Adakah anda tahu, negara Jepun juga mempercayai perkara khurafat dan pantang larang sejak dahulu lagi. Ada juga beberapa kepercayaan di sana hampir sama dengan pantang larang di Malaysia. Namun, perkara-perkara ini wujud untuk dijadikan sebagai pengajaran atau nasihat kepada mereka di sana. Berikut adalah 9 pantang larang dan kepercayaan di Jepun.
- Jangan melangkah tikar Tatami.
Tikar Tatami
Melangkah tikar tatami boleh membawa nasib malang. Diperbuat daripada tenunan jerami, tikar tatami biasanya digunakan di rumah-rumah Jepun. Tikar ini melambangkan keluarga, jadi jika ada sesiapa yang melangkah tikar ini dikatakan seperti “melangkah kepala ibu bapa anda” yang dianggap kurang ajar dan membawa malang.
- Jangan sesekali menulis nama seseorang dengan pen merah.
Kubur di Jepun yang ditulis dengan pen dakwat hitam
Anda tidak boleh menulis nama seseorang menggunakan pen merah kerana ia boleh mengundang maut. Batu nisan Jepun ditanda dengan nama-nama yang ditulis menggunakan dakwat hitam atau merah. Ahli keluarga si mati ditandakan dengan warna hitam, manakala mereka yang masih hidup ditulis dengan warna merah. Oleh kerana ia dikaitkan dengan kubur, ia dianggap tidak sesuai bernasib malang jika menulis nama seseorang dengan warna merah.
- Jangan berkata “Kaeru” atau “Modoru” di majlis perkahwinan.
Perkahwinan di Jepun
Kepercayaan khurafat Jepun mendakwa bahawa seseorang akan ditimpa nasib buruk jika berkata Kaeru (pulang ke rumah) atau Modoru (pulang) semasa ucapan di majlis perkahwinan. Kononnya ia boleh merosakkan perkahwinan tersebut, dan menyebabkan pengantin perempuan meninggalkan pengantin lelaki dan terus pulang ke rumah ibu bapanya.
- Mematahkan sikat boleh mengundang nasib malang.
Sikat yang berharga
Sikat yang patah adalah petanda musibah atau nasib malang. Pada masa lalu, sikat adalah satu benda yang mahal dan berharga, anda akan jadi gila jika mematahkannya. Perkara ini serupa dengan kepercayaan barat yang mana memecahkan cermin boleh membawa nasib malang selama 7 tahun.
- Nombor empat.
Nombor empat tidak digunakan di Jepun
Mengikut tradisi di sana, nombor empat dianggap malang. Perkataan empat dalam Jepun disebut shi, yang berbunyi seperti perkataan untuk mati. Negara lain seperti Korea, China dan Vietnam juga mempunyai kepercayaan yang sama dan menganggap nombor empat adalah nombor yang tidak baik. Oleh itu, anda tidak boleh memberi hadiah yang terdiri daripada empat benda. Hotel-hotel dan tempat-tempat di Jepun juga akan melangkau nombor empat ketika memberi nombor bilik.
- Elakkan bergambar bertiga
Jangan bergambar bertiga!
Anda perlu berhati-hati ketika bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan di Jepun. Mengikut kepercayaan di Jepun, bergambar bertiga akan mengakibatkan orang yang ditengah-tengah akan mati dahulu sebelum dua orang yang lain.
- Jangan bersiul pada waktu malam.
Bersiul pada waktu malam boleh mengundang padah!
Ada yang mengatakan bahawa jika anda bersiul atau bermain seruling pada waktu malam, ia boleh menyeru ular datang atau anda akan dirompak dan diculik oleh Tengu (sejenis makhluk lagenda). Hati-hati, bersiul boleh menarik penjahat masuk ke dalam rumah anda.
- Jangan memotong kuku pada waktu malam.
Elakkan memotong kuku di malam hari
Memotong kuku pada waktu malam boleh mengundang nasib malang dan mesti dielakkan. Jika anda berbuat demikian, ia seperti mengurangkan jangka hayat seseorang menjadi lebih pendek.
- Sembunyikan ibu jari anda dari van jenazah.
Van jenazah di Jepun
Jika ada van jenazah yang melintas atau anda mendengarnya, anda harus sembunyikan ibu jari di dalam genggaman tangan. Jika tidak, ibu bapa anda akan mati awal. Perkataan Jepun untuk ibu jari adalah Oyayubi, bermaksud “ibu bapa dan jari”. Menyembunyikan ibu jari dianggap perlindungan untuk ibu bapa dari roh orang mati yang boleh memasuki badan anda melalui ibu jari.