APA YANG PERLU DIPAKAI PADA FESTIVAL JEPUN

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Separuh daripada keseronokan ketika perayaan di Jepun adalah kerana anda dapat memakai pakaian tradisional Jepun.

Bagi peserta yang aktif dalam Matsuri, mereka sentiasa akan memakai pakaian perayaan. Ia juga merupakan perkara biasa bagi majoriti pengunjung untuk memakai barangan tradisional. Jika anda memakai pakaian jalanan ketika ini, anda mungkin akan berasa sedikit terpinggir.

Terdapat beberapa jenis pakaian tradisional yang anda boleh lihat ketika waktu perayaan di Jepun. Antaranya adalah :

 

  1. Yukata

Boleh dikatakan hampir semua orang lebih gemar memilih untuk memakai yukata pada musim panas Matsuri dan pada pesta bunga api.

Yukata adalah murah dan merupakan jubah tradisional tidak formal yang boleh dipakai pada musim panas dan kelihatan seperti kimono. Ia boleh dipakai dari bulan Mac sehingga September tetapi kelihatan sedikit pelik jika di pakai pada pertengahan musim sejuk.

 

  1. Happi

Happi adalah jubah seperti jaket yang dipakai oleh pasukan-pasukan pada pesta perayaan. Ia yang dihiasi dengan simbol sebuah kuil, tempat suci, sekolah atau organisasi. Sesiapa yang memakai happi ini biasanya secara rasminya dikaitkan dengan perayaan. Sebagai contoh, pasukan mikoshi biasanya akan memakai happi.

 

  1. Geta

Geta adalah sandal platform Jepun yang di pakai pada zaman Edo. Ia amat sepadan dipakai dengan yukata tetapi agak berbahaya untuk berjalan dengannya melainkan jika anda sudah biasa memakainya. Ia juga kadang-kadang mempunyai risiko untuk patah. Namun begitu, ia sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita ketika perayaan.

 

  1. Zori

Zori adalah sandal tradisional Jepun yang dianggap lebih formal daripada geta. Ia juga lebih selesa dipakai.

  1. Tabi

Tabi adalah sarung kaki yang direka untuk dipakai dengan geta Jepun dan selipar zori. Jika anda memakai sarung kaki untuk Matsuri, ia mungkin boleh menjadi tabi.

Matsuri biasanya tidak formal. Kebanyakan orang akan memakai sandal dengan kaki yang terdedah. Walau bagaimanapun, ia adalah perkara biasa bagi kostum tarian untuk menampakkan stoking tabi.

 

  1. Jikatabi

Jikatabi adalah sejenis kasut but yang mempunyai ibu jari kaki yang berasingan. Mereka berbentuk seperti kasut yang secara sejarahnya pernah dipakai oleh Samurai dan petani. Ia popular pada perayaan kerana kasut tradisional ini murah dan selesa.

 

  1. Kostum Tarian

Festival tarian Jepun biasanya merupakan pertandingan yang diadili. Salah satu faktor dalam pengadilan ini biasanya berkaitan dengan pakaian.

Pasukan-pasukan biasanya akan mereka bentuk pakaian mereka sendiri dengan bantuan syarikat-syarikat pakaian seragam. Terdapat beribu-ribu pertandingan tarian pada setiap tahun di Jepun dan di sertai oleh beribu-ribu peserta. Kostum tarian ini boleh dikatakan antara perniagaan yang besar.

 

  1. Fundoshi

Ia merupakan perkara biasa bagi sepasukan mikoshi dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam pasukan yang bersaing untuk kekuatan dan daya tahan diri untuk memakai fundoshi. Ia dianggap perkara yang pelik jika anda memakai fundoshi secara berseorangan,kerana biasanya ia dianggap sebagai sebahagian daripada pakaian seragam pasukan. Hanya lelaki sahaja yang memakai fundoshi ini ke pesta perayaan.

 

  1. Kimono

Kimono secara umumnya adalah pakain yang terlalu formal untuk pelbagai jenis perayaan. Walau bagaimanapun, perayaan yang melibatkan acara-acara rasmi seperti upacara minum teh boleh membolehkan anda memakai kimono ini.