7 Kepercayaan Pelik Orang Jepun Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Tahu

1Jepun memang terkenal sebagai kawasan yang penuh dengan pelbagai kepercayaan spiritual dan mistik. Selepas Perang Dunia II berakhir, Perlembagaan Damai Jepun telah memberikan rakyatnya lebih kebebasan beragama yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Walau bagaimanapun, toleransi membenarkan kesemua kepercayaan ini juga telah menimbulkan beberapa pemujaan yang aneh, dengan salah satu daripadanya yang paling terkenal iaitu pemujaan Aum Shinrikyo yang bertanggungjawab terhadap serangan gas sarin ke atas stesen kereta api di Tokyo pada tahun 1995.
Berikut merupakan senarai tujuh pemujaan yang lain di Jepun selain yang disebutkan. Walaupun ianya tidak terkenal seperti pemujaan Aum Shinrikyo, namun patut diberi perhatian kerana ketua dan ahli mereka kelihatan begitu taksub dengan pemujaan mereka sehinggakan mungkin boleh membawa kesan buruk.

1. Persatuan Yamagishi2Penternak ayam Miyozo Yamagishi telah membentuk sebuah masyarakat luar bandar pada tahun 1952 untuk menempatkan mereka yang berasa terasing dan kecewa dengan perindustrian Jepun yang semakin berkembang. Sejak penubuhannya, Persatuan Yamagishi ini telah berkembang kepada beberapa ribu penganut di Jepun dan seluruh dunia. Ahli penganutnya hidup bersama dalam komuniti yang sedikit dan bercucuk tanam sebagai pekerjaan utama mereka. Masyarakat ini menyara hidup sendiri dengan menjual sayur-sayuran dan produk tenusu. Mereka berkongsi segala-galanya dan semua barang adalah percuma di kalangan komuniti tersebut.
Walau bagaimanapun, di sebalik semua kenyataan yang bagaikan syurga mengenai persatuan ini, seorang daripada bekas ahlinya telah mendedahkan hal sebenar tentang kerja dalaman Yamagishi ini. Orang ramai yang ingin menjadi ahli mereka sepenuhnya diwajibkan untuk mendermakan semua harta benda mereka kepada persatuan. Apabila di dalam komuniti, para pemimpin tegas mengawal selia semua aktiviti ahli-ahli mereka. Lebih membimbangkan, kanak-kanak yang sudah berusia lima dan ke atas akan dipisahkan daripada ibu bapa mereka. Kemudian kanak-kanak ini akan ditempatkan sesama mereka dan dibiarkan membesar tanpa sebarang jagaan.

2. Pana-Wave Laboratory3Yuko Chino memulakan ajaran sesatnya sendiri pada tahun 1977 berdasarkan daripada idea bahawa gelombang elektromagnet yang merosakkan dunia, menyebabkan bencana alam, dan akan memusnahkan dunia pada bulan Mei 2003. Walau bagaimanapun setelah masuk bulan Mei 2003 tiada apapun yang berlaku dan mereka berkata “oh celaka, kita sudah membuat pengiraan yang salah. Ia sebenarnya akan terjadi pada akhir bulan Mei!” Apabila dunia tidak juga musnah untuk kali kedua, orang ramai mula sudah tidak mempercayai mereka dan akhirnya kepercayaan karut mereka dilupuskan.

 

Namun begitu mereka sentiasa diingati kerana fesyen pakaian putih mereka dengan topeng pembedahan dan pada masa itu mereka cuba untuk mencuri cop mohor yang popular dengan alasan untuk “kembalikannya ke tempat asal.” Adakah saya terlupa untuk memberitahu yang bahawa mereka juga tidak mandi dan kebanyakan daripadanya hanya makan secawan ramen sepanjang hidup?

3. Ho No Hana Sampogyo4Hogen Fukunaga adalah penjelmaan semula Jesus Christ dan Buddha. Sekurang-kurangnya itulah yang diberitahu kepada orang ramai, kebanyakannya kepada suri rumah yang dipertengahan usia, pada tahun 1980 sebelum dia mengenakan bayaran sebanyak $ 900 untuk “membaca tapak kaki mereka.” Seperti membaca ramalan telapak tangan, Fukunaga berkata dia dapat melihat masa depan seseorang dan malah, menyembuhkan penyakit mereka. Sudah tentu untuk mendapatkan penawar orang sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengeluarkan banyak wang semata-mata untuk bebas daripada penyakit yang mereka alami.
Kepercayaan itu cukup berniat jahat kerana mereka mensasarkan pesakit hospital, yang majoritinya menghidap penyakit serius dan sudah tidak mampu lagi menanggung kos rawatan perubatan mereka yang mahal. Kepercayaannya berkembang hingga kepada 30,000 orang sebelum ia ditutup dan pelakunya telah dihumban ke dalam penjara kerana menipu orang ramai daripada wang simpanan mereka.

