Wi-Fi (juga dikenali sebagai wifi) telah menjadi satu keperluan kepada hampir semua pelancong yang merancang untuk bercuti ke negara asing. Pada masa kini, Wi-Fi bukan sahaja digunakan oleh orang ramai untuk terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di tempat asal, tetapi mereka juga ingin mengetahui bagaimana untuk menuju ke tempat yang mungkin mereka ingin lawati seperti hospital, stesen keretapi, pusat membeli belah, restoran dan beberapa lagi.
Di Jepun, tidaklah terlalu sukar bagi pelancong untuk mendapatkan akses Wi-Fi, kerana ia boleh didapati hampir di mana-mana sahaja. Malah Wi-Fi yang ditawarkan adalah percuma, dengan beberapa pembekal internet yang mempunyai beribu-ribu pusat akses di seluruh Jepun.
Berikut adalah senarai beberapa aplikasi mudah alih dan laman web yang boleh anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Wi-Fi (percuma) ketika sedang bercuti di Negara Matahari Terbit:
1. Japan. Free Wi-Fi“Japan. Free Wi-Fi” adalah sebuah projek Agensi Pelancongan Jepun. Melalui kerjasama dengan organisasi lain, Agensi Pelancongan Jepun menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma universal yang bertujuan untuk membantu warga asing mencari hotspot Wi-Fi percuma di seluruh Jepun.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai program ini, dan di sini untuk mencari lokasi yang berdekatan dengan anda di mana anda boleh menggunakan Wi-Fi percuma.
2. Travel Japan Wi-FiSatu aplikasi Wi-Fi telefon pintar yang menyediakan perkhidmatan LAN atau WLAN percuma untuk kedua-dua pelancong dan penduduk tempatan. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh mengakses internet percuma lebih daripada 60,000 kawasan di seluruh Jepun selama dua minggu (tempoh boleh dilanjutkan). Selain terdapat tempat akses yang percuma, ‘Kod Premium’ mungkin dikehendaki bagi mengakses data Wi-Fi di kawasan tertentu seperti McDonald. ‘Kod Premium’ boleh dibeli daripada Pertubuhan Majlis Perbandaran di negara ini.
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan untuk memuat turun aplikasi.
3. Japan Connected-Free Wi-Fi
Dengan kira-kira 130,000 tempat akses, Jepun Connected-Free Wi-Fi merupakan aplikasi percuma yang boleh digunakan untuk menyambung kepada rangkaian Wi-Fi. Melalui kemudahan aplikasi telefon bimbit mudah alih ini, Wi-Fi percuma dapat diakses di stesen-stesen kereta api utama shinkansen dan JR Timur termasuk Stesen Tokyo, Tokyo Metro dan Keretapi bawah tanah Toei, pusat pelancongan utama, dan beberapa kedai serbaneka di Jepun.
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan untuk memuat turun aplikasi.
4. Wi2 300Bekerjasama dengan Travel Japan Wi-Fi dan organisasi lain, Wi2 300 mungkin merupakan salah satu pembekal internet yang terbesar di negara ini dengan kira-kira 200,000 tempat akses di seluruh Jepun. Wi2 300 boleh diakses di lapangan terbang, stesen bas dan kereta api, perkhidmatan bas limosin, restoran, dan bahkan di puncak Gunung Fuji sekalipun. Harganya bermula dari 350 yen untuk 6 jam sehingga 2,000 yen untuk satu minggu, dan perkhidmatan ini boleh digunakan untuk kedua-dua telefon bimbit dan komputer. Bagi pelancong yang ingin ke Kobe, akses Wi-Fi percuma selama seminggu ditawarkan (sila kunjungi pusat informasi pelancongan untuk maklumat lanjut).
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
5. TabimoriTabimori adalah aplikasi percuma dikuasakan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Narita yang mana mudah digunakan bersama dengan gabungan aplikasi telefon bimbit mudah alih Japan- Connected Free Wi-Fi. Aplikasi ini lebih tertumpu kepada penyediaan maklumat (luar talian) mengenai pengangkutan, wang dan kewangan, pusat membeli-belah dan tempat makan. Apa yang menarik mengenai aplikasi ini adalah bahawa ia dapat menyimpan carian item dalam cache yang boleh diakses di luar talian. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
6. SoftBank Free Wi-fi
Dua minggu (tempoh boleh dilanjutkan) akses percuma di kira-kira 400,000 hotspot Softbank termasuk di restoran-restoran, kafe, stesen kereta api, hotel dan lokasi lain di seluruh Jepun. Pendaftaran boleh dibuat dengan menelefon nombor bebas tol (* 8180) daripada telefon bimbit asing sementara disambungkan kepada rangkaian Softbank. Anda akan mendapat kata laluan yang boleh digunakan sehingga maksimum lima peranti setelah menghubungi nombor tersebut.
7. Lokasi Wi-Fi PercumaCara terakhir untuk mendapatkan akses Wi-Fi percuma di Jepun adalah dengan mencari papan tanda Wi-Fi. Di Jepun tempat-tempat seperti di lapangan terbang, stesen bas dan keretapi, kedai serbaneka, hotel atau kafe kebanyakannnya ada menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma untuk pelanggan mereka. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah buka browser anda, klik butang bahasa Inggeris dan ikut sahaja arahan berikut. Biasanya hanya dengan memberikan alamat e-mel anda sudah cukup untuk membolehkan anda mengakses internet.