Terdapat banyak adat di Jepun yang dianggap misteri oleh masyarakat dari negara lain. Secara umumnya, , orang Jepun amat bertolak ansur terhadap orang asing dan jarang mengkritik mereka jika mereka tidak mematuhi adat unik Jepun ini, tetapi jika anda tahu bagaimana untuk bertindak terhadap adat ini sebelum anda datang ke Jepun maka ia akan memberikan satu kelebihan kepada anda.
Berikut adalah adat-adat yang mungkin anda patut peka :
- Apabila anda menghantar rakan anda pulang, anda perlu menunggu mereka sehingga mereka tidak lagi kelihatan di mata anda sebelum anda beredar dari tempat tersebut.
Di Jepun, terutamanya di restoran, tempat penginapan seperti ryokan, dan lain-lain sektor perkhidmatan seperti perniagaan, mereka akan menundukkan kepala mereka kepada pelanggan dan membiarkan pelanggan tersebut pergi sehingga mereka tidak lagi kelihatan.
Walaupun dalam persekitaran perniagaan, mereka akan menunduk dan menunggu di lif, sehingga pihak yang satu lagi telah memasuki lif dan pintu lif telah tertutup.
Sama juga ketika bersama dengan rakan-rakan atau rakan sekelas mereka, mereka mungkin tidak akan menunduk tetapi mereka sering menunggu sehingga sahabat mereka tidak lagi kelihatan.
Mengapa perlu menunggu dalam masa yang lama sehingga anda tidak dapat melihat lagi sahabat anda?
Pertama, mengikut perasaan orang Jepun, apabila menghantar mereka pulang, ini adalah tanda hormat dan kesopanan, dan ia juga merasakan perasaan seperti mesra. Sebaliknya, jika anda meninggalkan mereka dengan segera tanpa melihat mereka pergi, ia mungkin boleh membuatkan mereka merasakan seperti anda memandang rendah kepada mereka.
Pada mulanya, mengikut budaya spiritual masyarakat Jepun, ini menunjukkan bahawa anda menghargai orang yang anda berjumpa dan berat hati untuk berpisah dengan mereka. Ia juga seolah-olah seperti mengucapkan selamat tinggal dalam masa yang lama dan tidak menjadi adat di kebanyakan negara. Ini menjadi seperti salah satu adat yang dirasakan misteri oleh rakyat negara asing.
- Apabila anda memberikan salam, anda perlu tundukkan kepala anda kepada setiap orang dan mengatakan “sumimasen” (maafkan saya)
Di Jepun, sewaktu majlis ketika ingin mengucapkan terima kasih, mereka pasti menundukkan kepala mereka. Malah apabila anda hanya berselisih dengan rakan anda, ia adalah perkara biasa untuk menundukkan sedikit kepala anda.
Bukan hanya apabila anda menyambut seseorang, tetapi juga dengan mengatakan “sumimasen” anda boleh mengucapkan terima kasih atau memanggil seseorang untuk berhenti. Perkataan “sumimasen” itu sendirinya adalah satu perkataan untuk memohon maaf, pastinya anda berfikir ‘Mengapa mereka meminta maaf walaupun mereka tidak melakukan apa-apa yang salah?’
Walau bagaimanapun, orang-orang Jepun ini amat merendah diri. Merendahkan diri adalah tanda hormat kepada sahabat anda dan ia telah menjadi sebahagian daripada budaya Jepun selama berabad-abad tahun. Itulah sebabnya mengapa masyarakat Jepun mempunyai rasa menghormati dan merendah diri yang boleh membingungkan orang asing untuk belajar bahasa Jepun.
Menundukkan kepala anda dan berkata “sumimasen” akan menunjukkan bahawa anda menghormati pihak lagi satu.
- Bersilang kaki apabila anda duduk akan membuatkan anda seperti kurang ajar
Di Jepun, menyilangkan kaki anda sewaktu dalam keadaan formal atau perniagaan akan dianggap sebagai kurang ajar kerana ia akan membuatkan anda kelihatan seperti anda mempunyai sikap atau seperti mementingkan diri sendiri.
Di Jepun, duduk dengan belakang yang lurus dan kaki anda diletakkan bersebelahan bersama dengan satu tangan diletakkan pada setiap lutut telah diajar dari zaman kanak-kanak lagi. Postur seperti ini berbunyi seperti ‘Saya sedang merendahkan hati untuk mendengar perbualan anda.’
