(Betul ke berbaloi beli JR Pass yang mahal ni?)
Pernah dengar tentang JR Pass?
Mari MKJ perkenalkan dulu ya!
JR Pass ialah pas istimewa untuk kita naik mana-mana kenderaan awam di bawah
syarikat Japan Rail (JR).
Contohnya apa?
Tren, bas, dan ‘bullet train’ (Shinkansen).
Siapa yang boleh beli pas ni?
Pelancong boleh beli ke?
Jangan risau, okay!
Pas ini memang dijual untuk pelancong sahaja.
Nak beli di mana tu?
Anda boleh beli di mana-mana syarikat Travel Agency yang berdaftar dengan syarikat
JR ya!
Boleh beli ‘online’ tak?
Ya, boleh.
Nak tahu caranya?
Jom MKJ kongsikan bersama anda!
STEP 1: Beli melalui ‘website’
Anda boleh beli di ‘website’ berikut:
1. http://www.jrpass.com/buy_the_japan_rail_pass_online
2. http://www.japan-rail-pass.com/
Anda juga boleh pilih mana-mana ‘website’ yang mudah untuk anda ya!
STEP 2: Simpan ‘Exchange Order’ (Resit)
Okay, ‘part’ ni penting!
Selepas anda buat pembayaran JR Pass di ‘website’, anda akan dapat resit tau!
Lama ke tempoh masa yang diambil untuk terima resit ni?
Jangan risau, tak lama pun.
Dalam tempoh 3-5 hari, resit akan sampai di rumah anda melalui FedEx Express
Delivery.
Resit ini dipanggil ‘exchange order’.
Jangan hilangkan ya!
Lepas dah dapat tu, semak semula nama anda okay!Nama anda dalam passport WAJIB sama dengan nama anda dalam resit (exchange
order) ya.
STEP 3: Tukar ‘Exchange Order’ (Resit) kepada Tiket JR Pass
Ingat!
Resit (exchange order) ini masih tak boleh guna selagi anda tak tukar di ‘Service
Counter’ JR Jepun nanti!
Selepas dah ‘settle’ di ‘Service Counter’ tu nanti, barulah anda akan diberi tiket JR Pass
yang sebenar okay!
Oh ya, MKJ cadangkan, anda tukar resit tu di stesyen kereta api JR yang terdapat di
lapangan terbang ya!Anda boleh pilih salah satu tempat berikut
1. Narita Airport (Terminal 1 & 2)
2. Haneda Airport (International Terminal)
3. Kansai Airport
Itulah ‘step’ mudah yang dapat MKJ kongsikan!
Persoalannya,
Berbaloi ke tak, nak beli tiket ni?
Dengar cerita, tiketnya mahal!
Betul ke?Jawapannya, Yes!
Agak ‘pricey’ untuk anda yang nak melancong ke satu destinasi sahaja!
Nak tahu berapa harga JR Pass ni?
1. 7 hari: RM 1,062
2. 14 hari: RM 1,691
3. 21 hari: RM 2,164
Contohnya, anda ‘planning’ untuk ke Tokyo atau Osaka sahaja.
So, pada MKJ, harganya sangatlah tak masuk akal!
Anda boleh guna cara lain lagi yang jauh lebih jimat.
Kalau setakat anda nak ke satu tempat sahaja, MKJ cadangkan, anda naik tren sahaja.
Jika anda ‘plan’ nak naik train selama 7 hari, kosnya hanyalah RM400 sahaja
termasuklah perjalanan pergi dan balik ke airport!
Serius.
So, percutian macam mana yang berbaloi untuk guna JR Pass?
Pada MKJ, anda ‘spend’ untuk ‘travel’ di Jepun selama 14 hari.
Kenapa 14 hari?
Kalaulah anda ni seorang ‘backpackers’ atau ‘traveler’ yang jenis ‘hard core’ , anda beli
sahaja JR Pass untuk 14 hari.
At least, anda akan naik train setiap hari.
Anda boleh pergi ke mana-mana sahaja yang anda mahu!
Kalau 7 hari, tak berbaloi ke?
Berbaloi atau tak tu, bergantung kepada anda.Tapi, kalau MKJ sendiri, 7 hari agak memenatkan.
Contohnya:
1. Hari pertama: Tokyo
2. Hari kedua: Osaka
3. Hari ketiga: Kyoto
4. Hari keempat: Nagoya
5. Hari kelima: Hiroshima
Kalau MKJ sendiri, rasa macam ‘rushing’ kan?
Lebih baik anda ‘spend’ masa lama sikit.
At least, 9 hari anda ada masa untuk ‘enjoy’ percutian ke seluruh Jepun dengan JR
Pass! Betul tak?
Sekadar pendapat -MKJ