BAGAIMANA RAKYAT JEPUN BERFIKIR

1Jepun adalah sebuah negara yang canggih dan mempunyai budayanya tersendiri sejak berkurun yang lalu. Tidak hairanlah Jepun mempunyai pelbagai filosofi, daya pemikiran, inovasi dan idea rekacipta yang unik dan menarik

Anda silap sekiranya anda fikir, cara pemikiran rakyat Jepun adalah sama! Jepun lebih banyak menghasilkan kepalbagaian pendapat dan sering berdebat mengenai sesuatu perkara berbanding negara-negara lain. Mereka juga mempunyai pelbagai filosofi/pemikiran tersendiri seperti :

1. Ganbatte
Ganbatte adalah frasa Jepun yang biasa didengar yang bermaksud “lakukan yang terbaik!” Jepun amat menghormati usaha sendiri dan melakukan sesuatu dengan terbaik. Ini dapat dilihat dalam cara mereka bekerja atau dalam kesungguhan mereka untuk menghadapi cabaran fizikal seperti membawa Mikoshi yang mempunyai berat bertan-tan di festival kebudayaan mereka.22. Shoganai
Shoganai adalah satu idea penting di Jepun yang bermaksud “Tiada siapa yang boleh tolong anda selain diri anda sendiri.” Ia adalah falsafah atau strategi bahawa beberapa perkara yang berada di luar kawalan anda dan adalah lebih baik jika anda menumpukan usaha anda pada perkara yang anda percaya boleh dilakukan. Shoganai digunakan untuk menjelaskan pelbagai fenomena sosial di Jepun termasuk keupayaan negara untuk bangkit daripada kesusahan. Ia juga boleh digunakan untuk menerangkan perkara-perkara negatif seperti rakyat tidak berminat dalam politik membolehkan ahli-ahli politik melaksanakan perkara-perkara yang liar secara tidak sihat33. Giri & Ninjo
Giri & Ninjo boleh diterjemah kepada Tanggungjawab & Emosi. Giri adalah tanggungjawab anda kepada kerja-kerja, keluarga dan hubungan interpersonal. Sebagai contoh, pelayan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan yang berstandard tinggi. Jika terpaksa melayan pelanggan yang cerewet, pelayan mungkin berasa sangat tertekan tetapi teraksa menahan emosi kerana kerja dan pendapatan. Drama Jepun banyak menyajikan kisah tentang Giri & Ninjo dalam kehidupan harian kerana ia merupakan masalah sebenar yang dihadapi rakyat pada setiap hari.44. Genki
Genki adalah perkataan biasa dalam bahasa Jepun yang boleh diterjemahkan sebagai kesihatan, semangat, kepercayaaan atau tenaga. Ia merangkumi idea kesihatan dan kepercayaan dalam satu konsep.55. Mottainai
Mottainai adalah perasaan rasa kesal apabila membazirkan sesuatu. Jepun merupakan sebuah negara pulau dengan kepadatan penduduk yang tinggi tetapi mempunyai sumber semulajadi yang terhad menyebabkan rakyat Jepun sangat benci kepada pembaziran. Namun etika ini boleh dikatakan telah pudar kerana telah banyak pembaziran berlaku pada zaman moden ini. Walau bagaimanapun, Mottainai masih menjadi idea yang kuat di Jepun. Pada zaman dahulu, Mottaini dapat dielakan dengan membaiki semula harta benda yang rosak dan menggunakan barang kitar semula untuk membuat sesuatu.66. Kawaii
Kawaii adalah perkataan Jepun untuk menyifatkan comel. Jepun mempunyai rasa yang unik estetik terhadap benda comel.77. Yakudoshi
Yakudoshi adalah kepercayaan karut Jepun dimana pada peringkat umur tertentu, mereka akan menerima nasib malang. Di Jepun, ajaran khurafat mudah dilihat dalam mata kasar. Mereka mengambil serius perkara ini dan ramai orang membeli barangan bertuah di kuil tempatan pada tahun-tahun malang mereka dengan harapan untuk mengelakkan tragedi.88. Kami
