Di Jepun, terdapat banyak risiko bencana alam seperti gempa bumi, taufan, dan sebagainya, dan ini menjadi titik kebimbangan bagi pelancong. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil secara keseluruhannya, dan jika semua orang mempunyai langkah pencegahan yang betul, banyak kerosakan dapat dielakkan.
Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan bencana alam yang mempunyai kebarangkalian akan berlaku di Jepun.
• Gempa bumi
Jepun adalah sebuah negara yang terkemuka di dunia yang mempunyai gempa bumi. Dalam tempoh setahun, terdapat beberapa gempa bumi sama ada besar atau kecil yang berlaku di seluruh Jepun. Walau bagaimanapun, orang-orang Jepun yang tinggal di Jepun, mereka tidak berasa bimbang apabila gempa bumi berlaku.
Ini kerana sebanyak manapun gempa bumi berlaku, kebayakkan bangunan di sini telah dibuat agar struktur seni bina Jepun dapat menahan gempa bumi. Sebagai contoh, bangunan kayu yang tertua di dunia ini adalah “Horyu-ji” (法 隆 寺), terletak di wilayah Nara. Ini adalah satu contoh yang agak keterlaluan, tetapi hampir semua bangunan di Jepun dibuat untuk dapat menahan gempa bumi sehingga ke tahap tertentu.
Jadi jika terjadi apa-apa, janganlah panik kerana gempa bumi yang berlaku boleh menjadi lebih berbahaya jika anda panik. Jika anda datang ke Jepun dan gempa bumi berlaku, lihatlah apa rakyat sekitar Jepun lakukan, dan cubalah untuk menenangkan diri anda terlebih dahulu.
• Tsunami
Kadang-kadang apabila gempa bumi berlaku di sepanjang pantai, tsunami boleh datang bersama-samanya. Jika gempa bumi tidak begitu besar, maka tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan tentang tsunami, tetapi jika terdapat kebimbangan terhadap tsunami, tinggalkan tempat yang anda berada kini jauh dari pantai, sejauh yang mungkin.
Terdapat juga kawasan-kawasan yang berhampiran dengan laut telah disetkan supaya apabila terdapat tsunami yang bahaya, penggera atau sesuatu yang menyerupainya akan berbunyi dan memberitahu rakyat mengenai keadaan sekarang di dalam bahaya. Jika anda mendengar penggera ini, cuba lari dari laut dan berjalan ke tempat yang paling tinggi. Dan sudah tentu, anda perlu melihat apa yang rakyat sekitar Jepun lakukan.
Bagi kawasan-kawasan yang jauh dari laut pula, anda tidak perlu bimbang tentang tsunami.
• Taufan
Setiap tahun dari musim panas sehingga musim luruh, taufan akan datang dari arah Selatan. Apabila taufan datang, tidak ada risiko pemberhentian sistem pengangkutan dan penutupan kedai.
Walaupun ianya boleh merosakkan rancangan percutian anda, jangan cuba untuk pergi ke luar. Jika terdapat kejadian dimana taufan akan datang, jangan cuba untuk meninggalkan kemudahan penginapan di mana anda tinggal. Jika anda berada di dalam bangunan, anda boleh mengurangkan kebimbangan terhadap berlakunya kecederaan dan kemalangan.
Apabila taufan pergi ke arah utara, ianya cepat menjadi lemah. Oleh kerana itu, Hokkaido mempunyai risiko yang sangat sedikit daripada terkena taufan.
Sebaliknya, taufan sering berlaku di Okinawa dari bulan Julai hingga September. Jika anda bercadang untuk bercuti di Okinawa pada musim panas, sila beri ambil perhatian kepada ramalan cuaca.
Jika anda sedang bercuti di Jepun pada musim sejuk, tidak ada kebimbangan mengenai taufan.
• Salji tebal
Di kawasan-kawasan utara seperti Hokkaido dan Tohoku, dan di kawasan berhampiran laut seperti Niigata Prefecture, banyak timbunan salji kelihatan apabila musim sejuk. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan yang digunakan untuk salji tebal seperti landasan kereta api mereka biasanya akan mengambil langkah-langkah untuk pencegahan salji tebal.
Apa yang anda perluk lakukan pada waktu ini adalah anda perlu menjaga ketebalan pakaian dan kasut anda. Anda perlu menyediakan pakaian yang mempunyai banyak perlindungan terhadap suhu yang sejuk, dan sepasang kasut yang tahan licin, kerana tanah akan menjadi sangat licin dan boleh membahayakan anda.
Ada juga situasi di mana perkhidmatan kapal terbang akan tergendala, jadi sila pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
• Runtuhan salji
Pada musim sejuk, ribut salji dan runtuhan salji adalah risiko yang besar semasa mendaki gunung. Elakkan pendakian gunung pada musim sejuk.
• Hujan lebat
Pada bulan Jun di Jepun, terdapat musim yang dipanggil “musim hujan”, atau “tsuyu” (梅雨) akan berlaku. Apabila musim ini datang ke Jepun, sila periksa ramalan untuk hujan yang akan datang dan merancang perjalanan anda dengan sewajarnya. Cuba elakkan daripada melakukan aktiviti luar.
• Tanah runtuh
Semasa hujan lebat, jangan terokai kawasan berhampiran dengan pergunungan dan sungai. Di gunung, terdapat tanah runtuh yang berpunca daripada cerun runtuh dan jatuh, dan sungai juga boleh banjir apabila air di tebing sungai melimpah.
• Letusan gunung berapi
Dikatakan bahawa jika anda menggali ke dalam bumi di Jepun, kolam air panas akan memancut tidak kira di mana anda menggali. Itulah sejauh mana jumlah magma berehat di bawah tanah. Gunung Fuji adalah salah satu gunung berapi terkenal di Jepun. Adalah mustahil untuk meramalkan letusan gunung berapi melalui gempa bumi besar.