Namun, menyilangkan kaki ini tidak dianggap kurang ajar di kebanyakan negara lain. Sebaliknya, ia dianggap seolah-olah seperti anda sedang tenang dan yakin dengan keadaan tersebut.
Jadi mengapa di negara Jepun ia menjadi seperti kurang ajar?
Kerana sejarah Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai tatami, lantai jerami, dan mereka duduk dalam keadaan kaki yang terlipat yang merupakan cara rasmi masyarakat Jepun untuk duduk. Oleh kerana wujudnya frasa “jika anda menunjukkan kaki anda pada seseorang, mereka tidak akan dapat tidur,” jadi ia dianggap kurang ajar untuk menunjukkan kaki anda kepada orang lain.
Ketika anda di Jepun, jika anda berada di dalam suasana yang formal atau perniagaan, sila ambil perhatian terhadap postur duduk anda.
- Etika minum ketika parti yang membingungkan
Ia menjadi adat bagi orang ramai untuk mencurahkan minuman kepada bos atau ketua mereka, dan adalah penting apabila gelas tersebut masih kosong. Pekerja baru dilatih dengan teliti terhadap etika ini (ini seringkali terjadi terhadap syarikat-syarikat tradisional lama).
Asas ini adalah ciri-ciri masyarakat kampung untuk mencari ‘mengikut apa orang ramai lakukan’ untuk menjadi baik. Ia juga mungkin pengaruh Konfusianisme kepada masyarakat di mana pegawai atasan harus dihormati.
- Dilarang bercakap di telefon bimbit apabila anda menggunakan pengangkutan awam
Di Jepun, ada etika yang menyatakan bahawa anda tidak boleh bercakap di telefon semasa di dalam kereta api atau bas, kecuali jika berlaku kecemasan. Boleh dikatakan hampir tiada siapa yang bercakap di telefon sewaktu di dalam kereta api.
Ketika berada di dalam lif juga, biasanya orang tidak akan bercakap di telefon atau berbual sesama sendiri. Mereka menjadi senyap seketika di dalam lif.
Jepun adalah sebuah negara di mana semua orang berfikir tentang masyarakat dan dunia dan bagaimana untuk bertindak secara lebih teliti. Jika anda membawa kehidupan peribadi anda ke tempat orang ramai, maka dunia dan masyarakat akan menjadi sempit dan akan membuatkan semua orang merasakan tidak selesa.
Oleh kerana masyarakat Jepun telah terbiasa dengan cara ini, anda pasti akan jarang mendengar jeritan di khalayak ramai. Ia juga mungkin menjadi perkara yang baik jika anda dapat menahan diri anda daripada bercakap di dalam telefon bimbit anda semasa berada di luar.
- Dilarang makan semasa berjalan
Ia dianggap kurang sopan serta kurang ajar jika anda makan dan berjalan pada masa yang sama. Ini kerana makan di Jepun dianggap sebagai aktiviti yang memerlukan usaha dan masa untuk duduk dan makan dengan cara yang betul. Apabila McDonald pertama dibuka di Jepun pada tahun 1970-an, tanggapan makanan segera menjadi berakar umbi di dalam masyarakat Jepun dan ia dilihat sebagai trend yang tidak sesuai sebagai makanan yang cukup mudah untuk dipegang di tangan anda dan diambil ketika berada di luar.
Bukan sahaja ia dianggap tidak sesuai, malah makan sewaktu berjalan di Jepun adalah sukar kerana mereka kekurangan tong sampah di tempat umum. Jika anda bernasib baik, anda dapat melihat sebuah conbini ataupun taman dimana tong sampah disediakan, tetapi apa yang lebih kerap akan terjadi adalah anda terpaksa membawa sampah anda bersama anda sepanjang hari sehingga anda pulang ke rumah.
- Membawa tuala tangan bersama anda
Kebanyakan tandas awam di Jepun tidak mempunyai tuala kertas atau pengering udara. Tetapi jika anda pergi ke department store atau tandas awam yang lebih baru seperti di dalam pusat membeli-belah, anda mungkin akan menjumpai pengering tangan automatik. Pengering tangan ini juga biasanya kelihatan di kawasan-kawasan yang sibuk di Tokyo. Jika tidak, kebanyakan tandas-tandas di stesen dan tandas awam yang lebih tua tidak akan mempunyai apa-apa untuk keringkan tangan anda. Untuk mengatasi perkara ini, anda perlu membawa bersama anda satu tuala tangan yang kecil supaya anda tidak perlu runsing untuk mengeringkan tangan anda.