Adab Apabila Dijemput Menghadiri Ke Majlis Perkahwinan Di Jepun

1Pernahkah anda hadir ke majlis perkahwinan di Jepun? Di Jepun bulan Jun merupakan bulan yang mempunyai paling banyak majlis perkahwinan. Seperti yang kita tahu, negara Jepun merupakan negara yang paling mementingkan adat dan tatsusila dalam setiap perkara. Jadi sebagai orang asing mungkin anda terpinga-pinga apakah yang perlu dibuat sebaik sahaja mendapat jemputan untuk ke majlis perkahwinan di Jepun. Anda pasti ingin menjaga nama baik anda dan tidak mahu melakukan apa-apa yang salah di tempat orang.
Disini terdapat beberapa tips untuk anda lakukan sekiranya dijemput ke majlis perkahwinan mereka.

1. Menerima Jemputan Dan Bagaimana Untuk RSVP2Setelah menerima kad jemputan, anda akan mendapati didalamnya terdapat satu kad yang perlu dihantar semula bagi tujuan RSVP. Adalah merupakan satu adab bagi orang Jepun untuk anda membalas kad jemputan mereka, tidak kira sama ada anda dapat hadir ke majlis perkahwinan atau tidak. Jika membalasnya dalam bahasa Jepun, pastikan anda berhati-hati . Ini kerana, terdapat beberapa perkataan yang tidak sepatutnya digunakan, kerana boleh membawa nasib buruk (sebagai contoh perkataan “memotong”). Tetapi sekiranya anda membalasnya dalam bahasa Inggeris, mungkin tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Walaupun anda tidak akan mengambil bahagian, ianya suatu kebiasaan untuk anda memberi “Goshugi” (wang hadiah) kepada pasangan pengantin. Jangan sekali-kali hantar melalui pos, sebaliknya lebih sopan jika dapat menyerahkannya secara peribadi. Selain itu, amaun wang yang perlu diberi mungkin lebih sedikit berbanding apabila menghadiri majlis tersebut.

2. Tatacara Pemakaian3Baru-baru ini, para tetamu di majlis perkahwinan boleh memakai apa sahaja yang mereka suka ketika menghadiri majlis tersebut.
Kebiasaannya lelaki akan mengenakan pakaian formal (semiformal, yang mana di Jepun dipanggil sut hitam) dengan tali leher putih. Walaupun begitu, sudah menjadi suatu perkara yang bukan luar biasa bagi meihat tetamu yang memakai sut selain daripada warna hitam, dengan tali leher berwarna. Sementara itu, wanita kebanyakannya akan memakai gaun, biasanya pada paras lutut. Namun ada sesetengah daripada mereka lebih gemar untuk memakai gaun yang panjang sekiranya majlis atau persandingan adalah pada waktu petang.
Apa sahaja gaya pemakaian, ia adalah yang terbaik untuk anda mengelakkan daripada memakai sebarang pakaian yang menampakkkan bahu. Sekiranya anda memakai pakaian yang mendedahkan bahu , hendaklah menutupinya dengan selendang atau bolero. Walaupun warna hitam sering menjadi pilihan , tetapi pakaian dengan sedikit warna mungkin dapat menjadikan majlis itu nampak lebih meriah dan menyeronokkan.
Bagi lelaki dan wanita, selagi anda mengelak dari memakai pakaian putih, tali leher hitam, atau perkara-perkara yang terlalu kasual atau aneh, anda seharusnya tidak perlu risau.

3. Goshugi (Wang Hadiah)4 Merupakan satu adat bagi tetamu untuk membawa wang hadiah yang dipanggil Goshugi pada hari perkahwinan. Goshugi tidak akan diserahkan terus kepada pasangan itu, tetapi akan diserahkan kepada penyambut tetamu sebaik sahaja anda tiba ke majlis tersebut.
Terdapat beberapa tertib untuk memberi wang hadiah termasuk bilangan jumlah wang yang akan diberi. Bagi rakan-rakan dan teman sekelas pasangan itu, jumlah purata ialah 30,000 Yen. Jika anda adalah bos atau saudara kepada mereka, 50,000 hingga 100,000 Yen adalah perkara biasa, dan yang jumlah yang sama boleh digunakan jika anda hadir ke majlis tersebut dengan pasangan anda. Apabila adik-beradik anda sendiri yang berkahwin, terdapat pilihan sama ada anda perlu memberi atau tidak wang hadiah bergantung kepada adat tempatan masing-masing.
Walaupun jumlah wang hadiah adalah tidak tetap, adalah adat untuk mengelakkan dari memberi wang dalam gandaan numbur genap seperti 2 dan 4, kerana nombor-nombor ini membawa nasib malang yang menyebabkan penceraian.
Selain itu, wang haruslah dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kesan contengan, koyak atau lipatan. Juruwang bank seharusnya dapat membantu anda dalam hal ini, atau dengan lebih mudah anda pergi mengeluarkan wang dari mesin ATM. Apabila wang sudah ada, masukkan ia ke dalam sampul khas dipanggil Goshugi-bukuro dan tulis nama anda di atasnya.

4. Hikidemono dan Hikigashi5Anda tidak akan meninggalkan majlis itu dengan tangan kosong. Apabila anda tiba di Dewan Bankuet, anda akan mendapati terdapat sebuah beg di atas tempat duduk anda. Bag itu adalah untuk anda! Ia dikenali sebagai Hikidemono dan dianggap sebagai hadiah bagi tetamu untuk dibawa pulang. Dalam kebanyakan kes, ada terdapat sekotak konfeksyen didalamnya juga, dikenali sebagai Hikigashi.
Hikidemono dan Hikigashi kedua-duanya adalah hadiah daripada pengantin baru sebagai tanda untuk mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang datang meraikan perkahwinan mereka. Selain itu, ia juga bertujuan untuk berkongsi kebahagiaan mereka bersama tetamu yang hadir. Kebiasaanya item-item untuk Hikidemono adalah set pinggan mangkuk, tetapi baru-baru ini terdapat katalog hadiah yang mana tetamu boleh memilih hadiah mereka sendiri dari senarai yang terdapat dalam katalog tersebut. Ia menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini.
Majlis perkahwinan di Jepun akan berakhir pada masa seperti yang tertera di dalam kad jemputan. Jadi anda dapat tahu bila masanya anda perlu meninggalkan majlis. Di penghujung pintu keluar nanti, pasangan dan ibu bapa mereka akan menunggu anda dan pada masa itulah peluang untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput anda ke majlis perkahwinan mereka.

5. Kad Ucapan Terima Kasih6Setelah pulang ke rumah daripada majlis perkahwinan, masih ada satu perkara lagi yang anda perlu lakukan iaitu menghantar kad ucapan ‘Terima Kasih’. Merupakan adab di Jepun untuk mengucapkan terima kasih apabila mendapat hadiah atau pemeberian dari seseorang. Kad ucapan tidak semestinya yang mahal atau cantik, tetapi cukup sekadar kad ucapan biasa sudah memadai kerana orang Jepun lebih melihat kepada keikhlasan daripada harta benda.
Perlu diingatkan tidak seperti bulan madu orang Barat, orang Jepun secara amnya akan berbulan madu seminggu selepas majlis perkahwinan mereka. Jadi, jika anda merancang untuk menghantar kad ucapan terima kasih, jangan menunggu terlalu lama!