7 TEMBIKAR JEPUN YANG CANTIK

Tembikar Jepun amat dikenali di peringkat antarabangsa dengan gaya dan estetik yang unik.

  1. Cawan Iro-Kesho (Niigata)

Katsunori Yaoita merupakan pembuat cawan Iro-Kesho dan beliau belajar membuat tembikar semasa berada di kolej seni. Cawan ini diperbuat daripada tanah liat putih dari Shigaraki, kawasan yang kaya dengan penghasilan tembikar tradisi. Bahagian luarnya yang berwarna-warni telah diwarnakan secara teknik lapisan yang dipanggil Iro-Kesho, kaedah asal yang diciptakan oleh Yaoita sendiri. Proses pembuatannya agak rumit  dan tiada siapapun selain beliau yang terfikir untuk cuba membuatnya.

 

  1. Cawan Porselin Nipis (Gifu)

Bandar Toki, merupakan rumah kepada tembikar Mino di mana pengeluar tembikar berusia 120 tahun Marunao Seitosho  terletak. Seitosho pernah menghasilkan tembikar dan dieksport ke Eropah. Ciri-ciri penghasilan Marunao Seitosho yang cemerlang adalah porselin yang ringan dan nipis seperti kulit telur. Ia dibentuk dengan menggunakan tangan dan dihasilkan berwarna putih serta dibakar pada suhu yang tinggi.

 

  1. Cawan “Wine Wan” (Yamanashi)

Wine Wan adalah pinggan mangkuk yang dihasilkan di wilayah Yamanashi, yang dikenali sebagai pengeluar wine gaya barat. Proses pembuatannya hanya menggunakan tanah liat  yang dibakar pada suhu tinggi dan mempunyai permukaan yang kasar. Ia adalah cara tradisional membakar tembikar yang telah dipraktikkan sejak 1,000 tahun lalu.

 

  1. Gelas Titanium Asli (Niigata)

Tekstur permukaan diperbuat daripada corak kristal yang berbeza-beza yang muncul apabila titanium dipanaskan di dalam ketuhar pada suhu 1,055. Walaupun gelas ini logam namun, terasa seperti sutera dan mempunyai bentuk yang unik. Titanium juga tawar, tidak berbau, ringan, kuat dan tidak berkarat namun agak sukar proses pembuatannya.

 

  1. Cawan Kaoru (Fukuoka)

Dari zaman dahulu, Jepun menpraktikkan budaya sado (upacara teh) untuk menghiburkan tetamu dengan hidangan teh. Seramik Takatoriyaki amat kerap digunakan semasa majlis teh diadakan. Takatoriyaki boleh dibezakan dengan kenipisan dan warnanya. Proses pembuatan secara teliti bermula dari mengumpul tanah dan bekerja dengan abu kayu dan abu jerami menggunakan tangan.

 

  1. Cawan Hana Kessho (Kyoto)

Kyo Ware dan Kiyomizu Ware adalah kraf tradisional yang telah diciptakan sejak 1,000 tahun lalu. Kebanyakkan permintaan adalah untuk dijadikan bekas dan barangan mewah untuk golongan bangsawan. Cawan ini dihasilkan dengan gabungan reka bentuk dan teknik dari dalam dan luar negara. Bentuknya yang unik, amat sesuai digunakan untuk kegunaan harian atau juga dijadikan sebagai hadiah.

 

  1. Cawan Hidasuki (Okayama)

Cawan Hidasuki adalah contoh indah tembikar Bizen. Hidasuki adalah nama corak merah berapi-api yang tercipta oleh seramik hijau. Tembikar Bizen, yang telah dicipta di bandar Bizen sejak abad ke-12 dan diperbuat dari tanah liat Bizen, jerami padi dan api.