Bagaimana untuk mengenal pasti satu orang Asia itu sama ada dari Jepun, Korea ataupun China? Mampukah anda membezakannya? Ini sudah tentu menjadi satu topik yang menarik terutamanya bagi orang-orang bukan Asia.Apabila anda kali pertama tinggal di Jepun, adalah sangat penting untuk anda memahami perbezaan di antara Jepun dan budaya Asia yang lain. Sebaik sahaja anda dapat memahaminya dengan lebih baik, maka wujud perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain yang berlainan budaya.
Berikut adalah beberapa perbezaan yang dapat diperhatikan di antara Jepun, China, dan Korea untuk membantu anda membezakan mereka dengan baik. Antaranya:
PERSAMAAN
1. KulitJepun, Korea dan China, secara amnya, mempunyai ciri-ciri kulit yang sama. Mereka terkenal dengan kulit mereka yang lebih tahan kepada penuaan di samping mempunyai kulit yang sekata dan warna kulit cerah porselin. Ini disebabkan kulit mereka sangat sensitif kepada faktor persekitaran dan kesan bahan kimia beberapa produk yang boleh mengganggu keseimbangan pH kulit. Atas sebab ini, iklan tentang penjagaan kecantikan kulit di negara-negara Asia adalah sangat menguntungkan seperti Jepun, Korea dan Cina terutamanya wanita perlu lebih berhati-hati dengan produk dan rawatan yang mereka gunakan pada kulit mereka.
Jadi, ia adalah sukar untuk mengetahui siapa mereka jika anda hanya melihat pada kulit mereka.
2. Bentuk BadanSudah tentu terdapat perbezaan dalam bentuk badan di kalangan orang Jepun, Korea dan China. Sebagai manusia seperti kita, kita boleh menjadi gemuk, kurus, besar atau kecil. Ia semua bergantung kepada diet individu,pemakanan, dan juga gen kita. Namun begitu kita mempunyai gambaran umum tentang bagaimana bentuk badan orang asia dan orang barat, sebagai contoh, seorang Amerika lebih cenderung mempunyai badan yang tinggi dan besar. Orang Asia, terutamanya Jepun, Korea, dan China, biasanya berbadan langsing dan pendek dari segi ketinggian. Tetapi berhati-hati untuk tidak melabelkan kesemua mereka langsing dan pendek kerana seperti yang saya katakan, setiap orang berbeza. Sesetengah orang Asia masih boleh menjadi tinggi, besar dan gemuk.
PERBEZAAN
1. Adab Tingkah LakuTunduk hormat adalah satu aspek bagi setiap budaya yang ramai menganggap semuanya sama, tetapi pada hakikatnya, ia telah berkembang di setiap negara selama ini. Di Jepun dan Korea, sedikit tunduk hormat apabila menyapa antara satu sama lain dan tunduk hormat yang sempurna dalam situasi formal masih dianggap wajar. Walau bagaimanapun, di China, berjabat tangan itu sambil mengangguk kepala sedikit sudah memadai bagi menyapa antara satu sama lain daripada memberi tunduk hormat.
Satu lagi adab tingkah laku yang berbeza antara negara-negara ini adalah tahap kelantangan dan nada pengucapan mereka. Apabila memasuki kereta api atau pengangkutan awam yang lain, orang Korea dan Jepun biasanya akan berdiam diri dan menjaga hilai ketawa mereka pada tahap minimum. Orang Cina pada sudut yang lain, tidak mempunyai adat budaya yang perlu senyap di tempat awam. Jadi, anda akan sering melihat orang-orang di China ketawa dan meninggikan suara mereka di tempat awam, yang sama sekali berbeza dengan Jepun dan Korea.
2. Raut WajahDari raut wajah, mereka mungkin kelihatan sama, tetapi jika anda seorang pemerhati yang tajam, terdapat beberapa ciri-ciri yang membezakan. Bentuk muka Jepun adalah lebih panjang dan lebih luas manakala muka Korea sering mempunyai rahang yang lebih menonjol dan tulang pipi yang tinggi. Wajah Cina kebiasaanya adalah mengambil bentuk bulat.
Apabila menyebut tentang “tingkap kepada jiwa”, mata Jepun sering digambarkan sebagai bersudut ke atas, bertentangan dengan mata Cina yang biasanya bersudut ke bawah. Manakala Korea sering mempunyai mata yang lebih kecil. Selain itu, orang Jepun juga mempunyai “hidung Roman” gen yang diwarisi daripada orang Ainu. Inilah sebabnya mengapa anda boleh menemui beberapa orang Jepun mempunyai muncung hidung yang tinggi. Manakala orang cina mempunyai hidung yang lebih luas dan hanya hidung yang rata bagi orang korea.