Kami adalah dewa Shinto. Menurut tradisi Shinto terdapat lapan juta Kami. Walau bagaimanapun, secara kuno bilangannya adalah infiniti. Ini merupakan nombor besar dewa-dewa yang telah memberikan Jepun rasa fleksibiliti di dalam agama. Adalah perkara biasa bagi orang-orang Jepun untuk mempunyai dua agama iaitu Shinto dan Buddha. Ia juga adalah perkara biasa bagi pasangan untuk memilih perkahwinan gaya Kristian di Jepun.99. Honne & Tatemae
Honne & Tatemae boleh diterjemahkan sebagai “pendapat benar” dan “wajah awam.” Tatemae adalah idea bahawa ia perlu untuk menyembunyikan pendapat sebenar anda untuk memastikan keharmonian sosial. Ini satu pengetuan asas terhadap adab Jepun. Mereka jarang mengkritik seseorang dalam situasi sosial. Hasilnya, Jepun cenderung untuk menyampaikan kritikan dengan cara berlapis dan anda perlu membaca apa yang tersirat untuk melihatnya.1010. Jishuku
Jishuku adalah aktiviti berkabung yang sering diterjemahkan sebagai “kawalan diri.” Ia adalah tempoh refleksi selepas kehilangan orang yang dikasihi yang boleh berlanjutan selama beberapa bulan atau lebih. Semasa Jishuku orang menahan diri dari keinginan diri. Sebagai contoh, ia adalah perkara biasa untuk menahan diri daripada menyertai nomikai semasa Jishuku. Jepun juga dikenali untuk pergi ke Jishuku di peringkat kebangsaan selepas tragedi besar seperti gempa bumi yang meragut banyak nyawa. Di peringkat kebangsaan biasanya bermaksud pembatalan untuk festival dan acara meriah yang lain.1111. Mono No Aware
Mono No Aware ialah estetik Jepun yang boleh diterjemahkan kepada “kefanaan sesuatu perkara.” Sebagai contoh, bunga ceri mekar cantik dalam musim bunga dan cepat jatuh. Mono No Aware menunjukkan bahawa bunga ceri akan menjadi kurang menarik jika ia mempunyai jangka hidup yang lama. Walaupun ia adalah satu estetik menarik, Mono No Aware mempunyai sejarah yang agak gelap. Ia telah digunakan untuk membawa kepada Perang Dunia II oleh kerajaan Jepun untuk meyakinkan anak-anak muda kepada kemuliaan perang.1212. Otsukaresama Deshita
Otsukaresama Deshita adalah cara yang biasa untuk mengatakan selamat malam di tempat kerja di Jepun yang boleh diterjemahkan sebagai “anda penat, tuan.” Di Jepun, ia dianggap sebagai pujian untuk memberitahu seseorang yang mereka kepenatan kerana ia menunjukkan mereka telah bekerja keras. Otsukaresama Deshita juga merupakan cara yang biasa untuk mengatakan sorakan di Jepun.1313. Bureiko
Bureiko adalah istilah Jepun untuk melanggar peraturan atau “break the rules” yang cenderung untuk berlaku di dalam syarikat. Syarikat-syarikat Jepun tradisional telah berjaya dengan struktur hierarki tegar yang membenarkan ini tersebar luas. Oleh itu, melanggar peraturan dianggap perkara berharga untuk membina pasukan yang kuat serta idea kreatif dan baru.1414. Pasonaru Supesu
Pasonaru Supesu adalah istilah Jepun untuk ruang peribadi. Di Jepun, ruang peribadi adalah merujuk kepada sesuatu hobi ataukemahiran. Ini adalah untuk mengatakan bahawa orang Jepun tetap mempunyai ruangan peribadi untuk melakukan hobi mereka walaupun sibuk.15