7 MAKANAN PELIK JEPUN UNTUK CUBA ATAU ELAK

Pelawat yang datang ke Jepun seringkali mempunyai senarai pendek untuk makanan lazat yang mereka mahukan apabila mereka tiba di Jepun. Tetapi bagaimana dengan makanan tempatan Jepun yang mungkin tidak termasuk di dalam senarai ini?

Jepun sangat terkenal dengan sushi dan sashimi, tetapi mari kita lihat beberapa hidangan yang kurang dikenali di Jepun yang mungkin anda mahu mencubanya atau mengelaknya apabila anda berada di Jepun.

 

  1. Curry Pan

Ia juga dikenali sebagai kari dona. Ini merupakan makanan yang mesti anda cuba bagi sesiapa sahaja yang menyukai donat, kari, atau gabungan pelik ini. Jika anda pertama kali memakan donut ini, pasti anda terkejut dengan rasanya kerana sudah tentu anda membayangkan donut itu mempunyai rasa yang agak manis.

 

Namun hakikatnya adalah tidak. Pada asasnya, ia merupakan sebiji donut yang dipenuhi oleh kari. Donut ini juga sedap dimakan ketika sejuk dan ketika panas. Rasanya juga tidaklah teruk seperti mana yang anda bayangkan.

 

  1. Basashi (daging kuda sashimi)

 

Kepingan daging kuda mentah ini merupakan cara yang terbaik yang mampu membuatkan anda jatuh sakit. Rasa basashi tidaklah begitu teruk, namun ianya tidak begitu lazat.

 

Ia sebenarnya merupakan satu makanan istimewa yang anda boleh cuba, terutamanya jika anda berada di Kumamoto. Kumamoto adalah tempat di mana hidangan ini terkenal. Anda boleh merasai hidangan daging kuda ini dalam pelbagai cara, termasuklah aiskrim daging kuda sashimi, jika anda mahu.

 

  1. Shirako (sperma ikan)

 

Ia juga boleh diterjemahkan sebagai ‘kanak-kanak putih’, makanan istimewa ini pada dasarnya adalah sperma ikan. Kebanyakan warga asing agak biasa memakan telur-telur ikan salmon yang kelihatan seperti warna oren neon ubi kayu tetapi versi lelaki agak kurang dikenali di barat.

 

Dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Milt’, shirako pada dasarnya kemaluan ikan lelaki yang dipenuh dengan sperma. Sedap? Tidak, rasanya benar-benar tidak sedap. Sedikit geli, sebenarnya. Namun anda boleh mencubanya jika anda mahu!

 

  1. Okonomiyaki (Japanese pancake/pizza)

 

Nama ini boleh diterjemahkan sebagai “apa yang anda mahukan … goreng” iaitu penerangan yang cukup baik daripada apa yang sebenarnya! Okonomiyaki pada dasarnya ialah sekumpulan bahan-bahan yang berbeza, biasanya termasuk mi, yang digoreng bersama-sama dan kemudiannya dilindungi dengan adunan untuk dibuat pancake.

 

Kebanyakkan restoran Okonomiyaki ini adalah “DIY” supaya anda boleh memasaknya secara sendiri dan pastikan anda meletakkan mayonis dan sos okonomiyaki khas di atasnya.

 

  1. Nankotsu (tulang rawan ayam)

 

Pada mulanya kerangupan tulang rawan ini ketika ia berada di dalam mulut anda boleh menjadi perkara yang cukup buruk. Namun lebih buruk lagi apabila rasa lemak yang uzur mula terasa. Ianya boleh dikatakan amat menjijikkan.

 

  1. Spaghetti Sandwich

 

Adakah anda memerlukan penjelasan? Maksud saya, ia adalah sandwich yang dipenuhi dengan spaghetti. Anda boleh mendapatkan makanan ini di pasar raya dan beberapa kedai serbaneka.

 

Anda boleh mendapatkan spaghetti dan sos tomato. Namun yang lainnya anda boleh mendapatkan sandwich ini dengan pasta makaroni ataupun dengan mayonis telur, dan sudah tentu bersama barangan lain seperti taugeh.

 

Harganya juga sangat murah, 50yen untuk sandwich ini, mengapa tidak anda mencubanya?

 

  1. Natto (kacang soya)

 

Makanan ini adalah cukup istimewa. Ia mempunyai bau yang agak kuat, teksturnya pula adalah berlendir dan kering pada masa yang sama, rasa adalah kurang enak. Namun anda boleh mencubanya jika anda ingin mengetahui rasanya.