Mencari tempat untuk menyimpan barang anda boleh menghabiskan masa anda satu hari di Jepun. Tetapi Ebco Cloak boleh menyelesaikan masalah anda dengan menyimpan bagasi.
Ebco Cloak boleh terdapat di kedai runcit, kafe, restoran dengan harga yang berpatutan. Proses adalah pantas dan mudah. Cari tempat yang berdekatan, menempah dalam talian dengan tarikh dan masa, simpan bagasi anda, dan membayar melalui kad kredit apabila anda memilih sehingga bila.
Harga berbeza-beza menurut saiz Ruang: 600¥ setiap hari untuk beg pakaian dan jenis beg galas belakang lebih 45 sm, dan hanya 300¥ sehari untuk tangan dan beg-beg membeli-belah anda.
CARA MENGGUNA APLKASI
Website : https://cloak.ecbo.io/en
Pertama, daftar kan dahulu di laman tersebut.
Selesai mendaftar, masukkan tarikh tiba dan tarikh berlepas anda.
- Masukkan nama tempat yang anda nak simpan bagasi
Pilih tempat dari carian atau anda boleh pilih dari peta.
- Buat penempahan atas talian pada hari yang anda nak simpan bagasi
Anda boleh menempah atas talian , jadi masa anda telah jimat disitu.
- Simpan bagasi pada hari yang anda tempah
*anda perlu berjumpa dengan kakitangan tersebut bila simpan bagasi. Mereka akan mengambil gambar ID bagasi anda, e-mel untk akaun penggunaan anda
- Nikmati perjalanan anda
Setelah selesai bersiar-siar, anda perlu kembali ke kedai, dan check out bagasi anda. Kad kredit anda dicaj dan transaksi selesai.
Ecbo Cloak bercadang akan memperluaskan ke kawasan utama lain seperti Nagoya, Kobe, dan sekitar Hokkaidō. Sila menggunakannya dengan baik dan anda akan mempunyai satu perjalanan yang menyeronokkan tanpa sebarang masalah!