BENTO

Bento : Seni halus bekal makanan Jepun

Percaya atau tidak, bento (kotak makan tengah hari Jepun) telah mula dibangunkan oleh Samurai.

Dalam abad ke-15, logistik makanan adalah salah satu masalah yang besar untuk tentera yang merantau. Samurai membangunkan makanan yang mudah untuk disimpan dan dibawa bersama semasa di dalam perjalanan. Ini dianggap sebagai pelapor kepada rakyat Jepun yang amat menyukai kotak bento ini.

 

Kilang Bento

Langkah seterusnya dalam inovasi bento adalah ia datang bersama dengan pemodenan pesat Jepun pada abad ke-19 selepas pasaran dibuka luas (oleh tentera laut Amerika) pada tahun 1850-an.

Di dalam sejarah, perbandaran dan perindustrian di Jepun lebih cepat membangun berbanding dengan mana-mana negara lain di dunia ini. Pembangunan kotak bento ini adalah sebahagian kecil daripada perubahan besar yang mempunyai ciri-ciri zaman era Meiji.

Pekerja industri membuat makanan mereka di rumah dan membungkusnya dengan teliti untuk bekalan pada hari bekerja yang panjang di kilang. Dalam masa yang sama, pekerja pejabat dan kanak-kanak sekolah juga telah melakukan perkara yang sama. Pada mulanya lacquer (dan kemudiannya aluminium) adalah kotak makan tengah hari yang digunakan oleh semua orang. Kemudian barulah bento moden dilahirkan.

 

Bento Pada Masa Kini

Pada hari ini, kebanyakan bento di Jepun adalah dijual dan dihasilkan secara besar-besaran dan dijual di kedai-kedai bento, kedai serbaneka, department stores, stesen kereta api, tepi jalan dan restoran.

Membawa bento adalah perkara yang sangat biasa bagi masyarakat Jepun. Kebanyakan orang di Jepun makan sekurang-kurangnya satu bento dalam seminggu. Ia bukanlah perkara yang luar biasa untuk mewakili bento bagi lebih 50% daripada diet seseorang.

 

  • Kyaraben

Pernah satu ketika, seseorang ibu telah membekalkan bento yang direka untuk kelihatan kawaii (comel) seperti watak kartun kepada anaknya untuk dibawa ke sekolah. Kemudian, setibanya di rumah setelah pulang dari sekolah, semua kanak-kanak yang melihat bento itu meminta ibu masing-masing untuk melakukan perkara yang sama.

Pada awal tahun 1990an pula, sejenis bento yang baru telah mendapat sambutan pada waktu makan tengah hari di sekolah iaitu kyaraben (Bahasa Inggeris-Jepun untuk “Watak Bento”). Orang yang membuat setiap bento membayangkan watak kartun, selebriti, haiwan dan karya seni terkenal direka di dalam setiap bento.

Pada hari ini, kyaraben adalah lebih besar berbanding dengan sebelum ini. Mereka menjadi satu bentuk seni yang serius. Pertandingan kyaraben kini diadakan secara tahunan bagi menarik pesaing antarabangsa untuk ke Jepun.

 

  • Ekiben

Ekiben adalah bento yang dijual di stesen kereta api yang biasanya dimakan di dalam shinkansen dan kereta api ekspres antara bandar.

Orang di Jepun gemar menaiki kereta api. Menaiki Ekiben adalah sebahagian daripada pengalaman ini. Setiap stesen mempunyai bento ternamanya yang tersendiri. Ekiben otaku (nerds ekiben) mengembara di seluruh negara Jepun hanya untuk mencuba kotak makan tengah hari kereta api yang terkenal ini. Terdapat sekurang-kurangnya 10,000 ekiben yang dijual di stesen kereta api di seluruh Jepun.

Kebanyakkan ekiben menyediakan makanan yang enak. Selainnya ia datang bersama bekas koleksi. Kebanyakan ekiben mengetengahkan masakan serantau berhampiran stesen dimana ekiben ini dijual.

 

  • Bento Pada Waktu Lapang

Bento merupakan sebahagian daripada kebanyakkan waktu lapang kegemaran di Jepun. Semua orang telah menikmati bento di bawah pokok-pokok sakura pada musim bunga.

 

  • Teishoku

Teishoku adalah “hidangan set” yang boleh didapati di restoran-restoran di Jepun (terutama pada waktu makan tengah hari). Teishoku biasanya menyerupai bento yang dihidangkan di dalam kotak.

 

  • Hinomaru Bento

Ia mungkin adalah penghormatan terbesar Jepun yang telah menganugerah makanan.

Bento Hinomaru direka untuk kelihatan seperti bendera Jepun. Ia mempunyai nasi putih dengan jeruk plum merah terang ume (umeboshi) di tengah.

Similar Posts