Di Jepun, terdapat ramai orang yang mengamalkan aktiviti di gimnasium dan larian selain daripada mementingkan tabiat pemakanan dan kesihatan. Berikut merupakan ringkasan tentang amalan kesihatan orang Jepun pada masa kini yang perlu diketahui semasa melancong ke Jepun.
- Kesedaran tentang kesihatan orang Jepun
Kesedaran tentang kesihatan bagi orang Jepun adalah amat tinggi. Ramai diantara mereka yang menghadkan pengambilan makanan dan melakukan senaman sambal mengambil peduli dengan keputusan semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan di tempat kerja sabatn tahun.
Selain itu, ledakan makanan yang berkhasiat terhadap kesihatan juga akan bertambah dan makanan yang disiarkan di kaca televisyen sentiasa kekurangan stok di pusat membeli-belah.
Sejak kebelakngan ini, makanan yang tidak pernah wujud di Jepun seperti minyak kelapa yang mempunyai kesan diet yang tinggi, biji chia dan minyak pudina Jepun semakin mendapat tumpuan penduduk Jepun. Di samping itu, restoran yang menggunakan sayuran dariapda penanaman organik juga semakin terkenal.
- Tabiat pemakanan orang Jepun
Jepun terkenal sebagai negara yang mempunyai penduduk berumur panjang. Mengikut data pada tahun 2014, purata umur bagi lelaki adalah 80.50 tahun manakala bagi perempuan Jepun adalah 86.53 tahun. Pada masa kini, penduduk Jepun juga memakan roti dan daging, tetapi mereka lebih mengutamakan makanan berasakan beras dan makanan tradisi mereka adalah ikan dan makanan yang berasaskan kacang soya seperti nattou (kacang soya yang diperam0 dan tauhu. Tabiat pemakanan inilah yang dikatakan mempengaruhi kepanjangan umur anda.
- Onsen (kumpulan air panas) dan spa kesihatan
Sejak dari dulu, terdapat mandian terapi onsen (kolam air panas) yang dikenali sebagai “toji” di Jepun. Pada masa kini, terdapata spa kesihatan dan onsen (kolam air panas) yang menyediakan kemudahan kolam mandian yang besar, jakuzi dan sauna yang dikunjungi oleh rakyat Jepun untuk menjaga kesihatan.
Antara kawasan onsen (kolam air panas) yang terkenal sejak dari zaman Edo lagi adalah Kusatsu dan Ikaho di Gunma-ken, Hakone dan Atami di Shinagwa-ken dan Kinugawa di Tochigi-ken. Para pengunjung boleh menikmati pemandangan yang menarik sambal berendam di dalam onsen (kolam air panas) dari kesemua tempat tersebut.
- Cara menikmati onsen (kolam air panas) dan spa kesihatan
Adab untuk memasuki onsen (kolam air panas) di Jepun adalah dengan membasuh badan dahulu sebelum masuk ke dalam onsen dan tidak memakai tuala semasa berendam di dalamnya. Untuk yang berambut panjang pula, rambut tersebut eloklah diikat terlebih dahulu sebelum memasuki onsen (kolam air panas). Selain itu, jangan berenang di dalam onsen (kolam air panas) seperti di kolam renang dan tidak boleh memakai pakaian semasa berendam di dalamnya. Terdapat juga tempat onsen (kolam air panas) yang melarang pengunjung bertatu daripada memasuki onsen mereka walaupun dengan hanya satu titik tatu. Sila ambil perhatian sebelum memasuki onsen (kolam air panas).
- Akupuntur dan o-kyu
Jepun yang mengamalkan perubatan cara Timur, terdapat ramai orang Jepun yang mendapatkan perkhidmatan shinkyu dan urutan untuk melegakan kesihatan serta berkunjung ke pusat osteopatik dan kiropatik. Shinkyu adalah daun yang dikeringkan diletakkan di atas badan dan dibakar serta dicucukkan jarum. Ia merupakan salah satu cara menjaga kesihatan dengan merangsang titik rangsangan manusia. Ia banyak dilakukan oleh mereka yang sakit badan selepas menjalani aktiviti sukan dan juga terkenal di kalangan atlet yang banyak menggunakan tenaga badan mereka.
- Cara menjaga kesihatan secara umum
Salah satu cara menjaga kesihatan secara umumnya di Jepun adalah senaman ringan yang dilakukan oleh kanak-kanak semasa cuti musim panas. Senaman ringan ini merangkumi regangan dan lompatan mengikut alunan muzik dari radio yang dipasang dan sering dilakukan dalam kumpulan. Kebiasaanya, ia bukan sahaja disertai oleh kanak-kanak malahan penduduk kejiranan turut serta melakukan senmana ringan ini. Selain itu, ramai juga yang mengamalkan aktiviti berjalan kaki dan larian setiap hari.