BAGAIMANA UNTUK MENCARI MAKANAN HALAL DI JEPUN

Jumlah umat Islam yang tinggal di Jepun telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Jika sebelum ini mungkin anda susah untu mendapatkan makanan halal di Jepun,  tapi sekarang jangan risau keranan makanan halal sudah mudah untuk dibeli dan dicari. Anda hanya perlu tahu di mana tempat untuk membelinya dan bagaimana untuk mencari makanan tersebut. Ini adalah kemajuan yang besar bagi umat Islam yang berada di Jepun.

Jika anda adalah Muslim yang baru mula menetap di Jepun, mereka yang mahu melancong ke Jepun atau mempunyai rakan Muslim yang memerlukan maklumat, artikel ini mungkin pastinya membantu anda (atau rakan anda) untuk terus hidup!

Dalam artikel ini, kami ingin berkongsikan beberapa tips tentang bagaimana untuk mencari makanan halal di Jepun. Mari kita mulakan!

 

Cari Label Halal

Bilangan makanan buatan Jepun atau barang-barang yang diimport yang mengandungi label halal semakin bertambah di kedai-kedai seluruh Jepun. Berikut adalah beberapa contoh yang anda boleh cari.

 

  • Toko-Indonesia

Salah satu kedai kegemaran muslim di Jepun untuk membeli barang sama ada secara ddalam talian atau luar talian. Anda boleh ke kedai mereka di stesen Shin-Okubo di Tokyo, atau jika anda berada jauh dari tempat ini, anda boleh membelinya dalam talian. Mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma jika anda membeli barang dalam jumlah yang besar. Lihat laman web mereka di link bawah.

 

http://toko-indonesia.org/

 

  • Ninomiya Japan

Ninomiya adalah sebuah syarikat di Jepun yang menjual daging halal serta produk yang diimport. Terdapat banyak makanan halal yang boleh beli di sini. Anda boleh melayari laman web mereka di link di bawah. Dari sini anda boleh melihat katalog dan juga mengakses maklumat untuk pergi ke kedai ini.

 

http://www.ninomiyacorp.co.jp/information/

 

  • Halal Bakery Liaison

Kedai roti halal ini telah dibuka pada akhir tahun 2014 di Minato-ku, Tokyo. Anda boleh membeli pelbagai jenis roti yang menarik dan lazat disini.

 

  • Halal corner di LAOX-Akihabara

Sudut cenderamata halal di LAOX- Akihabara telah mendapat sambutan yang menggalakkan semenjak pelancarannya. Ia menjadi tempat rebutan para pelancong yang ingin membeli cenderamata halal sebagai hadiah dari Jepun.

 

  • Gyomu Super

Rantaian pasar raya Jepun seperti Gyomu Super menawarkan beberapa makanan halal sama ada barangan mentah atau barangan yang telah dibungkus. Kebanyakannya telah dicop dengan logo halal supaya anda lebih yakin apabila anda membelinya. Harganya juga sangat berpatutan. Jika anda terjumpa pasaraya ini, cepat-cepat singgah dan lihat makanan halal yang ditawarkan.

 

Barangan Yang Diimport

Terdapat banyak kedai barangan yang diimport di Tokyo seperti Kaldi, Mitsukoshi, dan lain-lain. Syarikat ini menyediakan pelbagai makanan dari luar negara yang berkualiti serta makanan halal di beberapa kedai

 

Belajar Bagaimana Untuk Membaca Kandungan Bahan-bahan

 

Terdapat beberapa bahan yang dapat dikenal pasti sama ada halal atau haram hanya dengan membaca kandungan bahan-bahannya. Senarai dibawah adalah bahan-bahan yang anda perlu berhati-hati semasa membeli makanan :

 

  1. Emulsifier (乳化剤 – nyuukazai)

Ini adalah bahan yang paling biasa ditemui dalam makanan dan minuman. Namun tidak semua emulsifier haram dimakan. Ada diantaranya yang berasal dari tumbuh-tumbuhan atau kacang soya. Pastikan untuk memeriksanya terlebih dahulu!

