

Meskipun nampak comel, malangnya, haiwan ini mungkin suka makan beberapa haiwan lain yang comel dan sedap dalam artikel ini! Ah, rantaian makanan, apa boleh buat.76Kita dapat mengecam kehadiran mereka dengan mendengar bunyi “Hoh-hoh, Guruk Hoh-hoh”.893. Ezo Naki Usagi

Ezo Naki Usagi, hamster berwarna merah keperangan ini kebiasaannya dijumpai di kawasan-kawasan di seluruh Eurasia, termasuk utara China, Semenanjung Korea utara, dan pulau-pulau di Sakhalin dan Hokkaido. Ia kebiasanya memakan rumput, herba kecil, buah, daun, dan pucuk tumbuhan.

Juga dikenali sebagai ‘arnab yang menangis’, makhluk kecil ini tergolong dalam keluarga Pika dan merupakan inspirasi untuk kartun popular, Pokemon bernama Pikachu!1011

4. Musang Merah Hokkaido

Musang Hokkaido adalah satu daripada dua sub-spesies musang merah yang terdapat di Jepun. Dengan mata yang berkilau seperti air jernih penuh dengan rasa keghairahan dan ketajaman, tidak hairanlah mengapa kitsune (musang) digambarkan sebagai haiwan yang pandai, makhluk ajaib dalam cerita dongeng rakyat Jepun.

Seperkara lagi musang merah dari Hokaido berkeliaran pada musim sejuk dan tidak terlalu malu pada orang. Bahkan ia sering merenung atau mendekati sesiapa atau apa sahaja yang nampak baru di sekeliling mereka.1213Ekor lebat musang merah Hokkaido adalah penting untuk menghadapi musim sejuk kerana ia digunakan untuk menggulung badan mereka sebagai penebat haba.145. Lizuna

Lizuna, juga dikenali sebagai memerang, adalah subspesies yang hanya boleh ditemui di utara Hokkaido, Siberia dan utara Scandinavia. Tidak seperti kawannya yang lain, memerang jenis ini adalah unik kerana bulunya boleh bertukar menjadi warna putih sebagai penyamaran pada musim sejuk.

Sama seperti musang merah, lizuna juga dianggap sebagai makhluk ghaib yang boleh merubah bentuk dalam cerita dongeng rakyat Jepun. Lihat sahaja haiwan mamalia yang comel ini, bermain dalam salji, amat sukar untuk membayangkan ia menyebabkan kerosakan dan bencana seperti cerita-cerita klasik beritahu kita!15166. Shima-Enaga

Shima-Enaga adalah sejenis burung ‘ekor panjang’ yang hanya terdapat di Hokkaido. Tidak seperti burung ‘ekor panjang’ yang lain di seluruh Jepun, ia tidak mempunyai kening berwarna perang dan mukanya kesuluruhan berwarna putih.

Walau bagaimanapun, ciri-ciri ini secara beransur-ansur hilang setelah burung ini membesar. Burung Hokkaido ini kebiasaannya tinggal di hutan daripada kawasan tanah rendah hinggalah ke puncak gunung.17187. Ezo Risu

Walaupun tupai merah boleh didapati di seluruh kawasan utara Eurasia, tupai Hokkaido tetap lebih comel dan unik. Tupai Hokkaido ini mempunyai sub-spesiesnya yang tersendiri dan hanya boleh dijumpai di pulau Hokaido

Sebagaimana aktif dan energiknya tupai yang mungkin dapat kita lihat di Amerika Utara, Ezo Risu sering dijumpai sedang rakus mencari makanan seperti kekacang dan buah beri dalam hutan tebal.1920Seekor tupai sedang menikmati kekacang di atas tunggul kayu. Sangat comel bukan?21