Gunung Fuji adalah salah satu gunung yang paling terkenal di dunia selain gunung Everest dan Matterhorn. Anda tidak boleh terlepas untuk melihat Gunung Fuji ini jika anda berada di Jepun. Ia adalah sesuatu yang mustahil bagi anda untuk mendaki Gunung Fuji. Jika anda mendaki Gunung Fuji ini anda dapat melihat pemandangan seperti ini.
Dari jauh pula Gunung Fuji akan kelihatan seperti ini.
Di Jepun terdapat beberapa tempat yang sangat sesuai untuk melihat pemandangan Gunung Fuji ini yang telah kami senaraikan dibawah :
1. Tasik Kawaguchiko
Tasik Kawaguchiko telah dipamerkan sebagai diantara 36 tempat yang mempunyai pemandangan terbaikGunung Fuji (kerja seni yang terkenal di Jepun). Sekiranya anda mahir dalam teknik fotografi, anda mungkin boleh merakamkan pemandangan refleksi gunung fuji di permukaan tasik Kawaguchiko sendiri!
Tasik Kawaguchiko merupakan sebahagian daripada Lima tasik di sekitar Fuji ini. Empat tasik yang lain di kawasan itu juga mempunyai pemandangan yang sangat baik untuk melihat Gunung Fuji tetapi kurang mendapat sembutan. Kawaguchiko mempunyai sebuah kolam air panas dengan banyak permandangan yang baik, restoran dan tarikannya tersendiri. Seronok kan bila anda boleh menikmati pemandangan Gunung Fuji ini sambil berendam di dalam mandian air panas? (onsen)
2. Hakone
Hakone adalah sebuah bandar peranginan di pinggir Gunung Fuji yang jugag terkenal dengan pelbagai onsen dan ryokan. Ia merupakan salah satu tempat percutian hujung minggu untuk warga Tokyo. Hakone juga ialah perjalanan sampingan di Tokyo yang popular di kalangan pelancong antarabangsa.
3. Kamakura
Kamakura adalah sebuah bandar pantai (sejam dari arah selatan Tokyo) yang terkenal dengan Giant Buddha, kuil, tokong, tempat-tempat bersejarah dan pantainya sendiri. Pantai Kamakura merupakan spot yang baik untuk anda menikmati pemandangan Gunung Fuji.
4. Fuji Shibazakura Festival
Sekiranya anda merancang ke Jepun pada akhir April atau sehingga akhir Mei, jangan lupa singgah ke Festival Fuji Shibazakura yang diadakan di Fuji Motosuko Resort di Fujikawaguchiko berkeluasan 6 ekar di atas bukit yang landadan mempunyai lebih kurang 80,000 bunga Shibazakura (bunga gunung phlox) mekar yang bewarna warna merah, merah jambu dan bunga putih. Pemandangan ini pastinya akan membuatkan anda terpukau dan teruja berada di Jepun
5. Enoshima
Enoshima adalah sebuah pulau di Sagami Bay. Ia adalah salah satu destinasi pantai pada musim panas yang sangat popular di jepun. Perjalanan dari Tokyo mengambil masa kira-kira satu jam setengah dan ianya terletak berhampiran Kamakura.
Pandangan Gunung Fuji dari Enoshima ini sangat menakjubkan.
6. Iyashi no Sato
Iyashi no Sato merupakan muzium udara terbuka yang mencipta sebuah kampung tradisional Jepun. Dari sini adalah mungkin untuk membayangkan bagimana gunung Fuji kelihatan seperti dalam era Edo.
7. Gotemba
Gotemba adalah sebuah bandar berhampiran Gunung Fuji yang yang terkenal dengan outlet besar pusat membeli-belah (Gotemba Premium Outlets). Pusat membeli-belah ini mempunyai sekitar 200 kedai, 50 restoran dan roda ferris.
8. Fuji Q Highlands
Fuji Q adalah sebuah taman hiburan yang terbesar yang mempunyai beberapa mainan yang paling cepat, paling tinggi, roller coaster paling lama dan paling curam di Jepun. Ini adalah cara yang lebih baik untuk melihat Gunung Fuji daripada roller coaster pada kelajuan 172 km / h (106 mph).
9. Tokyo Sky Tree
Peluang terbaik untuk anda melihat Gunung Fuji dari Tokyo dan dari struktur tertinggi di Jepun adalah di Tokyo Sky Tree. Pada hari yang cerah, anda boleh melihat pandangan Gunung Fuji dari Tokyo dengan baik. Perlu diingatkan bahawa Tokyo adalah kira-kira 100 kilometer (62 batu) dari gunung ini.