Bahasa Jepun 101: Cara Terbaik Untuk Anda Fasih Berbahasa Jepun

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

1Adakah anda berminat untuk belajar bahasa Jepun? Pernahkah anda terbayang untuk bercakap dalam bahasa Jepun dengan fasih suatu hari nanti atau menonton anime tanpa merujuk kepada sari kata? Jika ya, kita mempunyai satu persamaan!

Mempelajari bahasa baru kadangkala boleh menjadi sesuatu yang mencabar bagi sesetengah orang. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai kesungguhan, berkomunikasi dalam bahasa Jepun hanya petik jari sahaja bagi anda tidak lama lagi! Artikel ini bertujuan memberi pengenalan ringkas dan mudah mengenai bahasa Jepun, yang ditulis bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari bahasa ini tetapi tidak mempunyai idea untuk bermula dari mana.

Jadi, sekiranya anda masih tercari-cari bagaimana untuk bermula, artikel ini mungkin menjadi titik permulaan yang sangat baik anda!

Sistem Tulisan Jepun2Sistem tulisan Jepun mungkin sistem tulisan paling gila di dunia. Anda mungkin tidak perlu untuk memerah otak setiap hari hanya untuk membolehkan anda dapat bertutur bahasa ini dengan fasih. Mempelajari asas tatabahasa dan menghafal beberapa perbendaharaan kata yang sering digunakan sudah memadai untuk anda. Walau bagaimanapun, sekiranya bercakap mengenai menguasai kemahiran membaca dan menulis, bersiap sedialah untuk sakit. Ingat, tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

Pada asasnya, sistem tulisan Jepun terdiri daripada 3 set karakter atau huruf, iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji. Ya! Adalah tidak mustahil untuk menulis satu ayat dalam 3 jenis karakter sekaligus tanpa menjejaskan makna. Sebagai contoh, Jepun boleh ditulis sebagai “” (dalam hiragana), “” (dalam katakana) dan “日本” (dalam kanji). Ketiga-tiganya dibaca sebagai “Nihon” dan ia mempunyai maksud yang sama. Anda boleh menulis bahasa Jepun hanya dalam hiragana, katakana atau kanji. Walau bagaimanapun, dalam masyarakat Jepun moden, penggunaan 3 jenis karakter / huruf pada masa yang sama sudah lazim dilakukan.

 

Langkah Pertama – Hiragana3Sebagai permulaan, langkah pertama adalah dengan menghafal semua huruf hiragana. Ya, anda perlu tahu kesemuanya sebelum dapat menaip atau menulis dalam bahasa Jepun. Hiragana dan Katakana adalah serupa dengan huruf bahasa Inggeris, setiap huruf hiragana / katakana tidak mempunyai makna sendiri. Mereka perlu digabungkan dengan huruf lain untuk membentuk perkataan. Sebagai contoh: ‘ + + ‘ = watashi dalam romaji atau “saya” dalam bahasa melayu.

Mempelajari hiragana merupakan langkah pertama kerana bahasa Jepun kebanyakannya ditulis dalam hiragana. Selain itu, ia juga digunakan untuk menandakan sebutan bagi kerakter Kanji dalam filem, lirik dan sebagainya. Ini merupakan sebab mengapa ia adalah mustahil untuk belajar bahasa Jepun tanpa mengetahui hiragana terlebih dahulu. Bagi sesetengah huruf hiragana, sebutannya adalah tidak sama sepertimana romajinya ditulis. Jadi, sila berhati-hati. Adalah dinasihatkan untuk mempelajari sebutan hiragana dengan rakaman audio di internet.

 

Tahap Kedua – Katakana4Selepas anda berjaya menguasai Hiragana, langkah seterusnya adalah dengan menghafal karakter katakana. Anda mungkin tertanya-tanya: “Mengapa semua karakter ini kelihatan sama? Mustahil untuk saya mempelajari bahasa ini! “. Jangan tertekan, ada cara mudah untuk anda membezakan antara hiragana dan katakana. Huruf Hiragana biasanya mempunyai sisi melengkung manakala huruf katakana biasanya ditulis dalam garis lurus. Cukup mudah, bukan?

