Kenapa Setiap Kali Pergi Ke Tokyo, WAJIB Singgah Gunung Fuji?

Pernah dengar pasal Gunung Fuji?
Gunung Fuji tu tinggi macam Gunung Kinabalu ke?
Kalau tinggi Gunung Kinabalu 4,095 meter, Gunung Fuji tinggi mana pula?
Kalau anda nak tahu, Gunung Fuji ni tidaklah setinggi Gunung Kinabalu macam yang anda bayangkan.
Agak-agak berapa ketinggiannya?
Jeng, jeng, jeng!
Percaya tak, tinginya 3,776 meter!
Jadi, tak peliklah kenapa gunung ni sentiasa menjadi tarikan para pendaki sebagai ‘port’ mendaki terbaik mereka!
Mesti anda tertanya-tanya, apa yang menariknya pasal Gunung Fuji ni?
Kan banyak lagi gunung yang ada.
Dengar kata, orang Jepun anggap gunung ni gunung yang suci.
Betul ke?
Mitos ke fakta agaknya ya?
Kalau betul, kenapa sampai macam tu sekali?
Okay, jom MKJ kongsikan fakta menarik pasal gunung ni!
1. Gunung Fuji Dikenali sebagai “Gunung Suci

Beribu tahun dulu, dikatakan ada seorang pertapa yang dianggap suci berjaya mendaki gunung ini lebih dari 100 kali! Amazing, kan?
100 kali, guys!
Bukan 10 kali tau.
Kalau MKJ sendiri, jangankan 10 kali, sekali pun dah semput. Kah kah kah!
Kalau anda nak tahu, disebabkan pertapa suci yang bernama Hasegawa Kokugyo inilah, ramai orang Jepun jadi fanatik dengan gunung ni!
Apa mereka buat?
Haa, ni yang menarik untuk MKJ share dengan anda!
Anda bayangkan, punyalah fanatiknya orang Jepun dengan gunung ni, sampaikan ada sekumpulan pendaki yang dikenali dengan nama Fuji-ko, mereka buat monumen batu dan berpuasa atas Gunung Fuji tu!
Wow!
Lain macam kan, kepercayaan mereka?
Meremang tak dengar?
Kalau ikut cerita lagenda, perbuatan mereka ini dilarang oleh Keshogunan Tokugawa, sebab dianggap terlalu fanatik. Kalaulah orang Malaysia buat macam tu, mesti dah kena ‘claim’ pentaksub, kan? Haha.
Tapi, guys!
Sampai ke harini, orang Jepun masih pertahankan tradisi mereka tu.
Mereka jadikan Gunung Fuji tu tempat untuk dipuja.
Haa, anda jangan buat hal kat sana!
Mereka sangatlah sanjung dan hormat tinggi gunung ni.
Bagi mereka, gunung ni tempat suci.
So, kita hormatlah kepercayaan mereka, okay!
2. ‘Port’ terbaik untuk mendaki

Kalau anda jenis yang suka aktiviti ‘adventure’, inilah masa yang paling sesuai untuk anda!
Selama ni kita asyik ‘hiking’ dalam Malaysia, kalini, kita cuba pengalaman baru!
Bila lagi nak cuba, kan?
Aktiviti ‘hiking’ sangat popular di Gunung Fuji ni.
Nak tahu kenapa?
Sebab anda boleh menikmati keindahan dan keunikan gunung ni!
Gunung Fuji ni ada 5 tingkat tau.
Tapi, anda jangan risau!
Mereka ada sediakan banyak jalan untuk kita mendaki.
Semasa anda mendaki nanti, anda dapat tengok ramai orang sama-sama mendaki juga. Masa tu nanti, jangan lupa jaga keselamatan ya!
Lagi satu, jangan lupa juga untuk rakamkan semua memori ini.
Pastikan anda dapat kenangan yang indah untuk bawa balik ke Malaysia nanti, okay?
3. Aktiviti Luncur Ski

Luncur ski ni, sama ke macam ‘Ice Skating’ di iOi City Mall, Putrajaya?
Atau sama macam di Sunway Pyramid Ice?
Untuk kita yang tinggal di negara beriklim khatulistiwa ni, sukan yang guna ais sangat asing dan aneh, kan?
Tapi, di Jepun, aktiviti ni bukanlah sesuatu yang pelik.
Memang ni antara aktiviti popular orang Jepun!
Jadi, kita ‘enjoy’ je, okay!
Kalau nak lagi ‘best’, anda datang ke Jepun bulan Disember hingga Mac, nanti!
Kenapa?
Haa, sebab masa tu tengah musim sejuk.
Bukan sejuk yang dibuat tau.
Ini ‘real’ punya musim sejuk, guys!
So, selain mendaki, anda bolehlah ‘enjoy’ dengan aktiviti ski ni.
Anda akan rasa sendiri kesejukan dan keseronokan lakukan aktiviti ni!
Lebih menarik lagi, anda tak perlu risau pasal kelengkapan nak buat aktiviti ini.
Mereka dah sediakan peralatan bersesuaian untuk kita.
Best, kan?
Datang bawa duit je. Hihi.
4. Hakone Pirate Ship

Apa yang anda bayangkan kalau disebut perkataan ‘ship’?
Mestilah kapal, kan?
Haa. Percaya tak, anda boleh naik kapal untuk tengok keindahan Gunung Fuji!
Menarik, kan?
Kapal ni ada 3 tingkat tau!
Memang sesuai untuk anda tengok Gunung Fuji depan mata.
Kalau anda tengok kapal tu nanti, jangan terkejut pula ya.
Seni binanya memang begitu.
Bentuknya adalah inspirasi dari kapal lanun pada abad ke-17 dulu!
Fuh! Macam mana agaknya rupa kapal tu ya?
Yang tu nanti, anda boleh tengok sendiri.
Kapal tu seakan-akan sarat dengan barangan lanun tau.
Anda pernah tengok cerita Anime Jepun bertajuk One Piece?
Macam tu lah lebih kurang kapalnya.
Mesti anda dah bayangkan, mana spot menarik nak ambil gambar, kan?
Kalau nak cantik, di kawasan Hakone, MKJ ada cadangan beberapa spot menarik untuk anda lihat Mt Fuji!
Pertama, di Moto-Hakone.
Kedua, di Hakone Ashinoko Narukawa Art Museum.
Dua ‘view’ ni, hasilnya memang mantap.
Jelas terserlah keindahan Mt Fuji!
Amacam guys?
Rasa macam nak pergi sekarang kan?
So, kalau anda dah plan nak Jepun, jangan lupa buat semua aktiviti ni, okay!
Orang dulu-dulu kata, tak kenal maka tak cinta.
MKJ pun dah ‘share’ pasal sejarah Gunung Fuji tadi, kan? At least anda tahulah serba sedikit pasal Gunung Fuji.
Nak datang tempat orang, kenalah ada ‘knowledge’ sikit pasal tempat tu. Betul tak?
So, jangan buat benda pelik-pelik pula atas Gunung Fuji tu ya.
Last but not least, nikmatilah dua aktiviti wajib yang MKJ share tadi, okay!
Jom dapatkan Itinerary Percutian dan Quotation Harga secara percuma.
Klik link di bawah sekarang!
FREE QUOTATION & ITINERARY PERCUTIAN
