AKSESORI TRADISIONAL JEPUN UNTUK DI JADIKAN CENDERAMATA

Dompet kancing
Di Jepun, dompet yang mempunyai kancing dipanggil “gamaguchi,” atau “mulut katak,” kerana apabila ia terbuka ia menyerupai katak. Dompet kancing telah menjadi popular di kalangan orang muda Jepun, dan ia adalah satu standard di semua kedai runcit Jepun. Ia datang dalam pelbagai jenis, termasuk dompet panjang dan dompet duit syiling.12 Dompet tangan kancing
Dompet tangan kancing sering kali digunakan sebagai beg solek dan untuk menyimpan aksesori. Dompet ini terdapat banyak reka bentuk, tetapi yang paling popular adalah corak bunga feminin.3 Beg tangan kancing
Ini adalah beg kancing yang sering digunakan sebagai beg tangan.4 Kinchaku
Kinchaku adalah beg kantung yang telah digunakan sejak dahulu lagi. Ia didatangi dengan corak tradisional Jepun, dan digunakan dengan cara yang berbeza, seperti untuk membawa gula-gula atau aksesori kecil atau yang lebih besar digunakan untuk membawa bekas makanan.5 Tabi
Tabi adalah sarung kaki tradisional Jepun yang mempunyai jari kaki berpecah. Perkataan tersebut terdiri daripada bahasa kanji iaitu “kaki” dan “beg”. Kini mereka menjualnya secara mudah untuk dipakai, versi yang lebih moden.67 Furoshiki
Ia adalah satu keping bahagian kain yang besar. Biasanya ia digunakan untuk membalut barangan besar, pakaian yang telah dipakai, barang-barang pengembaraan atau barang-barang lain di dalam kain yang besar ini dan dipikul semasa mereka berjalan. Kini ia sering digunakan untuk membalut hadiah. Furoshiki dengan reka bentuk yang comel sangat popular pada hari ini.8 Chirimen yang ditukang
Ini adalah barang kecil yang diperbuat daripada kain crepe Jepun. Bunga, anak patung, pin rambut, kerongsang, hiasan rambut, dan lain-lain semua dibuat menggunakan teknik ini.91011 Tenugui
Sekarang anda boleh katakan ia seperti tuala tangan atau sapu tangan, tetapi orang-orang pada masa lalu sering menggunakannya untuk mengelap peluh di wajah dan tubuh mereka.

Kedai runcit Jepun menjual banyak tenugui bercorak comel.1213 Sensu

Sensu adalah kipas lipat yang anda gunakan apabila panas. Apabila ia ditutup ia menyerupai kayu dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.1415 Tekagami
Ini adalah sesuatu yang menjurus ke arah wanita untuk melahirkan peribadi mereka, iaitu cermin tangan yang mudah untuk anda membawanya kemana-mana bersama. Terdapat pelbagai jenis cermin tangan yang dijual dengan corak yang berbeza.1617