8 FAKTA PALING MENARIK DAN PELIK DI JEPUN

1.TERLALU RAMAI MANUSI DAN SESAK!

Bandar Tokyo merupakan Bandar Metropolitan terbesar di dunia yang memuatkan lebih daripada 35 juta penduduk menjadi ruangannya terhad dan sempit. Kebiasaanya, saiz yang tipikal bagi sebuah pangsapuri satu bilik tidur adalah tidak lebih daripada 15 meter persegi. Oleh itu, “Hotel Kapsul” yang bersaiz kecil sangat popular di Jepun! Ada juga pangsapuri yang bersaiz sekecil almari di Tokyo dan mempunyai pintu gelongsor untuk keluar

gambar_1

Sekiranya anda berada di sekitar Stesen Shimbashi (terletak Barat Pasar Ikan Tsukiji yang terkenal) anda akan dapat melihat sebuah kompleks pangsapuri unik dan pelik, yang kelihatan seperti timbunan mesin basuh. Bangunan itu dipanggil Capsule Tower Nakagin, yang direka oleh arkitek Kisho Kurokawa. Setiap kapsul adalah bersaiz lebih kurang 10 meter persegi termasuk sebuah unit bilik mandi bersaiz kecil. Namun, penghuni pangsapuri ini telah bersepakat untuk merobohkan bangunan ini dan menggantikannya dengan apartment yang lebih besar dan moden.

gambar_2

2. TERLALU BANYAK PAPAN TANDA PERATURAN YANG KELAKAR

“Selamat datang ke Jepun. Sila hormati peraturan.” Anda kemungkinan akan melihat papan tanda ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Narita. Ini kerana rakyat Jepun adalah rakyat yang sangat berdisiplin dan mencintai peraturan negara serta adat mereka.

Contohnya, di dalam lift. Anda boleh melihat begitu banyak peraturan ditampal dari segi bagaimana untuk menggunakan lif. Kebanyakan peraturan-peraturan ini direka bersekali dengan gambar yang comel dan lucu.

gambar_3

gambar_4

gambar_5

gambar_6

Pada tahun 2009, Jepun telah menghasilkan papan tanda peraturan di dalam kereta api berbentuk kartun yang penuh dengan karakter yang kelakar!

gambar_7gambar_8

gambar_9gambar_10

gambar_11gambar_12

gambar_13gambar_14

3. FESYEN MASA HADAPAN

Kebanyakan gambar berikut telah diambil di Harajuku, daerah yang paling menyeronokkan dan berwarna-warni di Tokyo. Harajuku terkenal sebagai pusat fesyen dunia yang terkenal dengan fesyen jalan yang unik. Tempat ini seperti catwalk luar bangunan. Jika anda ingin melihat budaya fesyen remaja yang sangat kreatif dan pelik, anda boleh mengunjungi Harajuku pada hari Ahad! Walaupun mereka berada di sini pada setiap hari tetapi pada hari Ahad adalah lebih meriah kerana para remaja akan berpakaian seperti Gothics, Lolitas, cosplayers, Punks dan banyak lagi yang membuatkan anda tak lepas mata memandang. Kebanyakan mereka berkumpul di Jingu Bridge di sebelah stesen kereta api. Ia seperti sebuah syurga bagi jurugambar.

gambar_15

Jika anda anda ingin melihat lebih banyak fesyen jalan terkini Tokyo, anda boleh layari website Tokyofashion. Mereka menyiarkan foto baru setiap hari yang sangat menghiburkan!

gambar_16

gambar_17

gambar_18

gambar_19
Setiap dua bulan mereka pasti akan membuat parti jalanan besar yang dipanggil Harajuku Fashion Walk. Ratusan peserta akan berada di Harajuku dan bersiar-siar sambil menonjolkan jiwa fesyen mereka. Video ini menunjukkan salah satu daripada fesyen Walks di Harajuku.

VIDEO https://www.youtube.com/watch?v=OYWSSsis8Yk

4. BANDAR YANG SANGAT BERSIH

Kadar vandalisme di Tokyo adalah 0. Anda kemungkinan tidak berpeluang melihat vandalisme dibandar ini kerana sifat mereka yang amat berdisiplin dan bersih sampaikan kalau makanan anda jatuh ke lantai, anda boleh makannya semula ! Disini, sangat sukar untuk melihat peminta sedekah atau gelendangan dan sekiranya ada, mereka hidup dalam kotak-kotak yang bersih di bawah jambatan atau di taman-taman sekitarnya.

