Dalam amalan kehidupan, etika perniagaan Jepun tidak begitu berbeza. Kesopanan, kepekaan dan akhlak yang baik adalah tunggak kepada etika perniagaan di Jepun sama seperti di Eropah atau Amerika. Perbezaan utama adalah etika Jepun yang lebih formal.
- Tunggu dahulu sebelum duduk
Ketika melawat ke pejabat orang lain, tunggu terlebih dahulu sehingga dijemput duduk. Ia adalah budi Bahasa yang biasa dipraktikkan sama ada anda tetamu di pejabat atau di rumah orang lain.
- Aturan tempat duduk berdasarkan pangkat
Masyarakat Jepun amat prihatin dengan status dalam hubungan sosial. Jelas sekali, pekerja yang berkedudukan lebih tinggi akan dianggap status yang lebih tinggi. Sama juga seperti tetamu, mereka yang lebih berpengalaman adalah mereka yang lebih tua.
- Tanggalkan kot anda sebelum masuk ke dalam bangunan.
Jika anda menjalankan perniagaan pada waktu sejuk, tanggalkan kot anda dan lipat serta letak di atas lengan anda sebelum memasuki ke dalam bangunan atau pejabat.
- Ucapan formal untuk surat-menyurat perniagaan
Untuk surat perniagaan peribadi di Jepun, anda boleh bermula dengan “e” (kepada) dan selesaikannya dengan “yori” (daripada). Anda juga boleh memulakan surat dengan “Haike” (kepada tuan atau puan) dan “Keigu” (dengan merendah diri).
- Mengetuk pintu tiga kali
Sebelum memasuki sebuah bilik, anda perlu mengetuk pintu dahulu sebanyak tiga kali. Mengapa pekerja di Jepun mengetuk tiga kali tetapi bukan dua kali? ini kerana ketukan dua kali adalah tanda untuk memeriksa jika tandas tersebut ada orang ataupun tiada.
- Tinggalkan kad di atas meja
Kad perniagaan di Jepun mempunyai sistem etika mereka tersendiri. Perkara yang paling penting adalah selepas menerima kad dari seseorang, jangan terlalu cepat memasukkanya ke dalam poket atau beg bimbit anda. Ia dianggap tidak hormat kepada pemberi kad tersebut.
- Tunduk sehingga pintu lif tutup sepenuhnya
Di kedai-kedai Jepun, ianya adalah perkara biasa bagi kakitangan untuk mengiringi pelanggan ke pintu kedai selepas mereka membuat pembelian. Sama juga dalam bidang perniagaan dan korporat, anda perlu mengiringi pelawat hingga ke pintu lif. Tunduk tanda hormat pada mereka sehingga pintu lif tertutup rapat.
- Tunggu sehingga mereka menjamu minuman sebelum anda minum
Apabila sampai ke pejabat pelanggan, anda mungkin dihidangkan secawan the hijau. Menghidangkan minuman teh untuk pelawat adalah tugas biasa bagi pekerja berpangkat rendah di dalam syarikat. Jika anda terus minum the sebaik sahaja ia dihidangkan seolah-olah minuman teh percuma itu lebih penting dari hal yang perlu dibincangkan.