4. Yamato No Miya5Pada tahun 1977, seorang wanita Jepun bernama Ajiki Tenkei telah membentuk kumpulan Komei No Kai selepas dia mendakwa telah mendengar Buddha mengarahkannya untuk menyelamatkan manusia. Kira-kira tujuh tahun kemudian, dia dilaporkan menerima wahyu yang lain, kali ini dari seorang makhluk asing Venus dinamakan Telebeyt yang merupakan utusan A Lah, tuhan sekalian alam.
Telebeyt menyatakan bahawa minda manusia telah diracuni oleh air minuman mereka dan mengakibatkan kemusnahan pada diri mereka sendiri . Untuk membetulkan keadaan ini, Telebeyt telah mengarahkan Tenkei untuk mencari sumber air suci yang kemudiannya Tenkei telah diajar bagaimana untuk membuat “Air Kuasa-Piramid.” Telebeyt memberitahunya bahawa air ini dapat membersihkan minda manusia dan memerintahkannya untuk memberikan air itu kepada seberapa ramai orang yang mungkin .
Kemudian, Tenkei menamakan semula kumpulannya kepada Yamato No Miya dan bergerak aktif untuk melaksanakan wahyunya. Tenkei dikatakan telah menemui sumber air suci di pergunungan berhampiran kampungnya dan terus menjadikan kawasan itu sebagai tempat makam suci dan haji. Sejak daripada itu, dia mendakwa bahawa air sucinya itulah yang telah menyebabkan ramai manusia terselamat, termasuk orang yang meragui kata-katanya.

5. Kehidupan Alam Ghaib6Seorang akauntan, Koji Takahashi mendakwa beliau telah menjadi seorang yang berkuasa menyembuh dan mula menawarkan seminar penyembuhan diri yang mahal pada tahun 1983. Pada masa itu beliau juga kononnya telah belajar teknik penyembuhan ghaib dari seorang guru India yang dia bertapa selama 6000 tahun melalui kelahiran semula yang tidak terkira.
Lama kelamaan, dia telah berjaya memperoleh 200 penganut utama dan juga pengikut yang ramai. Pada tahun 1999, Takahashi cuba untuk menyembuhkan seorang daripada penganutnya yang lama daripada penyakit koma akibat pendarahan otak. Beliau telah memerintahkan anak kepada pesakit itu yang juga merupakan seorang penganutnya untuk memindahkan orang itu dari hospital ke sebuah bilik hotel.
Takahashi kemudian mengenakan sentuhan penyembuhannya atau dikenali “sentuhan sakti” kepada orang itu dalam beberapa sesi. Tanpa penjagaan perubatan yang betul, mangsa kemudian meninggal dunia tidak lama selepas itu; Takahashi dan ahli-ahli penganutnya mempercayai bahawa badannya yang sudah menjadi mayat adalah sebagai tanda bahawa dia sedang pulih.

6. Kofuku-No-Kagaku7Pada tahun 1981, Ahli perniagaan Ryuho Okawa mendakwa beliau adalah pengantara manusia untuk Muhammad dan Isa, kemudian berusaha untuk mengembangkan agamanya sendiri, ‘Kofuku-No-Kagaku’. Dia begitu berjaya sehingga penganut ajaran sesatnya memulakan parti politik mereka sendiri pada tahun 2009 yang masih aktif pada hari ini. Okawa mendakwa dia telah menggunakan kuasanya untuk masuk ke alam roh supaya membolehkan dia bercakap dengan ahli-ahli politik yang sudah mati bagi membimbing ahli-ahli politik sekarang.
Mereka juga mahu membuang Perkara 9 dari Perlembagaan Jepun (Fasal terkenal Perjanjian Damai yang selama ini melindungi Jepun dari berperang) dan ingin menjatuhkan negara Korea Utara. Sebagai hasilnya dapat menguasai dunia dengan agama mereka.

7. Kelab Bunuh Diri Orang Jepun8Konsep bunuh diri terus menjadi sebahagian penting dalam budaya Jepun. Sejak zaman samurai hinggalah juruterbang kamikaze Perang Dunia II, tradisi budaya bunuh diri orang Jepun yang mengerikan ini malangnya telah diperkukuhkan lagi dengan teknologi. Teknologi Internet telah membolehkan kelab membunuh diri ini semakin berkembang pesat yang mana mencari ahli yang rela hati menyertai mereka. Walaupun kelab ini telah beroperasi selama beberapa waktu, polis hanya memberi perhatian padamereka pada tahun 2003. Sejak daripada itu, peningkatan jumlah orang Jepun yang menyertai kelab ini setiap tahun berada pada kadar yang membimbangkan.
Kaedah membunuh diri biasanya dilakukan dengan menghidu asap arang di dalam sebuah bilik yang tertutup atau kereta. Kemudian, asap arang telah digantikan oleh gas beracun hidrogen sulfida, bermula apabila kelab ini mengajar ahli-ahli mereka bagaimana untuk menggunakannya pada tahun 2008. Semua orang sudah sedia maklum, beribu-ribu orang Jepun telah meninggal dunia melalui pakatan membunuh diri ini, dan yang lebih menakutkan, mereka sangat aktif pada hari ini.