 

2. Shortening (ショートニング – shōtoningu)

Biasanya anda boleh temuinya di dalam roti atau biskut (makanan ringan). Shortening juga boleh berasal sama ada dari haiwan atau tumbuhan. Jadi pastikan shortening yang anda makan adalah dari bahan berasaskan tumbuhan.

 

3. Gelatin (ン – zerachin), Lemak babi (ラ – ド – raado), minyak babi (油 – ton’yu), minyak haiwan (動物 油 -doubutsu Abura)

Kebanyakan makanan ringan seperti aiskrim, jeli, gula-gula getah atau roti mengandungi kandungan gelatin. Lemak babi biasanya ditemui didalam produk yang dibungkus, kadang-kadang ia juga boleh berada pada bebola ikan. Minyak babi jarang ditulis, namun biasanya istilah kepada haiwan ini kerap digunakan. Jika minyak yang digunakan adalah berasaskan tumbuhan ia ditulis (植物油 – Shokubutsu Abura) maka ia adalah selamat untuk dimakan.

 

4. Butter (ー), serbuk penaik (ー)

Walaupun mentega datang daripada susu dan boleh dimakan, namun anda masih perlu berhati-hati kerana bahan lain yang digunakan dalam produk ini mungkin diperolehi daripada produk haiwan.

 

5. Alkohol (ル)

Alkohol biasanya dinyatakan di dalam kandungan bahan-bahan seperti minuman, sos, dan dressing.

 

6. Sake, Mirin (酒, みりん)

Banyak hidangan Jepun dibuat dengan kedua-dua jenis cecair beralkohol ini. Ia juga digunakan di dalam makanan yang diproses seperti sosej, nugget atau bebola ikan.

 

7. Produk berasaskan haiwan (daging babi, daging lembu, ayam, dan lain-lain)

Seperti yang kita tahu mana-mana produk yang berasaskan binatang yang tidak di proses secara halal, ia akan menjadi haram untuk dimakan, walaupun ia sudah berubah bentuk menjadi stok (だ し – dashi) atau kaldu (konsome コ ン ソ メ). Sila awasi perkataan kanji ini : daging babi (豚 肉), daging lembu (牛肉), ayam (鶏 肉). Walaupun kebanyakan makanan laut boleh dimakan, namun anda perlu berhati-hati dengan mirin kerana kadang-kadang ia digunakan untuk proses membuat makanan.

 

Cari Ulasan Pada Makanan

 

Jika Bahasa Jepun atau kanji bukanlah kemahiran anda. Apa kata anda semak beberapa laman social facebook atau akaun orang yang mengkaji produk halal tersebut. seperti :

 

  • Halal Japan
  • Halal Foods in Japan
  • Halal in Japan
  • HMJ – Halal Media Japan

 

HMJ juga mempunyai aplikasi “Halal Navi” percuma untuk anda menyemak senarai makanan halal, restoran halal yang lazat serta masjid dan tempat solat.

 

Anda juga boleh menghantar mesej terus ke akaun tersebut dan meminta bantuan mereka bagi memeriksa makanan dan minuman anda. Mereka akan berusaha untuk menghubungi pusat khidmatan pelanggan untuk anda. Maklumat yang anda cari juga mungkin berguna bagi umat Islam yang lain, jadi sila berkongsi !

 

Menelefon Atau E-mel Kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan

 

Ini mungkin adalah pilihan yang terakhir sekiranya anda mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian. Jika anda boleh bertutur dalam Bahasa Jepun, silakan!

 

Sekiranya semua perkara diatas susah untuk dilakukan, apa kata tanya sahaja pekerja kedai tersebut untuk mendapatkan kepastian. Mungkin mereka boleh tolong anda

 

Mudah-mudahan, maklumat ini dapat membantu orang lain yang tinggal atau akan melancong ke Jepun.