Sama seperti hiragana, semua karakter katakana mempunyai sebutan yang sama tetapi hanya mereka ditulis dalam “bentuk yang lain”. Lagi, huruf katakana juga tidak mempunyai makna sendiri tetapi perlu digabungkan dengan huruf lain untuk membentuk perkataan. Jadi, pada masa bila anda perlu menggunakan katakana?

Katakana hanya akan digunakan untuk perkataan yang berasal daripada bahasa asing selain daripada Cina. Sebagai contoh,  (ho tto do ggu) yang bermaksud sosej dan  (A me ri ka) yang bermaksud Amerika. Perkataan umum yang ditulis dalam katakana termasuk nama-nama negara (kebanyakannya), makanan barat dan apa-apa yang “secara tradisionalnya” tidak wujud di Jepun. Jadi, sekiranya andamelihat sesuatu yang ditulis dalam Katakana, ia bermaksud sesuatu yang “bukan dari Jepun”.

 

Boss Terakhir – Kanji5Boss besar! Kanji atau 漢字 adalah satu aspek yang juga boleh memberi orang Jepun sakit kepala pada satu-satu masa. Kanji pada dasarnya adalah karakter Cina. Ya, mereka wujud dalam bahasa Cina, Korea dan Jepun tetapi pada masa kini, ia sudah tidak lagi digunakan di Korea. Walaupun Kanji kekal sebagai sistem tulisan untuk orang Cina, hanya sebahagian daripada mereka telah diadaptasikan dalam bahasa Jepun. Terdapat 85568 karakter Cina yang dikenal pasti, tetapi hanya 2,136 daripada mereka diajar melalui sekolah menengah Jepun. Jika anda tahu bahasa Cina, menulis Kanji hanya berada di hujung jari anda. Walau bagaimanapun, sebutan mereka adalah tidak sama. Jadi, anda masih perlu sedikit usaha untuk menghafal sebutannya.

Tertanya-tanya bila untuk menggunakan Kanji? Baik, Kanji digunakan untuk “meringkaskan” huruf Hiragana. Sebagai contoh,  (watashi) atau “saya / I” biasanya ditulis sebagai . Seperti yang anda lihat, karakter tunggal kanji sudah cukup untuk menggantikan 3 huruf hiragana. Itulah kanji! Pada masa Jepun kuno, semua bahasa Jepun telah ditulis dalam Kanji tetapi kerana perubahan masa, hiragana telah menjadi sistem tulisan utama di Jepun.

Sebagai bos terakhir dalam cabaran anda untuk belajar Jepun, sudah tentu ia akan mengambil sedikit masa untuk menguasainya. Walau bagaimanapun, ada berita baik untuk anda bahawa bahkan sesetengah orang Jepun sendiri mempunyai masalah dengan Kanji. Jadi, jangan berputus asa terlalu cepat apabila anda mula mendapati ia adalah sukar. Berusaha tangga kejayaan!

Adakah sukar mempelajari bahasa Jepun? Tidak dinafikan. Jepun disenaraikan sebagai salah satu bahasa yang paling sukar untuk dipelajari, tetapi saya percaya dengan kesungguhan ia bukan perkara yang mustahil! Sebaik sahaja anda menetapkan target anda, malah Kanji akan menjadi semudah ABC untuk anda!6Setelah anda mempelajari hiragana dan katakana, satu-satunya perkara yang tinggal untuk anda hanyalah mempelajari asas tatabahasa dan perbendaharaan kata yang kerap digunakan. Dengan itu, anda sudah boleh mula membina ayat mudah. Kanji, bagaimanapun, anda perlu banyak membaca untuk membiasakan diri dengannya. Selamat belajar!