Ciri-ciri lain yang boleh diketengahkan adalah ketinggian orang mereka. Ramai berpendapat orang Korea Selatan adalah lebih tinggi daripada orang-orang Jepun dan China secara amnya.
3. BahasaApabila anda mula mengenali perbezaan antara ketiga-tiga bahasa ini, perkara-perkara yang pertama anda kesan adalah tentang budaya mereka yang berbeza. Bahasa dan cara pengucapan seseorang menerangkan banyak tentang budaya mereka dan anda benar-benar boleh belajar banyak tentang latar belakang orang itu apabila anda mula memberi perhatian kepada cara mereka berkomunikasi.
Jika anda telah mempelajari bahasa Jepun, anda tahu bahawa seluruh bahasa itu hanya terdiri daripada 5 vokal dan kira-kira 100 suku kata yang berbeza dengan sedikit variasi. “AIUEO” kedengaran jelas walaupun pada sesetengah orang yang tidak biasa mendengar seseorang bercakap Jepun. Di samping itu, setiap perkataan Jepun yang berakhir sama ada dengan vokal atau “n,” menjadikannya mudah untuk mengenal pasti orang Jepun walaupun anda tidak belajar perkataan pertamanya.
Korea, di sudut lain, boleh berakhir dengan perkataan dalam konsonan selain daripada “n.” Mereka mempunyai suku kata yang mudah dan sistem vokal yang sama dengan Jepun, tetapi sebelum belajar lebih mendalam tentang bahasa ini ia amat mudah untuk membezakannya dengan peningkatan jumlah konsonan.
Walaupun bahasa China adalah berasal dari Jepun dan Korea, bahasa percakapan yang digunakan seolah-olah tidak mempunyai banyak bezanya. Bukan sahaja bahasa Mandarin, ia juga mengandungi pelbagai bunyi vokal bagi setiap persamaan dengan bahasa Inggeris, tetapi perlakuan dan personaliti mereka yang memainkan peranan penting. Orang cina seolah-olah menurunkan intonasi dan meninggikan nada mereka ketika bercakapa, dan menggabungkan konsonan yang mana berlainan dengan Jepun atau Korea.
4. Gaya PemakaianAda yang mengatakan ia adalah mudah untuk memberitahu sama ada seseorang itu dari Jepun atau Korea. Lihat sahaja bagaimana mereka berpakaian. Orang Jepun cintakan harmoni dan keseragaman, oleh itu apabila mereka berpakaian ia adlah sesuatu yang mengaitkan dengan majoriti. Warna yang terang, ringkas dan halus adalah ciri utama mengenali pakaian Jepun yang biasa. Tiada apa-apa yang menonjol. Selain itu, pemakaian sut adalah sangat biasa di Jepun. Sama ada disebabkan ingin melakukan pembentangan projek akhir di sekolah, latihan industri, temu duga kerja, menghaditri majlis tamat pengajian, Jepun biasanya memakai sut bewarna hitam dan putih.
Berbeza dengan Jepun, Korea sering memakai pakaian cerah dan lebih berwarna-warni. Dalam persembahan budaya di sekolah, atau sedang menjalankan latihan industri tidak seperti di Jepun, mereka boleh memakai pakaian yang berwarna-warni malah ketika menghadiri temu duga kerja juga.
Selain itu, fesyen pakaian Korea selalunya mengikut trend terkini manakala fesyen pakaian Jepun lebih memberikan perhatian kepada hak peribadi itu sendiri. Manakala Orang Cina, di sudut yang lain, disebabkan oleh kepelbagaian budayanya yang tinggi adalah sukar untuk membezakan mereka.
Fesyen Jalanan Orang KoreaFesyen Jalanan Orang Jepun
Selepas menganalisis empat perbezaan ini, ia adalah mudah untuk mula melihat perbezaan ketara antara ketiga-tiga negara. Jadi, sebelum anda cepat membuat anggapan yang mana “Jepun,” “Korea,” atau “Cina,” lebih baik anda befikir dahulu dan ingat bahawa setiap orang datang dari sebuah negara dengan keunikan mereka yang tersendiri. Mereka masing-masing mempunyai budaya mereka sendiri, sejarah yang sangat panjang, dan berhak untuk dibezakan kerana itu.