ALAT TULIS SEBAGAI CENDERAMATA DARI JEPUN

Kebanyakan alat tulis dari Jepun memang sangat berkualiti dan praktikal untuk digunakan. Kalau anda perasan, alat tulis disana bukan sahaja cantik untuk dijadikan sebagai hiasan tetapi juga sangat pelik dan luar biasa inovasinya. Tahu- tahu je lah orang betapa kreatifnya orang Jepun kan? Jadi, sekiranya anda merancang untuk membeli alat tulis dari negara ini untuk dibawa pulang ke rumah, apa kata anda semak item-item di bawah ini sebelum mula membeli:

 

  1. Uni Mitsubishi’s Style-Fit Pens

 

Siapa yang tak mahukan pen yang boleh disesuaikan mengikut peribadi sendiri? Pen-pen pelbagai warna ini dicipta oleh Syarikat Uni Mitsubishi, untuk memberi peluang kepada pembeli meluahkan kreativiti mereka sendiri.

 

Menariknya pen ini, anda boleh menukar tiub pen yang pelbagai corak dan warna mengikut kesukaan anda.

 

  1. Kokuyo’s Beetle Tip Highlighter Pen

Jika anda suka untuk melukis sesuatu yang menarik perhatian pada nota penting anda, highlighter ini pastinya akan menggembirakan hati anda kerana reka bentuk nya yang sangat kreatif dengan  hujung mata berbentuk seperti kumbang yang membolehkannya berfungsi membuat highlight kepada garisan-garisan halus, garisan yang lebih luas, dan garisan berkembar.

 

Highlighter ini didatangi dalam lima warna iaitu biru, hijau, oren, merah, dan merah jambu. Anda boleh membelinya secara individu ataupun di dalam satu set.

 

  1. Pilot FriXion Light Erasable Highlighter

 

Jika anda suka untuk mewarnakan teks yang terdapat dalam buku teks atau nota anda, tetapi tidak berniat untuk mewarnakannya secara kekal, maka pen ini adalah jalan penyelesaian kepada masalah anda.

 

Pilot FriXion Light Erasable Highlighter membolehkan anda untuk mewarnakan teks anda dengan warna-warna menarik tetapi memberikan anda fleksibiliti untuk memadamkan kesan highlight yang dibuat dengan menggunakan hujung getah pemadamnya. Ia boleh jadi sesuatu yang berguna jika anda secara tidak sengaja mewarnakankan perkataan yang salah!

 

  1. Sun-Star Stickyle Pen-Style Scissors

Gunting secara semulajadinya menjadi alatan yang penting untuk membentuk corak, mnggunting jahitan, benang dan lain-lain. Boleh dikatakan gunting adalah keperluan yang penting walaupun semasa dalam kehidupan harian atau percutian.

 

Dengan memiliki Sun-Star Stickyle Pen-Style Scissors, pastinya anda tidak akan membeli sepasang gunting baru lagi. Gunting ini merupakan sejenis gunting yang boleh dilipatkan yang membuatkan anda menjadi mudah serta selesa dalam melakukkan pemotongan dan ia juga sangat berguna.

 

  1. Kokuyo’s Dotliner

Jika anda mempunyai masalah dengan gam yang melekat di tepi kertas anda, jangan risau kerana perkara ini tidak akan terjadi lagi jika anda memilki Kokuyo’s Dotliner ini.

 

Kokuyo’s Dotliner ini adalah pita gam mesra pengguna yang berkualiti tinggi. Ia menyusun gam-gam ke dalam corak titik-titik bagi memastikan hasil keputusan yang terakhir menjadi elok tanpa masalah dan tidak perlu bersusah-payah seperti gam klasik yang biasa.