7 Perkara Mengejutkan Yang Tidak Dianggap Biadap Di Jepun, Tetapi Sebaliknya Di Negara Lain

 Jepun mempunyai beratus-ratus etika dan prinsip yang tersendiri. Disebabkan hal ini, sesetengah orang mengganggap amat sukar untuk memahami gaya hidup mereka . Namun begitu, ada beberapa perkara yang dianggap tidak sopan di negara lain, tetapi tidak di Jepun yang pasti mengejutkan anda. Antaranya adalah:

1. Memekik dalam restoran

Apa yang anda ingin lakukan jika anda memerlukan pelayan di jepun untuk melayani anda ketika sedang makan di luar? Anda boleh jerit sahaja “sumimasen!” (maafkan saya) dan seseorang akan bergegas untuk membantu anda. Ini adalah satu perkara yang biasa dilakukan di restoran Jepun! Namun begitu, orang Jepun tidaklah suka bercakap atau membuat bising ketika makan. Jika perlu berkomunikasi ketika makan, mereka akan bercakap dalam nada yang rendah dan tidak menganggu orang lain menikmati hidangan mereka.

2. Tidak bercakap secara langsung

Orang Jepun mengelakkan dari berlaku konflik, mereka tidak akan menyampaikan berita buruk secara langsung. Kritikan biasanya disampaikan dengan lembut di Jepun. Kadang-kadang anda perlu memikirkan maksud yang tersembunyi di sebalik percakapan mereka untuk mendapatkan apa sebenarnya yang ingin mereka sampaikan.
Dalam beberapa kes, ‘tidak’ disebutkan dengan ‘mungkin’. Orang jepun juga selalu meberi puji-pujian. Sebagai contoh, mereka akan memberitahu anda bahawa anda fasih berbahasa jepun walaupun sebenarnya anda langsung tidak bagus.

Orang-orang dari budaya yang lebih suka bercakap langsung mungkin mengambil perkara-perkara ini serius. Selepas mengetahui kebenaran itu mereka mungkin merasa dikhianati atau dihina. Seringkali, ia sering menjadi sumber kepada konflik budaya kerana bagi orang Barat, bercakap secara tidak langsung dalam menyatakan sesuatu akan dianggap tidak ada rasa hormat kepada orang lain.
Ini bukan bermakna rakyat Jepun suka menyindir dan tidak pernah bercakap apa yang berada di fikiran mereka apabila mereka bercakap dengan anda. Ia adalah kerana mereka cuba untuk menjaga hati orang lain dan menegur dengan cara baik.
7-1
3. Makan sushi menggunakan tangan

Di Jepun, ia sememangnya dibenarkan untuk makan semua jenis sushi dengan tangan anda. Perkara ini lebih biasa dilakukan oleh lelaki berbanding wanita.
3
4. Menghasilkan Bunyi Bising Ketika Makan

Apabila anda menghirup dengan sekuat-kuat yang mungkin ketika makan mi panas atau sejuk (seperti ramen, soba dan Udon) ia dianggap sebagai menghormati tukang masak yang memasak makanan untuk anda. Perlakuan ini dianggap normal di jepun. Sudah tentu, Ia memerlukan masa bagi sesetengah orang asing untuk membiasakannya. Malahan, sesetengah orang percaya bahawa makanan itu akan menjadi lebih sedap bila anda makan dan menghasilkan bunyi pada masa yang sama!
45. Tidak memegang pintu untuk orang lain

Dalam kebanyakan situasi, orang Jepun jarang memegang pintu untuk orang lain. Di Jepun, tidak ada budaya seperti ‘lelaki mesti memegang pintu untuk wanita’. Ia tidak bermakna bahawa orang-orang Jepun kurang sopan kerana bagi orang Jepun, lelaki yang budiman tidak ada apa-apa kaitan dengan memegang pintu.
56. Tiada tip!

Di Jepun, anda tidak perlu untuk memberi tip hotel, bar, kakitangan restoran, pemandu teksi, dan sebagainya. Malah, memberikan seseorang tip akan dianggap merendahkan maruah seseorang dan adalah satu perkara yang agak biadap apabila dilakukan di Jepun. Ia adalah perkara biasa untuk pelayan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Berterima kasih kepada hal ini, industri perkhidmatan di Jepun dinobatkan sebagai salah satu industri terbaik di dunia.
6
7. Budaya menolak-nolak di stesen keretapi

Kadangkala keadaan di stesen kereta api Tokyo terlalu sesak untuk memohon maaf setiap kali anda perlu bertolak-tolak untuk memasuki atau keluar dari kereta api. Mereka sudah sedia maklum dan bertolak ansur dalam perkara ini.

Meskipun Jepun penuh dengan etika dan larangan yang perlu dipatuhi, ketujuh-tujuh fakta ini membuktikan bahawa rakyat jepun sangatlah bertolak ansur dan sentiasa menghormati hak sesama manusia. Budaya-budaya yang diamalkan oleh mereka seharusnya dicontohi oleh negara-negara yang lain. Pendek kata, Jepun merupakan pilihan destinasi yang terbaik bagi pelancong yang ingin meluangkan masa cuti mereka dengan aman dan gembira.7-2

Klik sini jika berminat untuk melihat pakej murah Melancong Ke Jepun.