7 RESTORAN HALAL DI TOKYO

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Beberapa tahun lalu, untuk mendapatkan makanan yang halal di Jepun adalah amat kurang tetapi pada hari ini terdapat banyak makanan yang halal dijual di sekitar Jpeun. Menurut kaji selidik berkaaitan agama oleh kerajaan Jepun, terdapat 100 ribu lebih orang penduduk Islam di Jepun.

Oleh kerana jumlah penduduk yang beragama Islam yang sedikit, terdapat sedikit sahaja bilangan restoran halal di Jepun. Walau bagaimanapun, kini Jepun telah membuka pintu kepada orang asing yang datang. Kemudian, ramai orang yang membuka restoran halal dan ia memudahkan orang-orang Islam mencari tempat makan yang halal di Jepun. Jadi hari ini kami ingin memperkenalkan kepada anda beberapa restoran yang disahkan halal di kawasan Tokyo.

 

Shibuya

  • Samrat Curry Plaza

 

Samrat Curry Plaza merupakan salah satu restoran kari India yang terkenal di Jepun. Ianya mula beroperasi semenjak tahun 1980. Mereka telah membuka banyak kedai di kawasan Kanto di Jepun.

 

Maruishi Bldg, 12 – 12, Udagawacho, Shibuya, Tokyo

 

  • Hanasaka Ji-san

 

Hanasaka Ji-san menghidangkan anda shabu-shabu halal dan Washoku halal (hidangan tradisional Jepun) seperti sup tuna kering, tempura, sashimi dan sudah tentu sushi. Hanasaka Ji-san ini merupakan satu-satunya restoran Washoku di Tokyo, jadi jangan lepaskan peluang untuk melawatnya jika anda ke sana.

 

Sakura Build B1F 3-22, Sakuragaoka, Shibuya, Tokyo

 

http://hanasakaji-san.jp/

 

Shinjuku

  • Merah Putih Café

 

Restoran ini menyajikan masakan utama Indonesia. Hidangan yang disyorkan ialah Nasi goreng.

 

2-10-9, Shin-okubo Initial House, Hyakunincho, Shinjuku, Tokyo

 

https://merahputihcafe.wordpress.com/

 

Ginza

  • Istanbul

 

Istanbul merupakan restoran Turki. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1988. Pada hujung minggu, anda boleh menonton persembahan tarian belly seksi sekitar pukul 8.00 malam di restoran. Mereka juga mempunyai restoran di Shinjuku dan Akasaka.

 

Ginza corridor street, 2-7, Ginza, Chuo, Tokyo

 

http://www.istanbul.co.jp/contents/english/

 

Akihabara

  • Sultan

 

Restoran ini adalah gaya India dan Pakistan. Restoran ini juga berada di Iidabashi tetapi restoran di Akihabara adalah lebih besar daripada yang berada di Iidabashi.

 

5-5-8, Ueno, Taito-ku, Tokyo

 

https://tabelog.com/en/tokyo/A1311/A131101/13078915/

 

Minato-ku

  • Halal Bakery Cafe Liaison

 

Kedai roti ini agak baru dibuka di hadapan Keio University di Tokyo. Ini merupakan kedai roti pertama yang disahkan halal di Jepun. Kebanyakan barangan untuk orang yang beragama Islam ini berasal dari Indonesia, Mesir atau Brunei.

 

9-1-4 Mita, Minato, Tokyo

 

Ikebukuro

  • MALAYCHAN satu dan MALAYCHAN dua

 

Kedua-dua kedai MALAYCHAN ini menyediakan masakan etnik Malaysia di kawasan Ikebukuro. 140 jenis hidangan disajikan di sana.

 

6-22-3, Nishiikebukuro, Toshima, Tokyo

12-6-4, Higashiikebukuro, Toshima, Tokyo

 

http://www.malaychan-satu.jp/