9 BARANGAN BERGUNA DENGAN HANYA 100 YEN

Antara salah satu stigma tertentu yang diberikan kepada kedai-kedai diskaun adalah kemelesetan dan kesusahan.  Kedai di Jepun seperti Daiso boleh dikatakan sebagai gua Aladdin yang pelik dan mengandungi pelbagai barangan yang berguna serta praktikal yang mampu membuatkan hidup anda menjdai lebih mudah.

Namun begitu terdapat satu kesulitan bahawa anda perlu membayar cukai. Ini bermakna setiap item yang dipaperkan di kedai ini pada umumnya perlu dibayar pada harga 108yen.

Berikut adalah beberapa barangan penting serta berguna yang boleh dibeli mengikut kategori.

 

  • Elektronik

 

Ia merupakan situasi yang biasa dimana ketika anda sedang meluangkan masa bersama dengan rakan-rakan anda, secara tiba-tiba anda ingin menaikkan tahap kekuatan musik anda. Bayangkan Avicii anda mengeluarkan bunyi yang kuat daripada mini speaker yang bersaiz sekecil pin, sudah tentu ramai orang akan merasa iri hati apabila melihat anda.

 

Kedai ¥100 ini juga menjual beberapa teknologi yang hampir pupus seperti “pita kaset” yang jarang dilihat pada ketika ini. Anda boleh mengikatnya untuk dijadikan rantai leher bagi mendapatkan pujian bagi pakaian mengimbau masa 80-an anda.

 

  • Makanan dan minuman

Makanan murah adalah satu lagi perkara yang mengembirakan anda yang boleh dicari dikedai ini. Antaranya adalah rempah, sos dan mi. Anda juga boleh mencari tin yang mengandungi ikan bilis masin. Sudah pasti ikan bilis bukanlah perkara pertama yang datang ke dalam fikiran anda apabila memikirkan tentang masakan Jepun, tetapi pada harga ¥100 untuk satu tin, anda boleh mencuba ikan bilis masin ini dengan harga yang murah.

 

Peti sejuk beku tanpa sekurang-kurangnya 3 dulang ais kuib boleh dikatakan menjadi peti yang kosong. Ini telah memberikan lesen kepada kedai untuk mencetak wang memandangkan air adalah percuma. Sebagai contoh Family Mart menjual cawan yang mengandungi ais untuk harga 150yen ke atas.

 

Anda boleh membuat wang tunai kembali dalam masa yang singkat! Gunakan ia untuk menyegarkan kembali gin dan tonik, rum dan coke, vodka dan tonik atau absinthe anda (mungkin tidak begitu penting jika anda tidak meminumnya).

 

  • Barangan tempatan

 

Penyangkut dobi ini akan merevolusikan cucian mingguan anda. Ianya tidak ternilai kerna boleh memastikan sarung kaki sentiasa bersama-sama dan ia mampu menjimatkan ruang di dalam kotak rata kecil anda.

 

Beberapa item yang dijual di dalam kedai ini akan membuat anda bertanya soalan “adakah benar barang ini hanya 100 yen?”. Jawapannya adalah ya, anda boleh menjadi pemilik kepada barang yang anda lihat contohnya gergaji di kedai itu dengan hanya melakukan pertukaran untuk satu keping duit syiling perak kecil.

 

Gergaji disitu bukanlah sebuah gergaji lama tetapi gergaji yang diiklankan ini sesuai untuk digunakan oleh seluruh keluarga dan jika anda mempunyai anak kecil, anak juga boleh memupuk serta memahamikannya berkaitan kerjaya sebagai tukang kayu.

 

  • Keselamatan

 

Hanya ada dua jenis kecurian yang biasa terjadi di Jepun. Satu adalah payung dan yang lain adalah basikal.

 

Keselamatan tidak lagi menjadi kebimbangan kepada anda apabila anda boleh mengunci basikal dengan kunci yang murah dan menarik ini. Jika anda melihat kunci ini ia seolah-olah tidak boleh dipotong dengan menggunakan gunting.

 

  • Sosial

Papan putih kecil ini boleh melengkapkan Sharehouse dinamik anda atau memusnahkannya sepenuhnya. Anda boleh menggunakannya untuk menulis nota yang comel seperti bagaimana rasa lasagne malam tadi atau meninggalkan nota agresif yang bertujuan untuk mengingatkan seseorang yang tidak pernah mengosongkan tong sampah.

 

  • Fasion

 

Kualiti dan gaya biasanya terlepas pandang apabila dibandingkan dengan bajet. Walau bagaimanapun tali leher berbulu ini benar-benar menonjol kerana kecomelannya itu. Terdapat beberapa pakaian yang cantik dan aksesori yang sesuai untuk anda terutamanya apabila anda mempunyai majlis untuk dihadiri pada hujung minggu.

 

Cari beberapa kedai ¥ 100 berhampiran anda!

 

http://www.daisojapan.com/

http://www.cando-web.co.jp/e/