Anda pasti akan merasai kesukaran untuk menjumpai tong sampah di Tokyo,kerana kebanyakan penduduk di Tokyo akan menyimpan semula plastik snek atau sampah mereka di dalam beg dan bawa pulang ke rumah!

gambar_20

5. MAKANAN SIHAT, LAZAT DAN MURAH DI MANA-MANA

Makanan Jepun adalah makanan yang paling lazat dan paling sedap di dunia. Walaupun kebanyakan kedai menawarkan harga yang mahal, namun terdapat banyak tempat di mana anda boleh mendapatkan makanan murah dan sihat. Anda tidak perlu untuk pergi ke restoran mahal, anda boleh mencuba kedai makan tempatan. Mereka menawarkan makanan beharga kurang daripada 500 Yen ( RM 20 ) dan jika anda mahu menikmati sushi sepuasnya, pergilah ke Pasar Ikan Tsukiji.

gambar_21

Anda juga boleh mengunjungi kedai 100 Yen (seperti kedai rm5), di mana-mana. Kedai serbaneka seperti Lawson atau Family Mart yang dibuka 24 jam menawarkan pelbagai makanan yang murah seperti makanan ringan, mi, sushi, sandwich, kek dan banyak makanan lazat yang lain.
Anda boleh cuba Onigiri, iaitu sandwich versi Jepun. Ia berbentuk segi tiga, bulatan atau bergulung. Onigiri diperbuat daripada nasi dengan ikan atau tampalan lain, dan dibungkus dalam rumpai laut. Kosnya kira-kira 100 – 150 Yen ( RM 4 – RM 6 ). Sungguh berbaloi.

gambar_22gambar_23gambar_24

6. ORANG RAMAI SENTIASA SIBUK DENGAN TELEFON BIMBIT MEREKA

Anda boleh lihat rakyat Jepun amat taksub dan sibuk dengan telefon bimbit mereka. Selain itu, mereka juga suka menghiasi telefon bimbit mereka mengikut citarasa sendri. Jangan pelik sekiranya anda melihat lelaki berpakaian sut kemas mempunyai telefon bimbit yang digantung patung beruang!

gambar_25

gambar_26

7. LELAKI MENGHABISKAN BANYAK MASA HANYA UNTUK RAMBUT

Lelaki di Jepun sangat bergaya dan sedap mata memandang kerana naluri mereka yang sukakan kecantikan dan kekemasan! Gambar dibawah adalah gambar-gambar rawak yang telah diambil di sekitar Shinjuku, Shibuya dan Harajuku.

gambar_27

gambar_28

8. TANDAS JEPUN

Jika anda google tandas Jepun anda akan terkejut berapa banyak laman web di Internet berdedikasi untuk menjelaskan budaya ini. Jadi biarlah kami terangkan secara ringkas untuk kali ke-1000.
Pertama, sesuatu yang tidak selalu disebut adalah bahawa orang-orang Jepun sangat suka kepada keselesaan. Jika anda tersesat dalam 100 Yen Shop (tempat yang mesti dilawati di Tokyo), anda dapat melihat tuala penutup tempat duduk tandas. Ia seperti kusyen untuk tempat duduk tandas. Mereka juga mempunyai pad dengan permukaan gebu melekat pada kerusi itu. Sekurang-kurangnya majoriti penduduk di sini mempunyai kusyen tandas ini

gambar_30

gambar_31

Ini adalah beberapa peraturan di bilik mandi :

Setiap kali anda memasuki bilik mandi, anda perlu memakai selipar bilik mandi khas. Jangan membawa ia keluar apabila anda selesai menggunakannya, menjadi kesalahan besar jika anda tidak melakukannya kerana anda mencemarkan seluruh rumah. Tandas dan kepala pancuran air tidak pernah ada dalam bilik yang sama. Tandas Jepun datang dengan bar butang dan menyediakan semua jenis kemewahan: kerusi panas, air pancut, bunyi curahan (jika anda mahu lebih privasi), mangkuk cebok, semburan, pengering udara dan beberapa barangan lain.

Kebanyakan tandas dilengkapi dengan gambar manual dan kelakar. Ikon pada butang juga bercakap untuk dirinya sendiri. Hanya sedikit nota untuk lelaki: Oleh kerana tandas ini menggunakan elektrik, anda disarankan untuk duduk. Jika air kencing anda terpercik di tempat yang salah, ia boleh menyebabkan kejutan elektrik. (Mereka mempunyai gambar yang dalam manual ini !!)

gambar_33

gambar_34