7 PERKARA UNTUK TERSELAMAT DARI GEMPA BUMI DI JEPUN

Jepun merupakan negara yang mempunyai seismik yang paling aktif di dunia. Lebih kurang 20% gempa bumi besar di dunia (lebih magnitud 6) berlaku di Jepun. Oleh yang sedemikian, rakyat Jepun telah dilatih untuk menyelamatkan diri dari gempa bumi sejak zaman kanak-kanak lagi. Walaupun anda hanya melancong ke Jepun, namun anda juga perlu tahu langkah keselamatan ketika terjadinya gempa bumi!

1

Kebanyakan gempa bumi yang mungkin berlaku di Jepun nanti adalah gempa yang kecil. Setiap bangunan di Jepun mempunyai Kod keselamatan untuk bencana gempa bumi. Di bawah ini kami sediakan beberapa tips asas untuk menyelamatkan diri sekiranya gempa bumi besar berlaku :

1) Cari tempat berlindung
Walaupun Jepun mempunya sistem amaran awal gempa bumi namun, ianya agak sukar untuk memberitahu orang ramai secepat yang mungkin. Kebiasaan maklumat hanya akan disampaikan melalui televisyen, radio atau telefon bimbit.

Gempa bumi besar mungkin mengakibatkan gegaran yang kuat dalam tempoh satu atau dua minit. Ini adalah jarak waktu yang kritikal. Berlindunglah di bawah tempat belajar seperti meja dan berlindunglah sehingga anda rasa gempa tersebut telah hilang.

2

2) Jangan berlari keluar daripada bangunan
Kebiasaanya orang ramai akan bertindak cemas ketika kejadian yang tak diingini berlaku. Dalam gempa bumi yang besar, papan tanda atau objek seperti kaca dan lain-lain boleh jatuh dari bangunan. Bangunan itu sendiri juga kemungkinan boleh runtuh. Jadi lebih selamat jika anda berlindung di dalam bngunan berbanding di luar.

3

3) Matikan gas, dapur, pemanas, dan lain-lain
Pada tahun 1923, gempa bumi Great Kanto (Tokyo) telah meragut 142,800 nyawa. Ramai orang pada ketika itu kehilangan nyawa mereka adalah disebabkan oleh api berbanding dari faktor-faktor lain. Gempa bumi itu melanda pada waktu makan tengah hari ketika semua orang sedang memasak. Dapur dan pemanas mencetuskan kebakaran yang menyebabkan ribut kebakaran besar di Tokyo dan Yokohama selepas gempa bumi itu.

4

4) Buka pintu bilik dan rumah untuk mendapatkan jalan untuk keluar
Bingkai pintu dan tingkap seringkali bengkok daripada bentuk asal semasa gempa bumi terjadi. Apabila ini berlaku, agak sukar untuk anda membuka pintu atau tingkap.

5) Mengambil perlindungan di luar
Jika anda berada di luar pada waktu gempa bumi yang besar, pastikan anda peka dengan keadaan sekeliling anda kerana kemungkinan, papan tanda,  dinding, tingkap, unit penyaman udara, talian elektrik, mesin layan diri, lampu isyarat dan objek-objek lain boleh jatuh dalam gempa bumi besar.

5

Jika boleh silalah berlindung di dalam bangunan dan jika anda mempunyai beg pada ketika itu letakkan ia di atas kepala anda.

6) Ikut arahan
Kakitangan di stesen kereta api, membeli-belah, pejabat dan bangunan awam yang lain telah dilatih untuk menangani kejadian gempa bumi dan akan memberikan arahan kepada orang awam.

6

(Gambar di atas:Pegawai stesen memberikan arahan kepada penduduk untuk berlindung di dalam keretapi kerana keadaan di luar yang tak menentu).

Anda mungkin akan berasa sesat dan tertanya-tanya sekiranya anda tidak tahu atau tidak memahami bahasa Jepun. Jadi, sekiranya anda melihat keadaan bertukar menjadi kelam kabut dan cemas, tanya lah penduduk tempatan!

7

8

9

7) Pengosongan
Selepas bencana gempa bumi berlaku, anda kemungkinan diminta untuk mengosongkan kawasan dan diminta tinggal di tempat perlindungan sementara mangsa gempa bumi. Jangan risau tentang pakaian dan makanan kerana pegawai yang ditugaskan akan membahagikan bekalan kepada mangsa bencana.

10

Dan sekiranya kejadian ini berlaku ketika anda sedang memandu, letakkan kereta anda di bahu jalan yang jauh dengan laluan kecemasan

11
Jika anda berada di paras yang lebih rendah seperti di pantai, anda dikehendaki berpindah ke kawasan yang lebih tinggi kerana dikhuatiri akan berlakunya tsunami selepas bencana gempa bumi! Jangan risau tentang kawasan yang perlu anda pergi kerana kebanyakan kawasan-kawasn pantai di Jepun mempunyai papan tanda panduan ke Zon Selamat Tsunami.

12

13