8 JENIS PERSEMBAHAN TEATER DI JEPUN

Bermula dari tradisi kuno Kagura kepada musical moden yang dipersembahkan oleh Gekidan Shiki, Jepun mempunyai  pelbagai pilihan untuk mereka yang minat dalam seni persembahan teater.

  1. Teater masyarakat Inggeris

Terdapat beberapa kumpulan teater masyarakat Inggeris di Jepun dan ramai yang menghasilkan drama dan musical yang berkualiti. Ditubuhkan pada tahun 1896, Pemain Antarabangsa Tokyo (TIP) adalah kumpulan teater Inggeris terbesar di kawasan Tokyo. Biasanya, mereka menghasilkan tiga atau empat tayangan setiap tahun di bandar-bandar yang berbeza. Di luar kawasan Tokyo, Pemain Nagoya (NP) telah aktif sejak  tahun 1975 dan menghasilkan dua tayangan setiap tahun.

 

  1. Rakugo

Rakugo adalah sejenis penceritaan komik yang melibatkan satu orang pencerita. Pencerita akan duduk sepanjang bercerita dan hanya akan menggunakan tuala tangan dan kipas sebagai peralatan untuk mewujudkan pelbagai watak dalam setiap senario. Kebanyakkan persembahan diadakan di sekitar Tokyo dan Osaka.

 

 

 

  1. Gekidan Shiki

Gekidan Shiki atau dikenali Syarikat Teater Shiki adalah salah satu syarikat teater terbesar di Jepun. Mereka mempunyai beberapa persembahan teater tetap yang berkonsepkan cerita barat. Tiga teater Shiki yang utama berada berdekatan dengan stesen Hamamatsucho di Tokyo. Dua lagi terletak berhampiran dengan stesen Shimbashi dan Oimachi. Gekidan Shiki juga mempunyai syarikat di Sapporo, Nagoya dan Osaka dan sering membuat persembahan teater di Shizuoka, Kyoto, Hiroshima dan Fukuoka.

 

  1. Takarazuka Revue

Ditubuhkan pada tahun 1913, Takarazuka adalah sebuah kumpulan teater musical wanita yang terkenal dengan pakaian mewah dan persembahan drama. Terletak di bandar Takarazuka wilayah Hyogo, Takarazuka mempersembahkan musical barat yang diadaptasikan dari cerita rakyat Jepun dan Manga.

 

  1. Nogaku (Noh)

Teater Noh dibangunkan pada abad ke-14 dan persembahan dalam bentuk komedi. Pelakon akan memakai topeng dan menyanyi dalam nada yang sama dengan perlahan dan bergerak mengikut musik. Persembahan ini boleh disaksikan di Teater Kebangsaan Noh di Tokyo.

 

  1. Bunraku

Bunraku adalah teater boneka tradisional Jepun yang berbentuk seni dan bermula pada Zaman Edo (1603 -1868). Saiz boneka bunraku adalah separuh dari manusia dan dikendalikan oleh tiga orang yang berpakaian serba hitam. Seorang akan mengawal kepala dan tangan tangan boneka, manakala dua orang lagi akan menggerakkan  tangan kiri dan kaki. Kisah ini diriwayatkan dalam bentuk nyanyian yang dipanggil Joruri. Persembahan Bunraku boleh dilihat di Teater Kebangsaan Tokyo dan Bunraku Kebangsaan Osaka.

 

  1. Kagura

Persembahan Kagura diilhamkan dari mitos-mitos Jepun. Berkaitan dengan upacara Shinto, mereka menggunakan pakaian mewah, topeng besar, alat muzik tradisional dan pergerakan tarian untuk menghidupkan watak dea Shinto dan wira lagenda.  Persembahan Kagura biasa diadakan di barat Jepun, Kyushu dan bandar Hiroshima.

 

  1. Kabuki

Kabuki adalah tarian-drama klasik Jepun. Teater Kabuki terkenal dengan penyesuaian drama solekan yang dipakai oleh beberapa penghibur. Persembahan ini amat dikenali semasa Zaman Edo